Semakin anak kita membesar, anak mula menunjukkan gaya dan perangainya yang tersendiri. Tak perlu diarah-arah seolah anak masih lagi kecil. Mereka mahu dilayan persis orang dewasa yang punya kemahuan dan fikiran sendiri.

Cara terbaik dan lebih berdiplomasi adalah wajar dilakukan pada mereka. Barulah anak makin dipercayai dan makin dengar kata. Ini yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim untuk panduan mak ayah.

Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun, Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena, Tukar Gaya Sempoi!


Sebenarnya anak yang 7 tahun dan ke atas dah tak boleh di arah-arah macam anak ribena. Mereka dah besar dah punya fikiran sendiri.

Kita kena mula didik dia dengan cara yang lebih berdiplomasi. Jangan guna kuasa veto arah arah anak buat itu ini tanpa persetujuan dia. Sebaliknya gunakan la House Rules ( peraturan ).

Kalau nak tahu, anak yang di ajar dengan house rules ni akan lebih cepat matang, lebih berdisplin dan lebih mudah berunding kelak.

Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun, Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena, Tukar Gaya Sempoi!

Ini ciri-ciri House Rules yang baik :

1️. Ringkas & spesifik ( tidak meleret )
Contoh buang sampah, basuh pinggan lepas makan.

IKLAN

2️. Mesti bertulis ( print/tulis atas kertas )
Cakap mulut tak kuat, kena bertulis. Lepas tu frame gantung kat dinding.

Beli Baju Tidur Anak Di Sini

3️. Ada persetujuan semua ( ibu ayah anak )
Bincang sama-sama, anak dan pasangan juga. Masing-masing sign tanda setuju dan patuh.

4️. Ada consequence yang releven ( hukuman/denda/kesan bila tak ikut )
Mesti ada. Supaya nampak serius. Contoh hukuman denda tak boleh keluar rumah, potong elaun belanja.

Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun, Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena, Tukar Gaya Sempoi!

IKLAN

5️. Di terangkan terlebih dahulu pada anak ( supaya dia faham )
Sebelum nak kuatkuasa pastikan dulu anak faham dan sedia patuhi. Baru tak syok sendiri.

6️. Di laksanakan secara tegas
Kena tegas. Jangan lembik atau mudah ubah fikiran.

7️. Ibu ayah juga kena ikut house rules ( role model untuk anak )
Ini paling penting. House rules tu bukan untuk anak sahaja tapi untuk ibu ayah juga. Kita patuh baru anak patuh, kita tak patuh anak pun tak hingin nak patuh house rules tu.

Kita didik anak dengan cara yang matang baru la anak cepat jadi matang. Dah tahukan, terus buat okey.

~ Mohd Fhais Salim

IKLAN

Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun, Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena, Tukar Gaya Sempoi!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI