Percutian bersama keluarga terutama bawa anak kecil mesti rancang awal. Bukan sahaja perlu cari tempat yang sesuai tapi harus fikirkan keperluan anak untuk makan atau keselesaannya juga.
Jika semua ini diambil kira, tiada masalah. Bagi pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin, percutian ke London dengan membawa anaknya, Aqeef Anaqi antara satu pengalaman menyeronokkan.
Melihat keletah Anaqi yang dah pandai bawa diri, tiada masalah untuk Amyra dan Amar menguruskannya.
Apa yang menarik, dalam mood sedang bercuti, Amyra tetap menyediakan makanan berkhasiat untuk anaknya walaupun Anaqi dah boleh makan macam-macam.
Ads
Bagi Amyra makanan anak sangat penting bila bercuti ke luar negara. Mungkin stok makanan yang di bawa boleh dijadikan kudapan untuk anak, tapi untuk menu yang mengenyangkan memasak adalah satu alternatif.
Dalam perkongsian di instagramnya menunjukkan Amyra sedang memasak bubur nasi untuk Anaqi dengan mencampurkan kentang, lobak merah, hirisan ayam dan bayam.
Ads
Bagi sesetengah orang alasan tak cukup masa nak masak, namun semangat Amyra dia nak pastikan Anaqi sentiasa kenyang dan tak mudah merengek. Baru mudah untuk bawa berjalan.
Tip ini juga antara yang selalu dikongsikan oleh ibu-ibu yang ada anak kecil ketika bawa bercuti.
Kadang-kadang anak kecil, walaupun dah makan macam-macam, mereka perlukan juga makanan yang mengenyangkan. Sebab itu, ibu bapa yang nak bawa anak bercuti harus fikirkan semua ini.
Sumber: ig amyrarosli
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istilah ‘manja’ mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial. Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak-anak. ‘Anak manja’ sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani tanpa memperdulikan orang lain. Sikap ini tidak dapat dibendung oleh ibu bapa kerana keliru antara perasaan sayang anak atau manjakan anak.
Sikap manja secara alaminya timbul pada usia setahun lebih apabila bayi mula membina hubungan sosial dengan orang-orang di sekitarnya. Sekiranya sikap manja dituruti oleh ibu bapa sehingga usia tiga hingga empat tahun, akan menghasilkan sikap memberontak (tamper tantrums) atau sikap terlalu bergantung (clinging). Pada usia lima hingga enam tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan juga intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Faktor penyebab
Umumnya disebabkan corak asuhan daripada kecil yang menyebabkan anak menjadi manja. Ikuti selanjutnya faktor penyebab anak menjadi manja.
1.Terlalu berlebihan sayang anak
Ibu bapa tidak mahu anak merasa ‘susah’ atau beranggapan sepatutnya lakukan segalanya untuk anak. Kemungkinan juga ibu bapa tidak yakin anak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri.
2.Kurang tegas dalam mengasuh
Ibu bapa kurang tegas dalam usaha mengasuh atau mendidik anak. Akibatnya sejak kecil kemahuan dan kehendak anak dituruti dan dibiarkan membuat sesuka hati tanpa ditegur. Akhirnya jadilah ‘anak yang tidak mendengar kata’ iaitu ibu bapa menjadi ‘pak turut’ kepada anak-anak mereka.
3.Pengalaman ibu bapa semasa kecil
Ibu atau bapa pernah diasuh dengan corak asuhan authoritarian (kawalan yang ketat,tidak bertolak ansur atau fleksibel dengan anak). Mereka tertekan semasa membesar, jadi beranggapan untuk anak sendiri, mereka perlu memberikan the best iaitu dengan memanjakan anak mereka.
4.Alasan tiada masa
Ibu bapa yang sibuk beranggapan kekurangan masa berkualiti dengan anak dapat digantikan dengan menurut segala kemahuan anak.
Kesan manja kepada perkembangan
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas berbuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi:
1.Kurang berdikari atau kurang keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak ini akan mengharapkan dan mendesak orang lain untuk mengambil tanggungjawab yang diberi.
2.Sering bergantung kepada orang lain dalam apa sahaja.
3.Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
4.Kurang keinginan untuk membuat eksplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
Bagaimana untuk mengatasinya
Bagi membendung kesan kemanjaan yang akan mempengaruhi jati diri dan hubungan sosial anak-anak apabila meningkat remaja, terdapat beberapa faktor yang ibu bapa perlu ambil peduli.
1.Ibu bapa mesti sedar kesilapan mereka dan beriltizam untuk memperbaiki corak pengasuhan anak.
2.Kedua-dua ibu bapa perlu konsisten dalam mengamalkan ketegasan dalam mengasuh anak-anak.
3.Membimbing anak-anak sedikit demi sedikit untuk bersikap lebih berdikari. Contohnya oleh dimulakan dengan meminta anak menyuap makanan atau memakai baju mereka sendiri tanpa bantuan. Dengan cara ini, anak-anak mula membina kepercayaan bahawa mereka mampu berdikari.
4.Mempercayai dan memberi kepercayaan kepada anak-anak akan kemampuan mereka untuk melakukan sendiri perkara-perkara yang bersesuaian tahapumur mereka. Ibu bapa perlu sabar kerana anak-anak mungkin memerlukan masa untuk boleh membuat sesuatu secara sendiri dengan baik.
5.Memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya (contoh menyertai kumpulan bermain; play group) seawal usia dua tahun supaya pengalaman bersama rakan sebaya dapat membentuk kemahiran bersosial yang positif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi doktor gigi adalah antara kerjaya profesional yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Walaupun bidang ini mungkin kurang popular berbanding doktor perubatan atau jurutera, hakikatnya profesion ini memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Cita-cita untuk menjadi doktor gigi boleh bermula daripada rasa ingin tahu terhadap dunia perubatan, atau minat terhadap sains dan penjagaan diri. Ia juga boleh datang dari pengalaman sendiri atau orang sekeliling dalam menjaga kesihatan mulut. Apa pun sebabnya, bidang pergigian menawarkan peluang untuk:
Untuk menjadi doktor gigi, seseorang perlu menamatkan pengajian dalam bidang pergigian di universiti yang diiktiraf. Laluan ini biasanya melibatkan:
Ia memerlukan komitmen, minat yang mendalam, dan kesungguhan untuk belajar secara berterusan.
Sebelum bercita-cita menjadi doktor gigi, penting untuk memahami dan mengamalkan penjagaan kesihatan gigi sejak awal. Berikut beberapa langkah asas:
Penjagaan ini bukan sahaja menjaga senyuman, tetapi juga membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan mulut dan kesihatan keseluruhan.
Kerjaya sebagai doktor gigi bukan sekadar tentang merawat gigi, tetapi menyebarkan kesedaran, menjaga kesihatan awam, dan memberi keyakinan diri kepada ramai orang. Ia adalah satu panggilan murni yang membawa makna besar dalam kehidupan harian manusia.
Bagi sesiapa yang sedang mempertimbangkan hala tuju masa depan, mungkin inilah masanya untuk melihat bidang pergigian sebagai satu pilihan yang bermakna dan memberi impak positif. Dengan dedikasi, pendidikan yang betul, dan hati yang ikhlas untuk membantu orang lain—impian untuk menjadi doktor gigi boleh menjadi kenyataan.
Jaga gigi, jaga diri. Senyuman sihat, langkah pertama ke arah masa depan yang gemilang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih baik biar anak berlari, melompat, main daripada diam tengok televisyen dan main gajet. Sekurang-kurangnya biar anak letih badan dan bukan paksa atau perah otaknya nak berfikir di usianya masih muda.
Namun yang menjadi masalah sekarang, kita sebagai ibu bapa yang tak suka tengok anak berlari, bermain dan menyepahkan rumah dengan mainan. Alasannya rumah bising la, tak larat nak kemas dan macam-macam lagi.
Tahu tak apa kelebihan kalau anak kita bawah enam tahun ni sentiasa aktif. Sebenarnya mereka boleh jadi pandai hanya melakukan aktiviti yang kita mungkin halangnya sebelum ini.
Riuh rendah tadika anak saya. Hari ini ada perjumpaan antara cikgu tadika dan ibubapa. Terlihat 3, 4 orang pelajar sedang memanjat meja yang dialihkan ketepi untuk beri laluan mak ayah duduk dilantai. Sesekali cikgu menyuruh mereka turun dan suruh jaga tingkah laku.
“Memang hari-hari begini ke suasana cikgu?”
Cikgu anak saya senyum dan matanya meliar memerhati anak-anak didiknya berlari.
“Beginilah Puan Min, anak- anak baru 4,5 dan 6 tahun. Fasa bermain tapi saya suka. Baik depa bermain dari duduk saja di satu sudut dan menjadi pasif. Anak- anak yang tak bergaul dengan kawan- kawan yang lain ni biasanya sedikit sukar nak ajar membaca dan menulis.”
Di rumah kena biar anak main, berlari, melompat. Biar anak letih kerana badan yang penat. Bukan otak yang penat.
Zaman sekarang semua mak ayah usaha bersungguh- sungguh bagi anak pandai membaca dan menulis sebelum masuk darjah satu.
Ramai juga menyediakan duit untuk anak bermain di play centre. Sebenarnya banyak je mainan di rumah yang kita boleh ajar anak tanpa kos yang mahal- mahal.
Banyak aktiviti yang kita boleh buat untuk bagi anak pandai memegang pensel dan suka menulis tanpa jemu. Yang paling penting jangan biasakan anak dengan gajet.
Dibawah ini saya senaraikan aktiviti nampak biasa tapi cara ransang paling bagus untuk ajar anak pandai menulis.
1. Tekan punch
2. Perah span basuh pinggan
3. Stamping kertas kosong
4. Main doh
5. Gumpal kertas
6. Koyak kertas
7. klip pengepit baju
8. cabut sticker
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...