Ads

Program BuAI Bantu Rawatan Kesuburan: Sinar Harapan Buat 47,000 Pasangan TTC Malaysia

Perjalanan untuk bergelar ibu dan ayah bukanlah mudah bagi semua pasangan. Ada yang dikurniakan rezeki zuriat sejurus selepas berkahwin, namun tidak kurang juga yang perlu melalui tempoh penantian panjang, rawatan berulang kali, ujian emosi, tekanan sekeliling dan air mata yang hanya difahami oleh mereka yang melaluinya.

Bagi pasangan yang sedang berjuang untuk mendapatkan cahaya mata atau TTC (Trying to Conceive ) berita ini pastinya membawa sinar baharu. Sebanyak 47,000 pasangan yang berhasrat menimang zuriat dijangka menerima manfaat menerusi Program BuAI yang diperkenalkan kerajaan.

Program BuAI Ringankan Beban Rawatan Kesuburan

Program BuAI Bantu Rawatan Kesuburan: Sinar Harapan Buat 47,000  Pasangan TTC Malaysia
Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad. Majlis itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Program di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini memfokuskan kepada pembiayaan rawatan Intrauterine Insemination (IUI) bagi pasangan yang layak, sekali gus memberi peluang lebih besar kepada mereka yang sebelum ini mungkin terbeban dengan kos rawatan kesuburan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, program dengan slogan Lebih Awal, Lebih Baik itu adalah manifestasi komitmen kementerian dalam memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesuburan yang berkualiti dan berpatutan di Malaysia.

Menurut beliau, sehingga kini lebih 373,000 kes subfertiliti telah dikendalikan dengan 6,513 kehamilan berjaya direalisasikan.

“Setiap satu daripadanya membawa kisah harapan yang menjadi kenyataan serta air mata yang membawa bahagia,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau berkata program berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan bagi menyediakan sokongan kepakaran, rawatan kesuburan serta advokasi kepada pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan.

“Di kementerian, LPPKN, kita ada (menawarkan) pelbagai (inisiatif) untuk membantu pasangan di luar sana yang berhadapan dengan kesukaran mendapatkan zuriat antaranya IVF (persenyawaan in vitro) dan sekarang BuAI. Cuma untuk menentukan rawatan mana yang bersesuaian, mereka perlu menjalani saringan.

“Untuk rawatan ini, kita beri keutamaan kepada golongan B40 sebagai syarat asasi. Selain itu, syarat lain adalah penilaian dan pemeriksaan daripada pihak doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 yang disempurnakan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim di sini hari ini dengan tema “Seteguh KASIH Ibu”.

Ads

Isu Kesuburan Bukan Masalah Terpencil

Angka ini jelas membuktikan bahawa masalah kesuburan bukan isu terpencil. Ramai pasangan sebenarnya sedang melalui cabaran yang sama, namun memilih untuk berdiam diri kerana stigma masyarakat yang sering mempersoalkan soal zuriat.

Hakikatnya, isu kesuburan bukan semata-mata melibatkan wanita. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kesihatan reproduktif lelaki dan wanita, usia, hormon, gaya hidup serta kondisi kesihatan tertentu. Sebab itulah kesedaran untuk mendapatkan pemeriksaan awal sangat penting.

Ramai pasangan juga tidak menyedari bahawa rawatan awal mampu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih baik. Pemeriksaan kesihatan reproduktif secara berkala dapat membantu mengenal pasti punca sebenar masalah kesuburan sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

Selain aspek perubatan, sokongan emosi daripada pasangan, keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan besar. Tekanan mental yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada emosi pasangan yang sedang menjalani rawatan kesuburan.

Pusat Subfertiliti Negara Bakal Dibangunkan

Program BuAI Bantu Rawatan Kesuburan: Sinar Harapan Buat 47,000  Pasangan TTC Malaysia
Foto AI

Dalam perkembangan sama, Nancy turut memaklumkan bahawa pembangunan Data Registri Subfertiliti Kebangsaan akan bermula tahun ini sebagai langkah awal menyokong penubuhan Pusat Subfertiliti Negara (PSN) di Shah Alam, Selangor.

Ads

Pusat rawatan khusus itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030.

Menurut beliau, pembangunan data registri ini penting bagi membolehkan kerajaan merancang, memantau dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesuburan secara lebih bersepadu serta berkesan pada masa hadapan.

Penubuhan pusat khusus seperti ini juga dijangka memberi akses lebih meluas kepada pasangan yang memerlukan rawatan kesuburan berkualiti tanpa perlu menanggung kos terlalu tinggi di pusat rawatan swasta.

Program BuAI Jadi Sinar Harapan Pasangan Malaysia

Program BuAI diwujudkan bukan sahaja bagi menangani isu penurunan kadar kesuburan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah memberi sokongan moral dan klinikal kepada pasangan yang berdepan cabaran mendapatkan zuriat.

Buat pasangan yang sedang diuji, jangan pernah rasa anda berjuang sendirian. Setiap perjalanan menuju keibubapaan berbeza. Ada yang mudah, ada yang perlukan lebih masa, usaha dan doa.

Ads

Kadang-kadang, perjalanan yang panjang itulah yang membuatkan pelukan pertama terhadap anak terasa jauh lebih bermakna.

Semoga inisiatif ini menjadi sinar harapan buat lebih ramai pasangan yang masih menanti detik indah bergelar ibu dan ayah.

Usaha kerajaan melalui Program BuAI diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada pasangan untuk mendapatkan rawatan kesuburan yang lebih mudah diakses, sekali gus membantu membina institusi keluarga yang lebih bahagia dan sejahtera pada masa hadapan.

BEGINI CARA NAK MOHON

Untuk maklumat lanjut mengenai Program BuAi, layari

https://tinyurl.com/buailppkn2025

Program BuAI Bantu Rawatan Kesuburan: Sinar Harapan Buat 47,000  Pasangan TTC Malaysia

Sumber: Astro Awani  &  Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Bangkit Kuat Demi Anak-Anak, ” Lima Tahun Saya...

Puteri Sarah Liyana mengakui dua anaknya menjadi sumber kekuatan terbesar untuk bangkit selepas melalui lima tahun ujian hidup penuh emosi dan cabaran.