Lain orang lain caranya. Bagi pasangan selebriti Amyra Rosli dan suaminya, Amar Baharin, keduanya punya cara sendiri dalam membesarkan dua anak mereka.
Bahkan kata Amyra lagi, cara dia dan suami mendidik dua anak mereka mudah sahaja. Elakkan sama sekali menipu anak dan layanlah mereka seperti orang dewasa.
Bahkan kata Amyra lagi, dia dan Amar tidak mengalami masalah dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Tambahnya kedua-dua buah hatinya itu sangat mudah mendengar kata dan mengingati sesuatu arahan.
Ads
“Jangan tipu anak-anak. Bijak diorang lain macam sikit.
“Layan mereka seperti orang dewasa, itu je rahsianya.
“Tunjukkan contoh yang bagus dekat rumah. Walaupun kami sebagai ibu bapa banyak kekurangan tapi saya dan Amar sangat berusaha untuk sorokkan kekurangan kami depan anak-anak,” tambahnya lagi.
Ads
Bahkan kata Amyra lagi, berkenaan menerima pelbagai jenis tawaran yang melibatkan anak-anak, dia dan suami biasanya akan bertanyakan pendapat anak-anak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
“Saya tidak memaksa anak-anak sebab kami tak nak menyusahkan pihak-pihak lain. Sebab tu kami jujur. Sehari atau dua hari sebelum, kami dah beritahu jadual penggambaran dan jelaskan kepada mereka,” katanya lagi.
Bapa borek anak rintik, memang tepat sekali perumpamaan ini untuk menggambarkan perwatakan anak yang menyerupai ibu atau ayahnya. Bukan sahaja personaliti bahkan setiap perbuatan juga sama, memang betul-betul copy paste!
Perkongsian video pengacara serba boleh, Dayah Bakar yang menunjukkan suami serta anaknya, Achbar Muhammad Fahri sedang berdiri di stesen komuter mencuri perhatian ramai. Apa tidaknya, aksi Fahri dan Baba berdiri betul-betul sama! Tangan diletakkan ke belakang dengan kaki yang terbuka sedikit.
Menurut penulisan keibubapaan Mohd Fhais Salim, tidak semua tetapi kebanyakan anak-anak akan mengikut perangan ayah berbanding ibu. Di dalam penulisannya, dia memberitahu ayah banyak memberikan RASA KEKITAAN pada anak. Sebab itulah, anak cenderung meniru perbuatan si ayah.
Kenapa karakter anak banyaknya ikut ayah?
– jalan ikut ayah
– cara cakap ikut ayah
– perangai ikut ayah
– degil ikut ayah
– tidur ikut ayah
– makan ikut ayah
Tak semua tapi almost semua anak-anak akan banyak ikut ayah berbanding ibu. Ini kerana menurut pakar perkembangan psikologi Moritz Daum, anak anak cenderung untuk mengikut apa ibu ayahnya buat kerana anak mahu ada RASA KEKITAAN (Sense Of Belonging)
Dan ayah adalah orang yang paling banyak berikan anak rasa kekitaan ni. Serius!
Sebab itu la kalau kita perhatikan,
– anak ni lebih takut pada ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka dapat pujian oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka bermain dengan ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah di nasihatkan oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah patuh pada arahan ayahnya berbanding ibu
Ayah memang idola sejati setiap anak. Setiap gerak geri si ayah ni sentiasa di perhati dan diikuti oleh anak-anak. Biasa la tu, apa idola buat, kita mesti nak ikutkan.
Sampaikan ada ayah yang kuat kentut pun, anak boleh ikut juga. Haha, ini serius!
Kesimpulannya, jika kita nak mencorak anak kita perkara pertama kita kena buat adalah corak dulu diri kita. Bapa borek anak pun rintik.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ramai ibu bapa mungkin menganggap Home Schoolingatau persekolahan di rumah sebagai pilihan bebas untuk menggantikan sekolah biasa. Ada yang menyangka apabila anak tidak sesuai dengan suasana sekolah atau ibu bapa mahu mengajar sendiri di rumah, mereka boleh terus memilih kaedah ini.
Hakikatnya, homeschool bukanlah pilihan yang boleh dibuat sesuka hati. Persekolahan di rumah bukan alternatif kepada pendidikan wajib, sebaliknya hanya boleh dipertimbangkan melalui pengecualian khas yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Home schooling merupakan kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang benar-benar memerlukannya, khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik serta memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa atau penjaga.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Home Schoolinghanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak automatik kepada semua kanak-kanak. KPM tetap mengutamakan supaya setiap kanak-kanak mengikuti sesi persekolahan di sekolah seperti biasa.
Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bukan sekadar memberi ilmu akademik, malah membantu perkembangan sosial, komunikasi, disiplin serta kemahiran berinteraksi dengan rakan sebaya.
Pelaksanaan persekolahan di rumah juga perlu mematuhi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 serta Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2005.
Justeru, ibu bapa perlu memahami bahawa Home Schooling bukan pilihan bebas yang boleh dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa.
Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kelulusan persekolahan di rumah bagi memastikan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan kronik masih berpeluang mengikuti pendidikan formal walaupun tidak dapat hadir ke sekolah.
Langkah ini juga bertujuan mengelakkan keciciran pendidikan dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tempoh pendidikan wajib seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
Dalam masa yang sama, ibu bapa masih bertanggungjawab memastikan anak menerima pendidikan sewajarnya sepanjang tempoh tersebut.
Terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum permohonan boleh dipertimbangkan.
Bagi ibu bapa yang ingin memohon, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Seterusnya, pihak KPM akan membuat penilaian berdasarkan setiap kes secara individu atau case to case basis.
Keputusan akhir permohonan dibuat oleh Menteri Pendidikan. Sekiranya permohonan diluluskan, kanak-kanak boleh mengikuti persekolahan di rumah mengikut syarat yang ditetapkan. Jika tidak diluluskan, anak perlu meneruskan persekolahan seperti biasa.
Sepanjang tempoh kelulusan diberikan, pihak PPD atau JPN akan menjalankan pemantauan dan penyeliaan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran berjalan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Ibu bapa juga perlu memahami bahawa kelulusan Home Schooling bukanlah bersifat kekal. KPM berhak membuat semakan semula sekiranya syarat yang ditetapkan tidak lagi dipenuhi atau keadaan kesihatan anak berubah.
Selain itu, ibu bapa perlu menyediakan rekod pembelajaran yang sistematik supaya proses pemantauan oleh pihak berkuasa pendidikan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Perancangan pembelajaran yang tersusun akan membantu memastikan anak terus mengikuti perkembangan akademik setara dengan Kurikulum Kebangsaan.
Kesimpulannya, Home Schooling bukanlah jalan mudah untuk mengelakkan anak daripada bersekolah, sebaliknya merupakan satu pengecualian khas bagi kes tertentu yang memenuhi syarat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan wajib tetap perlu dipatuhi dan setiap permohonan mestilah melalui proses serta prosedur yang telah ditetapkan. Sebelum membuat keputusan, ibu bapa disarankan mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak KPM bagi memastikan tindakan yang diambil benar-benar mengikut undang-undang dan demi kepentingan terbaik anak.
Untuk maklumat lanjut, ibu bapa boleh merujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian Home Schooling.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang bila kita sibuk, kita hulurkan telefon pada anak. Suruh dia tengok video supaya kita boleh siapkan kerja. Kadang bila anak merengek, kita buka kartun untuk tenangkan dia. Lama-lama, anak mula cari skrin dulu sebelum cari pelukan.
Kita tak salah. Kita manusia biasa yang penat, perlukan ruang, dan buat apa yang termampu. Tapi penting untuk kita ingat, anak kecil perlukan sentuhan fizikal lebih daripada apa-apa. Pelukan, ciuman, belaian rambut — semua tu adalah bahasa cinta yang paling difahami oleh hati anak.
Setiap kali kita peluk anak, badan dia hasilkan hormon oksitosin. Itu hormon kasih sayang. Hormon yang buat dia rasa selamat, diterima dan disayangi. Bila kita peluk anak waktu dia marah, hormon tu bantu dia tenang. Bila kita peluk dia waktu dia sedih, hormon tu bantu dia rasa okay.
Anak yang selalu dipeluk lebih mudah kawal emosi. Dia kurang meragam. Dia lebih yakin diri. Tapi yang paling penting, dia tahu siapa tempat dia berpaut bila dunia dia tak stabil.
Gajet bukan musuh. Tapi kalau ia jadi pengganti pelukan, itu bahaya. Kita tak boleh lawan teknologi, tapi kita boleh seimbangkan. Bila anak bangun pagi, peluk dulu sebelum hulur susu. Bila dia balik dari sekolah atau taska, peluk dia dulu sebelum tanya soalan. Bila dia nak tidur, peluk dia lama-lama. Biar dia rasa kehadiran kita melekat dalam hati dia.
Anak-anak kita sedang membesar dalam dunia yang makin laju. Tapi mereka tetap perlukan ruang untuk rasa dicintai tanpa syarat. Dan cara paling mudah untuk tunjuk cinta tu ialah peluk — dengan hati yang penuh kasih.
Tak ada ibu bapa yang sempurna. Tapi pelukan yang ikhlas tak pernah gagal untuk sembuhkan hati kecil anak yang sedang belajar faham dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.