
Masalah anak tonsil selalu dipandang masalah ringan yang tidak terlalu memudaratkan anak kita. Hakikatnya anak-anak amatlah rasa tak selesa bila setiap kali sakit. Jika anak anda ada tonsil dan mempunyai ciri-ciri yang diberikan ini, ada baiknya buat pembedahan.
Menurut Dr Ezairy M Sallih, doktor Otorinolaringologi (telinga, hidung & tekak), jika anak-anak mempunyai ciri-ciri yang disebut di bawah ini, anak-anak perlu menjalani pembedahan segera. Dalam erti kata lain perlulah dibuang. Kesian anak kita.

Ada beberapa keadaan di mana masalah tonsil anak anda itu perlukan pembedahan. Maknanya tonsil itu perlu dibuang.
Bagaimana? Lihatlah keadaan-keadaan ini :
1. Serangan tonsillitis yang berulang.
Anak anda mengalaminya sekurang-kurangnya tujuh kali dalam setahun. Lima kali dalam setahun untuk dua tahun berturut. Atau tiga kali dalam setahun untuk tiga tahun berturut-turut.

2. Serangan tonsillitis dan kemudian anak anda alami jangkitan pada peritonsillar area ‘peritonsillar abscess’. Nanah berkumpul di kawasan itu.
3. Masalah tonsil besar sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas, mengalami ‘obstructive sleep apnea’ dan mengganggu tumbesaran pesakit, kerap tidak hadir ke sekolah.
4. Serangan tonsil secara berulang kali sehingga menyebabkan serangan sawan.
5. Pembesaran tonsil akibat ‘kemungkinan kanser’. Ini perlu kepada pemeriksaan klinikal oleh doktor di hospital.

Doktor pun tak akan sebarang lakukan pembedahan. Setiap pembedahan itu juga ada risiko. Untuk usia kanak-kanak lebih-lebih lagi.
Jika anda ragu-ragu, bawalah mereka berjumpa kami. Anda akan dibantu.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah Lebih Setahun Lahirkan Anak Tapi Haid Masih Belum Datang, Mama Jangan Biar Je, Kena Periksa!

Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika. Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak, ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Dengarkan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.

Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.

Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makan 6 Biji Kurma Sehari, Sebulan Sebelum EDD. Bukaan Servik Lebih ‘Cepat’, Bersalin Pun Mudah!

Kurma adalah antara makanan jenis buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien. Ia kaya dengan gula (80%) dan selebihnya adalah protein, serat dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium dan zink. Kurma juga mempunyai vitamin yang pelbagai. Antaranya vitamin A, B kompleks termasuk folat, C, E dan K.
Di dalam 100gm kurma terkandung 282kcal yang terdiri daripada karbohidrat 75gm, lemak baik 0.4gm dan protein 2.45gm. Ia mempunyai indeks glisemik yang sederhana (bergantung kepada jenis kurma). Sebagai contoh, kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5.
Artikel Menarik: [Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu]
Jadi, dapat dirumuskan bahawa kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun manis, ia mempunyai banyak serat yang melambatkan penyerapan gula dalam darah. Dianggarkan terdapat 8gm serat di dalam 100gm kurma. Berikut penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) tentang kebaikan kurma buat wanita hamil dan mahu melahirkan.

Secara amnya pengambilan kurma sememangnya bagus untuk orang yang sihat, apatah lagi wanita hamil. Pengambilan kurma yang betul (tidak diambil secara berlebihan) memberikan manfaat kepada wanita hamil sama ada di awal kehamilan malah pada minggu terakhir sebelum melahirkan anak.
Ramai pengkaji mendapati bahawa pengamalan kurma terutamanya pada minggu akhir kehamilan membantu proses kelahiran kerana ia meningkatkan tindak balas rahim terhadap hormon oksitosin. Hormon ini bertindak dengan mengecutkan rahim. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pendarahan yang biasa berlaku selepas bayi dikeluarkan daripada rahim.
Artikel Menarik: [Makan Produk Tenusu Ada Peluang Dapat Anak Kembar? Dr Hamid Beri Panduan]
Selain daripada itu, kurma memiliki banyak nutrisi yang sangat penting untuk digunakan semasa proses melahirkan anak. Kurma mengandungi lemak asid tepu dan tidak tepu seperti asid oleic, asid linoleic dan asid linolenic yang mampu membekalkan banyak tenaga di mana anda amat memerlukannya semasa melahirkan anak.

Asid-asid lemak ini juga sangat penting untuk membina bahan prostaglandin (yang digunakan dalam proses pengecutan rahim). Selain itu, tannin dan kalsium dalam kurma juga penting dalam aktiviti pengecutan otot-otot rahim. Mari kenali nutrisi kurma lainnya, yang memberikan kebaikan kepada wanita hamil.
- Gula ringkas glukosa dan fruktosa, mudah dihadam untuk ditukarkan kepada tenaga yang banyak.
- Serat, membantu memudahkan proses pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit yang biasanya menjadi masalah utama bagi wanita yang hamil akibat saiz rahim yang semakin membesar. Antara lain, pengambilan serat yang banyak dapat mengurangkan risiko diabetes akibat kehamilan (gestational diabetes).
- Potassium, mengekalkan kestabilan antara mineral dan air bagi mengawal tekanan darah yang lebih baik.
- Magnesium, mengelakkan rasa kejang pada rahim sebelum berlakunya proses kelahiran (sepanjang kehamilan).
- Folate, membentuk saraf tunjang bayi yang berada dalam rahim bagi mengelakkan kecacatan neural tube defects.
- Vitamin K, membantu pembekuan darah selepas kelahiran anak bagi mengelakkan kehilangan darah yang banyak.
Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kurma membantu bukaan pangkal rahim (servik) dengan lebih mudah dan besar. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2011, ia menunjukkan wanita yang mengambil enam biji kurma sehari, sekurang-kurangnya empat minggu sebelum melahirkan anak mengalami proses kelahiran yang lebih mudah.
Mereka yang mengamalkan kurma tidak mengalami pecah selaput ketuban ketika dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, mudah memulakan proses kelahiran tanpa memerlukan ubat pitocin dan memendekkan fasa pertama dalam proses kelahiran. Hal ini berlaku kerana pengambilan kurma melembutkan pangkal rahim. Jadi, memudahkan pangkal rahim membuka ‘jalan’ kelahiran bagi bayi dalam rahim untuk keluar. Mereka yang lebih sukar untuk memulakan proses kelahiran juga didapati lebih mudah bertindak balas dengan ubat pitocin berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan kurma sepanjang kehamilan.

Dalam penulisan yang diterbitkan dalam The Journal of Midwifery and Reproductive Health), mereka yang mengamalkan kurma mempunyai bishop scores (satu penilaian terhadap kesediaan wanita yang mahu melahirkan anak dengan mudah), pembukaan ‘jalan’ kelahiran lebih luas kerana pangkal rahim lebih lembut dan mudah bertindak balas terhadap ubat pitocin, jika ia diberikan pada wanita yang mengalami masalah memulakan proses kelahiran.
Pengambilan kurma sememangnya memberikan kesan yang sangat baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2017,pengamalan kurma ketika hamil terutamanya di peringkat akhir kehamilan, memberikan kesan positif kepada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Cara betul makan kurma
Dalam banyak kajian yang dinyatakan tadi, terbukti pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita hamil. Jadi,anda boleh amalkan empat hingga enam biji kurma sehari. Disarankan ambil dua hingga tiga biji pada waktu pagi dan dua hingga tiga biji pada waktu malam. Kurma boleh dimasukkan ke dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Jika tidak pun, campurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran atau buah-buahan segar.

Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil enam hingga lapan biji sehari. Jika berada pada minggu akhir kehamilan (36 minggu ke atas), boleh ambil lapan hingga 10 biji sehari, bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian. Namun begitu, wanita yang ada masalah diabetes semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dicadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih-muih dan kek tetapi menggantikannya dengan kurma yang lebih semula jadi dan merupakan karbohidrat kompleks.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kuat Semangat Ye Sayang, Lawan Sikit Lagi.” Ibu Ambil Kekuatan Eliya Berpantang Sendiri

Hati ibu mana yang tak sedih saat ibu lain berpantang dengan bayi, diri sendiri hanya berpantang seorang diri. Mungkin ujian ini tak semua dilalui oleh ibu baru bersalin namun itulah Allah uji tandanya dia sayang.

Menerusi perkongsian Puan Hasni, ibu kepada bayi comel Eliya Nur Nadhira, pengalaman melihat si comel ini bertarung nyawa dengan tiga kali di intubate benar-benar meruntun hati. Tambah lagi melihat sekujur tubuh yang dipenuhi dengan wayar seluruh badan.

66 hari…alhamdulillah… alhamdulillah… alhamdulillah…
66 hari yang lalu lahirnya seorang puteri cantik dalam family kecil kami di beri nama Eliya Nur Nadhira bte Dzuhannor Dz …lebih mesra dengan nama #bunga. Lahirnya 2 hari sebelum hari raya puasa.

Sejak dari lahir lagi Eliya masih lagi berada dalam wad NICU sebab masalah jantung yang di kesan ketika kandungan berusia 24 minggu.

Sepanjang 66 hari usia Eliya sudah 3 kali terpaksa di intubate dalam ICU. Hebat sungguh anak kecil ini berjuang. Kuat sangat dia bertarung demi ibu, abah, kakak-kakak dan semua orang yang sayangkan dia.

Doakan semoga Eliya Nur Nadhira terus kuat, sihat dan cepat-cepat boleh balik rumah. Banyak benda nak kongsi sebenarnya, cuma tak sempat je lagi.

Berpantang tanpa si bunga cantik di sisi..memerlukan kekuatan, apa yang lebih penting kami fokuskan kesihatan ibu dan bunga.

Alhamdulillah selepas kali ke-3 extubate, Bunga nampak sihat sangat. Paling gembia setelah sekian lama, semalam (15 Julai) baru ibu di beri peluang dukung Bunga lama sikit.
ARTIKEL MENARIK [Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil]

Kuat semangat ye sayang, lawan sikit je lagi. Bunga pun dah tak sabar dah nak balik rumah kan.

Doakan puteri bongsu kami Eliya Nur nadhira a.k.a Bunga sihat seperti anak yang lain. Doakan semoga segala urusan Eliya dipermudahkan Allah SWT.
Kredit: Hasni Hasan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


