Pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin baru sahaja melakukan adat jejak tanah pada anak sulungnya Aqeef Anaqi dua hari lepas iaitu pada 22 Oktober 2018. Amar telah memuat naik gambar sekitar majlis adat jejak tanah di laman instagramnya.
Semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan إن شاء الله.
Jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.
Ads
Adat ini seakan-akan semakin terpinggir dan ada dikalangan generasi muda kini yang tidak tahu langsung mengenai adat ini.
Netizen turut memuji pasangan selebriti ini kerana masih berpegang pada adat. Tak kurang jugak ada yang tidak tahu tentang adat ini di Malaysia. Namun yang paling menarik perhatian netizen tentang kecomelan Aqeed Anaqi yang mencairkan hati semua.
Baru first time dgn adat ni, pape pon prod of u masih kekalkan adat
Kenapa perlu berikan telur sebelum suntikan vaksin MMR? Bila bayi mencecah tujuh bulan, doktor akan menasihatkan supaya bayi diperkenalkan kepada telur. Mengapa telur perlu cuba diberikan kepada bayi sebelum suntikan vaksin diberikan?
“Ok Puan, dalam minggu ini Puan cuba berikan bayi makan telur ye. Kita tengok macam mana dia alah atau tidak kepada telur. Jangan lupa datang lagi sebulan daripada sekarang untuk suntikan vaksin”, pesan doktor kepada Azie usai rutin temujanji berkala bayinya. Lupa pula dia untuk bertanya kenapa perlu diberikan telur dan apa kaitan telur dengan suntikan vaksin.
Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik DEMC Specialist Hospital Shah Alam, vaksin Measles, Mumps and Rubella (MMR) adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan. Ia lazimnya akan mula diberikan kepada bayi yang usia sembilan dan 12 bulan. Dos tambahan juga akan diberikan ketika mereka bersekolah pada tahun 1 (tujuh tahun).
KENAPA PERLU DIBERIKAN TELUR?
Menurut Dr Roliza, virus vaksin MMR dikultur di dalam putih telur. Maka ini menyebabkan vaksin tersebut mempunyai DNA telur. Bagi memeriksa sama ada bayi boleh menerima suntikan vaksin MMR tanpa reaksi alahan, maka doktor akan menyarankan agar bayi diberikan telur sebelum suntikan diberikan.
BAGAIMANA JIKA BAYI ALAH KEPADA TELUR?
Walau pun bayi didapati alah kepada telur, suntikan imunisasi tetap perlu diberikan. Selalunya bayi yang alah kepada telur akan diberikan suntikan dan akan dipantau oleh petugas perubatan selama sekurang-kurangnya sejam selepas suntikan diberikan. Ubat anti-histamin akan diberikan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda alahan.
Antara tanda-tanda alahan telur ialah seperti bintik pelbagai bentuk yang timbul pada kulit atau dipanggil gegata (hives).
BAYI SAYA ALAH TELUR, APA PERLU SAYA BUAT?
Menurut Dr Roliza, cara terbaik untuk mengesan alahan bayi ialah dengan mula memperkenalkan telur selepas bayi mula makan makanan pejal pada usia enam bulan.
Telur adalah salah satu agen alergen. Berikan dalam kuantiti kecil dan lihat reaksi bayi. Telur putih akan menyebabkan alergi yang kuat berbanding kuning telur. Maka berikan kuning telur terlebih dahulu sebelum putih telur.
Perhatikan keadaan bayi dan sekiranya mereka menunjukkan alergi yang teruk iaitu pernafasan berbunyi (wheezing), segera bawa ke unit kecemasan hospital untuk rawatan segera.
APAKAH SUNTIKAN VAKSIN MMR?
M-Measles (Campak)
Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tidak terhad kepada bayi. Amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakit yang tidak serius. Hakikatnya, penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada mata dan sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta serta kematian (kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak).
M-Mumps (Beguk)
Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar air liur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanak lelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkan kemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pankreas serta pekak.
R-Rubella
Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerima imunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu selepas kerap mengadu sakit di bahagian tersebut selepas dua bulan melahirkan bayi sulungnya.
Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini melahirkan bayi perempuannya, Harum Dalia pada 6 Disember 2017 berkongsi dalam laman Instagramnya ia adalah pengalaman pembedahan pertama seumur hidupnya.
Sepuluh hari sebelum pembedahan, ibu muda ini sering mengadu sakit di bahagian dada dan pernah dibawa mengurut dan berjumpa doktor namun masih tiada perubahan.
Menurut Ezzaty menerusi akaun Instagram peribadinya, bagaimanapun sakit kesan daripada pembedahan itu hilang selepas melihat wajah anaknya.
Selepas selamat menjalani pembedahan tersebut, Ezzaty berkongsi pengalamannya bertarung dengan kesakitan nanah payudara dalam akhbar Berita Harian. Katanya dia belajar banyak perkara daripada kesakitan tersebut.
Oleh itu Ezzaty berpesan kepada semua wanita supaya menambah ilmu berkaitan hal keibubapaan termasuk tentang penyusuan susu ibu jika mahu mempunyai anak. Beliau menasihatkan agar jangan jadi sepertinya bila sudah kena baru hendah tersentak.
Bagaimanapun, Ezzaty mengakui kesakitan yang ditanggung telah membawa hikmah dan pengajaran besar dalam hidupnya.
Penjelasan dari Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila mengenai bengkak susu atau Mastitis yang boleh mengakibatkan Breast Abscess sekiranya tidak dirawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.
Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.
Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
1. Exclusive Pumping
Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!
2. Kapsyen lucu
Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!
3. Suka berenang
Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.
3. Berdarah seni
Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!
4.Lahir secara caesarean
Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.
5.Roti canai telur goyang
Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.
6. Ada darah keturunan Jepun
Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.