Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok. Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan-rakan. Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila mana anak dah pandai main tolak-tolak kawan. Runsing ibu.
Mama jangan marah-marah kerana inilah proses anak membesar. Pun begitu sikap sebegini harus dibentuk menjadi lebih baik. Jangan marah sebaliknya tegur cara yang tepat. Ibu Rose berkongsi tipnya.
Sayang, anak pada usia ini memang selalu berbuat begitu. Ini tiada kena-mengena dengan akhlak. Pada usia ini anak agak memikirkan dirinya sahaja.
Mereka belum pandai bergaul lagi. Skil interpersonal mereka belum lagi develop. Ini sebahagian dari proses membesar.
Walaupun ianya proses membesar sebagai ibu bapa yang bijak, anda mestilah mahu menggunakan masa ini untuk mengajar dia akhlak yang baik.
Oleh itu, jika dia lakukan kekasaran, contohnya menyepak kanak-kanak yang lebih kecil, maka tegur dia dengan baik, terangkan, ambik kakinya dan tunjukkan kaki untuk berjalan.
Ads
Ambik tangannya dan pegang supaya dia mengosok bahagian anak kecil yang dia telah sepak tadi, sambil ajar dia berkata, “maaf ya, saya terkasar.” walaupun nampak dia sengaja. Kita ajar juga demikian.
Lepas itu ambik tangan yang telah mengosok bahagian yang disepak tadi dan bawa ke dadanya dan kata, saya budak baik, kaki saya untuk berjalan. Tangan saya untuk ambik barang yang elok. Ini membantu anak anda untuk tahu bagaimana untuk berperangai dengan baik.
Ads
Satu yang Ibu ingin berpesan, ianya bukan mengambil masa sehari dua. Ianya mengambil masa beberapa bulan.
Mengapa, kerana pada usia 2.5 tahun ni, otak berfikir dan reasoning seorang anak belum betul-betul develop. Namun, memberi penerangan membantu ia develop dengan lebih cepat.
Ads
Oh, jangan lupa untuk mengajar dia meminta maaf kepada anak kecil itu dan anda pula meminta maaf kepada ibu bapa anak itu.
Yalah, bukan semua ibu bapa faham akan tahap pembesaran anak-anak. Bila kita minta maaf tu, sekurang-kurangnya tidaklah ibu bapa itu terasa kurang selesa.
Dapat belajar sesuatu? Tahu dah camna nak buat kalau anak kita yang dalam fasa individuating tu tolak, atau pukul kawan dia?
Bagaimana harus dilakukan bila anak 2 tahun ‘buat’ kawan :
1.Ambil kaki atau tangannya dan terangkan kegunaannya yang betul.
2. Ambil tangannya dan gosokkan pada bahagian kawan yang disakiti tadi dan ajar anak minta maaf pada kawan. Kita juga minta maaf pada penjaga anak yang disakiti anak kita.
3.Ambil tangan anak kita dan gosok pada dirinya dan nyatakan, “Saya budak yang baik.”
4. Ulang dengan penuh sabar bila insiden terjadi lagi.
Semoga membantu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini.
Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.
Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui
Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Bayi dilahirkan terlalu awal
Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:
Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.
Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:
Masalah pernafasan
Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan
Masalah penyusuan
Kesenangan mendapat jangkitan
Episod berhenti bernafas (apnea), dan
Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran
Penjagaan kulit bayi – bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:
“Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. “Cradle cap’ biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika ‘cradle cap’ masih kekal atau kelihatan semakin serius.
“Diaper rash” merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada ‘diaper rash’. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
“Miliaria crystallina” atau dipanggil ‘milia’ adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai ‘milia’ yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes ‘milia’ akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.
Jangkitan “yeast” adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan “yeast” disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim antikulat.
“Oral Thrush” merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.
Mengurut Bayi
Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.
Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang.
Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Faedah-faedah mengurut termasuk:
Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh ‘motor skills acquisition’,
Menenangkan bayi dan melegakan simptom ‘colic’,
Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan
Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.
Pernah tak kita fikir kepentingan kad perubatan untuk ahli keluarga? Mungkin di awal perkahwinan kita tak rasa penting tetapi bila dah mempunyai cahaya mata, perkara ini kena ada dalam senarai perbelanjaan keluarga.
Cuma alasan yang biasa kebanyakan orang berikan untuk tidak memiliki kad perubatan adalah kerana kekangan kewangan, mahal dan berasa rugi kerana tidak nampak faedahnya jika tidak membuat tuntutan. Ibarat seperti bayar saja setiap bulan.
Sebenarnya komitmen bayaran ini akan rasa berguna bila sakit atau untuk mendapat rawatan di hospital. Mungkin waktu ini kewangan tidak mencukupi untuk menampung jumlah rawatan yang diperlukan dan masa inilah terasa kepentingan adanya kad perubatan.
Lagipun kos perubatan setiap tahun meningkat sejajar dengan kemajuan teknologi semasa dan caj perkhidmatan bukan lagi percuma pada masa sekarang.
Kini segalanya di hujung jari
Jika anda sedang berkira-kira mencari kad perubatan, AXA eMedic antara yang boleh menepati pilihan anda. Apa yang menarik mengenai kad perubatan AXA eMedic ini ialah boleh di mohon secara dalam talian. Mudah dan hanya dalam 5 minit siap.
Kalau insurans kereta dan pelancongan pun boleh dibeli atas talian, AXA eMedic pun menyediakan perkhidmatan yang sama dan ia merupakan kad perubatan 100% atas talian yang pertama di Malaysia. Anda boleh memilih pelan, menyemak harga dan membuat bayaran hanya dengan beberapa klik!
Bukan itu saja, AXA eMedic adalah pelan yang patut dimiliki bagi anda yang mencari kad perubatan pertama atau perlindungan tambahan di atas pelan yang sedia ada.
AXA eMedic tawar pelan keluarga
Sebagai ibu bapa semestinya anda akan memilih pakej yang lebih jimat dan mempunyai banyak manfaat kan? Kini AXA eMedic turut menawarkan pelan keluarga. Hanya dengan RM150 sebulan untuk empat ahli keluarga ia melindungi keluarga anda dengan liputan tahunan sebanyak RM100,000 setiap orang.
Paling penting sangat cepat dan efektif kerana boleh siap kurang dari 10 minit dan tidak memerlukan pemeriksaan perubatan.
Jika anda membeli insurans bagi satu keluarga dalam satu bil, rebat sebanyak 5% akan diberikan untuk pakej keluarga. Selain itu, 5% lagi rebat akan diberikan sekiranya pembayaran penuh dibuat untuk tempoh setahun.
Kelebihan bagi pemegang insurans AXA eMedic juga anda tidak perlu membuat pembayaran tunai jika dimasukkan ke hospital kerana semuanya akan diuruskan. Sangat-sangat berbaloi!
Hanya bayar RM37 sebulan dah boleh dapat!
Apa yang best dengan AXA eMedic ini adalah harga yang ditawarkan sangat-sangat murah dan mampu milik. Dengan pelan premium serendah RM37 sebulan dah mampu miliki kad perubatan ini dengan had tahunan sehingga RM100,000 seorang. Untung kan! Jadi tak ada masalah untuk membuat simpanan dan berbelanja dengan wang selebihnya.
Lagi satu sebab kenapa anda sebagai ibu bapa kena pilih AXA eMedic ini adalah kerana anak umur seawal 15 hari dah boleh memohon kad perubatan ini sehinggalah orang dewasa umur 49 tahun. Lagi awal anda beli, lagi besar manfaatnya serta pelan ini boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.
Tak perlu pemeriksaan kesihatan
Bagi yang memohon AXA eMedic, anda tak perlu pun buat pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memudahkan pemohon mendapatkan kad tanpa perlu melalui proses yang rumit dan lambat. Hanya beberapa soalan ringkas terus siap.
Kiranya tak rugilah anda memilih AXA eMedic kerana pelbagai manfaat ditawarkan pada harga murah dan mampu melindungi seluruh ahli keluarga. Info lanjut mengenai AXA eMedic klik link ini www.axa.com.my untuk dapatkan keterangan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendirikan rumah tangga, mempunyai keluarga memerlukan pengorbanan yang besar. Setelah bergelar suami/isteri banyak perkara yang perlu dikorbankan lebih-lebih lagi waktu bersuka ria seperti zaman bujang.
Lebih banyak masa diperlukan dirumah untuk menjaga keluarga. Kehidupan selepas berkahwin semestinya tak sama seperti zaman bujang dan mungkin juga kita kehilangan ramai teman. Bukan bergaduh atau salah faham menyebabkan kita hilang kawan, tetapi kerana masa dan tanggungjawab kepada keluarga seperti yang dikongsi oleh encik Firdaus Shakirin ini.
“Hilang” kawan-kawan selepas berkahwin…
Perkara ni banyak terjadi kat orang perempuan a.k.a isteri…Lepas mendirikan rumahtangga je, kawan-kawan dah makin menghilang, dah tak ramai…
Bukan sebab bergaduh atau ada apa-apa yang berlaku antara dia dengan kawan-kawan, tapi sbb BERKAHWIN…
Kadang-kadang jarak yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…kadang-kadang kesibukan sebagai isteri yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…kadang-kadang ketiadaan masa sebagai ibu yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…
Kehidupan dia berubah hampir sepenuhnya…
Bukan kehidupan dia saja, kehidupan kawan-kawannya yang turut mendirikan rumahtangga juga berubah…bila sorang tu ada masa untuk berjumpa, seorang lagi tiada masa atau tak dibenarkan keluar rumah…bila sorang tu ada masa untuk bercerita, seorang lagi sibuk dengan anak-anak dan kerja-kerja rumah…
Jarang dapat keluar dengan kawan-kawan, jarang juga dapat meluah pada kawan-kawan…rasa macam masa dengan kawan-kawan tu dah habis…sebelum berumahtangga ja boleh meriah, bersosial, bergelak tawa, ke sana sini dengan kawan-kawan…bila dah kawin, dah ada suami, dah ada anak-anak, masa bersama kawan-kawan tu tersangatlah dikenangkan…rindu nak macam dulu…
Perlu ke kita nak sedih sbb dah tak ramai kawan lepas dh kawin?
Fasa hidup kita ni macam tu la…ada fasa kita belajar, ada fasa kita berhibur, ada fasa kita enjoy, ada fasa kita dengan dunia kita, ada fasa kita berkeluarga…bila smpai fasa berkeluarga, baik lelaki mahupun perempuan, fasa sebelum-sebelum ni tu dah makin terbatas, makin tak berpeluang untuk diulang…
Masing-masing dah ada komitmen dan kewajipan lain…
Yang perlu diutamakan dan didahulukan…jangan sedih sebab kurang kawan atau kawan-kawan dah hilang…chill n relax, berkawan je dengan sapa-sapa yang masih ada dengan kita, contact dengan kita…walaupun bilangan kawan kita tu kurang dari 10 orang je, tapi 10 orang tu lah yang betul-betul mendatangkan manfaat dan faedah kepada diri kita daripada ada 100 orang kawan, tapi kesemuanya tiada tatkala kita memerlukan mereka…
Saya pun tak ramai kawan, tapi alhamdulillah masih jugak ada kawan…😊
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.