Ada ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak bersama gajet selama berjam-jam. Melalui gajet anak akan leka menonton video atau bermain game.
Kasihanilah anak itu, kerana gajet boleh menyebabkan anak menjadi ketagih dan berisiko membantutkan perkembangan mereka.
Tidak dinafikan tugasan harian yang banyak menyebabkan ibu bapa terpaksa memilih jalan mudah ini supaya anak-anak tidak mengganggu mereka. Tapi adakah ini pilihan yang terbaik? Sanggupkah kita letakkan anak kita dalam risiko ketagih gajet.
Ads
Anak akan belajar perkara baru
Bermain ialah satu medan pembelajaran yang sangat baik untuk anak. Dengan bermainlah anak-anak akan belajar banyak perkara baru. Baik dari input perkataan-perkataan baru hinggalah kemahiran dalam permainan yang kita ajar. Bagus untuk tingkatkan daya keyakinan mereka.
Kemahiran motor anak dipertingkatkan
Kemahiran motor terbahagi kepada motor halus dan kasar. Perkembangan dari sudut kekuatan, koordinasi dan sensori ialah antara perkara penting yang perlu ibu bapa beri perhatian. Dengan bermainlah, ibu bapa boleh secara tidak langsung merangsang perkembangan motor anak.
Ads
Kemahiran komunikasi dapat dibentuk
Intonasi dan emosi ialah dua perkara penting yang perlu bergerak seiring bagi memastikan kelestarian teknik komunikasi anak-anak. Dengan bermain dengan anaklah kesinambungan intonasi dan emosi ini dapat kita ajar secara tidak langsung.
Peluang untuk kenal personaliti anak
Sebagai ibu bapa kita perlu tahu kecenderungan anak kita ke arah yang mana. Melalui aktiviti bermain dengan anak, kita dapat tahu dan dengan mudah lebih memahami minat dan kecenderungan anak. Ini juga membantu ibu bapa untuk beri panduan yang tepat mengikut minat dan seterusnya pandu anak-anak menuju cita-cita mereka.
Cipta masa berkualiti dengan anak
Jika masa yang sedikit terluang ini kita tidak dapat manfaatkan sebaiknya dengan anak. Rugilah. Kerana kita semua pastinya sibuk dengan kerja, dan peluang seperti ini tidak datang selalu. Jadi ambil setiap peluang masa yang ada untuk bermain dengan anak.
Mungkin ada mama yang berhajat nak beli kasut anak secara online namun tidak tahu cara untuk mengukur saiz kasut anak. Sebenarnya ada cara untuk mengukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online.
Selalunya yang menjadi kerisauan mama ialah saiz kasut yang diberikan salah dan akhirnya kasut yang sampai tidak muat atau terlebih besar. Sayanglah bila kasut yang dibeli tidak boleh dipakai oleh si anak.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda oleh cuba tip ini bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online:
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan selepas itu kita tekapkan sahaja.
2. Ukur
Bila sudah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 sentimeter
Selepas itu kita tambah 1 sentimeter daripada ukuran itu. Jangan tambah lebih-lebih ye. Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran sentimeter ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh ‘save’ dalam telefon bimbit terus supaya mudah bila hendak digunakan nanti.
Personaliti Instafamous ini bersederhana dan dia juga sering berkongsi info di dalam penulisan blognya. Juga rajin membuat perkongsian melalui laman Instagram. Isteri kepada Dr. Anwar Fazal Abu Bakar ini juga sempat Pa&Ma dekati untuk mencungkil rahsianya mendidik anak-anaknya. Tidak lokek berkongsi ilmu, Dr. Fatin Liyana menceritakan kaedah yang dia dan suami gunakan untuk merangsang minat anak sulung mereka, Ajda Anwar Fazal, 3, untuk belajar.
Bagi merangsang kemahiran sensori Ajda, Dr. Fatin menggalakkan anaknya untuk lebih banyak terdedah kepada persekitaran yang mencabar dan free play. Dia dan suami memiarkan Ajda untuk menjelajah dan belajar perkara baharu setiap hari. Permainan sensori terdiri sentuhan, menghidu, merasa, pergerakan, keseimbangan, penglihatan dan pendengaran.
Untuk menjayakan kaedah free play ini, Dr. Fatin akan beri anaknya mandi di dalam tab mandi yang dipenuhi buih, biarkan anaknya meramas beras, bermain dengan tanah liat dan banyak lagi. Untuk meningkatkan deria rasa Ajda, Dr. Fatin suka memberi anaknya itu mencuba rasa minuman dan makanan yang mempunyai pelbagai rasa seperti manis, masam, masin, sejuk dan panas.
Ketika ditanyakan tentang penggunaan gajet dalam proses pembelajaran anak-anak, Dr. Fatin tidak menolak kaedah ini. Katanya, dia tidak kisah anaknya bermain dengan gajet. Dia tidak mahu anaknya ketinggalan dan tidak tahu apa-apa yang mengikut peredaran masa jika semua rakannya bercerita tentang perkara baharu yang dipelajari melalui gajet.
Tambah Dr. Fatin lagi, dia sudah mula menghantar Ajda ke sekolah sejak anak sulungnya itu berusia setahun enam bulan. Katanya, Ajda banyak menghabiskan masa dengan aktiviti sekolah. Untuk ‚me time‘ Ajda, Dr. Fatin akan membenarkan anaknya menonton Youtube selama satu jam. Setelah itu, Dr. fatin akan bertanya semula kepada Ajda apa yang dipelajarinya hari itu menerusi Youtube. Kata Dr. Fatin, teknologi sebenarnya bagus asalkan ia tidak digunakan secara berlebihan.
Dr. Fatin dan suaminya lebih selesa jika boleh menjadi seperti sahabat dengan anak-anak mereka. Tambah Dr. Fatin, mereka banyak bercerita dengan anak-anak. Pasangan ini juga sering menjelaskan setiap apa yang dibuat supaya anak-anak dapat belajar. Mereka berdua banyak berkongsi minat dengan anak-anak dan memandang mereka seperti orang dewasa. Dengan cara ini, anak-anak lebih rasa dihargai dan mempercayai ibu bapa mereka. Dr. Fatin dan suaminya menggalakkan Ajda untuk bercerita apa sahaja dengan mereka. Tidak mahu membebankan anak-anak untuk menjadi pelajar cemerlang, harapan Dr. Anwar hanya untuk melihat ada di antara anak-anak mereka yang akan mendalami ilmu agama.
Memandangkan Dr. Fatin dan Dr. Anwar adalah SBP-breed, jadi mereka mengharapkan perkara yang sama untuk anak-anak. Belajar di sekolah berasrama penuh dapat mendidik anak-anak bergaul, berkongsi dan belajar mengawal emosi dengan baik. Mereka juga menerapkan ilmu survival skill daripada ilmu between 4 walls. Untuk cita-cita anak mereka, Dr. Fatin tidak kisah apa sahaja minat Ajda mahupun adiknya, Hail Nolan Anwar Fazal, 4 bulan. Selagi ia bagus dan berpandukan syariah, Dr. Fatin dan Dr. Anwar sentiasa bersikap terbuka dengan pilihan anak-anak.
Setiap ibu dan ayah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Masing-masing mempunyai cara didikan tersendiri untuk membentuk peribadi dan akhlak si manja. Asalkan tidak memberi beban kepada emosi si anak dan kaedah yang digunakan tampak berkesan, Pa&Ma berpendapat tidak salah untuk teruskan cara begitu.
Semoga Dr. Fatin Liyana sekeluarga diberkati Allah SWT sentiasa dan anak-anaknya juga dikurniakan kesihatan serta keperibadian yang baik. Buat Papa Mama yang masih mencari kaedah didikan yang boleh diikuti, anda boleh cuba Teknik pasangan doktor ini. Semoga berjaya!
Minggu pertama persekolahan terutama bagi anak-anak Tahun 1 pasti memberi kenangan pada dirinya sendiri, ibu bapa atau guru. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama anak melangkah ke alam persekolahan yang memerlukan semuanya dilakukan sendiri.
Jika di tadika, anak-anak masih dibantu oleh guru atau pembantu tadika. Jadi tiada masalah besar sangat pun. Namun bila dah ke sekolah rendah, cabarannya lebih sikit. Jadi ibu bapa mesti selalu ingatkan anak-anak apa perlu buat sepanjng sesi pembelajaran di sekolah.
Seperti perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau berkongsi ragam anak Tahun 1 yang masih belum tahu menggunakan tandas sebetulnya. Ini kerana kebanyakan tandas di sekolah tandas cangkung dan di rumah rata-ratanya tandas duduk.
“Cikgu, nak ke tandas,” kata seorang murid tahun satu masa berkumpul kat dewan.
Aduh, takut la pulak. Okey la, aku pun teman la dia ke tandas. Masuk je tandas murid, nampak selonggok seluar kat luar tandas.
Ni murid yang sebelum ni pergi tandas tadi ni. Pengawas yang tunjuk tandas, pengawas tu tinggal, dia pergi bukak seluar dan longgok gitu ja. Adeh, buat hal betul lah.
Dah satu hal pula seluar tu kotor dan basah nanti. Nak kena ajar mereka buka seluar dalam tandas ni, naya kalau macam ni.
Budak-budak lain bukan kira apa, kadang dipijak je seluar yang ada kat lantai. Budak. Tahun 1 pula tu. Nak marah pun tak leh.
Mak ayah, tolong ajar anak-anak guna tandas awam ya. Ajar mereka buka dan gantung seluar dalam tandas. Bukan buka dan longgok macam kat rumah gini.
Dan kalau anak jenis tak tahan kencing berak, tolong prepare seluar trek biru dan baju t shirt putih ya. Senang nak tukar jika terbuang dalam seluar or pakaian mereka basah kuyup bila ke tandas.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayden dan Ara dipuji ramai selepas bertemu Menteri Pendidikan Singapura. Cara Syed Saddiq membimbing mereka bersalam dan menjaga adab mencuri perhatian.