Pelakon popular, Niena Baharun yang sedang berbadan dua berkongsi pengalaman mengalami alahan teruk. Pengalaman tersebut dikongsi di laman instagram rasminya dengan sekeping gambar yang sarat hamil.
Menurut perkongsianya, ketika hamil anak pertama Niena langsung tidak mengalami sebarang alahan, namun berbeza dengan kehamilan kedua apabila dia mengalami alahan teruk sehingga berat badan turun mendadak.
Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde.
Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’ , waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.
Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat.
Now mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dgn alahan bau. Dah boleh start makan banyak. Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan. Sampai berat badan turun mendadak.
Ads
Niena yang mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Aliff Firdaus, ahli perniagaan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Adiel Mikael berusia 1 tahun 8 bulan.
Tambah niena lagi, walaupun alahan pertamanya sudah mula hilang namun timbul alahan baru iaitu alah dengan udara sejuk. Namun dia tetap bersyukur atas semua nikmat yang dirasai sepanjang kehamilanya.
Ads
Tapi kan satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk. Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang datang selfish daddy nak buka aircond paling sejuk. Haaa
Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini.
Ads
Niena turut mendoakan agar pasangan yang menanti cahaya mata dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.
Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua.
Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah.
Semoga doa kita semua dimakbulkan
Jamal Abdillah bakal dapat anak lagi, isteri hamil anak kelima. Datuk Jamal Abdillah bakal dikurniakan anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil dua bulan.
Hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak di mana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan. Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Menerusi Harian Metro dalam usia 65 tahun, penyanyi legenda yang berusia 65 tahun ini amat bersyukur bakal dikurniakan anak lagi kerana ia adalah rezeki Allah SWT.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai,” katanya kepada Harian Metro.
Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun dia bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Sementara itu, Jamal memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” katanya.
Jamal berkata, apabila mengandung, Zai Izzati mengalami alahan tidak makan, tidak minum dan muntah-muntah angin.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Menurutnya, disebabkan alahan muntah-muntah, Zai Izzati akhirnya terkena tiroid dan mengalami sakit tekak.
“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.
“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.
“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.
Menurutnya, Zai Izzati tidak lagi mengalami muntah-muntah serta tidak sakit di bahagian tiroid.
“Nampak dah okey, alhamdulillah. Esok dia kena buat angiogram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar penyakitnya. Saya risau juga.
“Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.
Bukan mudah buat seorang isteri yang tengah mengandung tetapi terpaksa berjauhan dengan suami. Namun bagi personaliti televisyen yang juga pengacara popular, Dayah Bakar, dia akur sudah tujuh bulan berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.
Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun bersyukur kerana dikelilingi orang yang tidak putus memberi sokongan.
“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.
https://www.instagram.com/p/CBQAR1EJW8q/
“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.
“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.
“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.
“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.
Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.
Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.
Setelah hampir dua tahun menunggu kehadiran cahaya mata, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang hamil berkongsi jantina bayi cahaya mata sulung mereka yang bakal dilahirkan kelak.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ainul dilihat diraikan dalam satu majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan oleh rakan-rakannya.
Ainul juga turut mengumumkan jantina bayi yang bakal dilahirkan kelak iaitu seorang bayi perempuan.
“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari dan ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.
“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” kata Ainul yang turut mendedahkan jantina bayinya.
Majlis serba ringkas yang dilatari warna merah jambu dan putih itu dilihat cukup indah, ringkas namun meriah bersama kawan-kawan terdekat.
Terdahulu, Ainul dan suaminya, Khalid Redzuan mendirikan rumah tangga pada 18 September 2022. Pasangan ini mendedahkan kehamilan pertama selepas menanti hampir dua tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...