Amyra Rosli & Amar Baharin Masih Pegang Pada Adat. Lakukan Adat Jejak Tanah Pada Anak

Share

Pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin baru sahaja melakukan adat jejak tanah pada anak sulungnya Aqeef Anaqi dua hari lepas iaitu pada 22 Oktober 2018. Amar telah memuat naik gambar sekitar majlis adat jejak tanah di laman instagramnya.

Semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan 
إن شاء الله.

Alhamdulillah selesai sudah adat Jejak Tanah untuk @aqeefanaqi . Terima kasih Tok Long dengan tanda pagar #JejakTanah #PantangTanah #AqeefAnaqi #22ndOctober2018
#1year 

Jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.

Adat ini seakan-akan semakin terpinggir dan ada dikalangan generasi muda kini yang tidak tahu langsung mengenai adat ini.

Netizen turut memuji pasangan selebriti ini kerana masih berpegang pada adat. Tak kurang jugak ada yang tidak tahu tentang adat ini di Malaysia. Namun yang paling menarik perhatian netizen tentang kecomelan Aqeed Anaqi yang mencairkan hati semua.

Baru first time dgn adat ni, pape pon prod of u masih kekalkan adat

Kenapa tu..wan tu tengah buat apa?

Baru tahu adat ni di Malaysia

Muka comel sangat macam tu

Wahh adat berjojak

Sumber: Instagram Amar Baharin

 

IKLAN