Hanya sempat melayari alam perkahwinan selama setahun setengah untuk hidup bersama, dek kerana kecuaian pemandu lain, suami yang menjadi kekuatan telah pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan.

Paling sedih, pada pagi hari kejadian itu, permintaan nasi goreng dan telur mata untuk dibawa bekal ke tempat kerja adalah menu terakhir yang disediakan oleh isteri buat suami tercinta.

Isteri yang sering berkongsi menu masakan kesukaan suami di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) meluahkan rasa sayu. Arwah suaminya difahamkan menjadi mangsa kemalangan akibat kecuaian pemandu lain.

‘Hati dah resah selepas awak tak jawab panggilan’

Sayang, semoga awak tenang di sana. Saya sentiasa merindui awak. Tapi sampai sekarang saya masih tak dapat terima yang awak dah tinggalkan saya.

IKLAN

24/6/2020 sepatutnya petang jam 6 awak dah sampai opis saya nak amek saya balik keje dari tempat keje awak. Sampai jam 6.30ptg saya tunggu awak sebab awak kalau lambat awak akan kol atau wasap saya. Tapi haritu, kol saya pon awak tak angkat. Setengah jam saya kol dari jam 6ptg tapi awak tak angkat-angkat.

Hati saya dah resah, tapi nak hilangkan resah tu saya pura-pura marahkan awak sebab tak bagi apa-apa berita. Maafkan saya sayang.

Saya masuk opis balik, tiba-tiba ada no yang saya tak kenal kol tapi sebab saya pakai true caller ada naik nama “Insp Dzul” . Allahu, rasa macam nak tercabut nyawa sebelum angkat kol tu lagi.

“Assalamualaikum, puan isteri kepada Nazreen Shah ke? Saya Insp Dzul. Saya harap puan bersabar. Minta puan datang ke HUKM bahagian forensik”

Masih tak percaya awak tinggalkan saya

Hanya Allah yang tahu hati sorang isteri masa tu macam mana, saya terus menjerit awak. Nasib ada kawan yang baik hantarkan saya ke sana. Family semua awak jangan cakap, parents adik beradik, sepupu2 n kawan-kawan awak & saya pon datang malam tu.

Lemah badan saya awak bila polis suruh buat pengecaman malam tu saya tak kuat awak. Sungguh tak kuat. Saya minta maaf awak. Saya masih tak percaya yang awak dah tinggalkan saya.

Orang yang langgar awak tu cakap dia hilang kawalan, dari lorong kanan masuk ke lorong kiri. Doktor cakap hasil post mortem awak meninggal kat tempat kejadian on the spot sebab bahagian tengkorak kepala teruk, pecah. Allahu, saya sedih sgt awak. Kecuaian orang lain, orang lain yg terima akibat.

Takpelah sayang, moga awak damai di sana. Saya sentiasa doakan untuk awak. Walaupun Allah hanya bagi pinjam awak sebagai suami saya cuma untuk setahun setengah, saya tetap akan sayangkan awak sehingga akhir hayat saya.

Dalam kenangan, suamiku .
NAZREEN SHAH BIN SHAHERMAN
10 JAN 1993 – 24 JUN 2020

Sumber: Mira Zulyana & MAHN