Perasan tak setiap kali anak buat kesalahan, laju je perkataan KENAPA keluar dari mulut ibu ayah. Rata-rata ibu bapa mengambil pendekatan bertanya sebegitu dengan tujuan untuk selidik dan nak tahu punca.

Sebenarnya cara ibu bapa selama ini salah! Nak tahu kenapa, Pakar Psikologi Keibubapaan, Dr Saleha Idris ada jawapannya. Mungkin ada yang bersetuju, ada yang tak, tetapi semua ini terpulang pada anda.

Kena ingat mendidik anak zaman sekarang dah tak sama seperti ibu ayah mendidik kita zaman dulu. Cabaran hari ini sangat berbeza dan kita sebagai ibu bapa kena tahu pendekatan terbaik agar anak sentiasa menjadi ‘kawan baik’ dansecara tak langsung mereka juga tak berani menipu.

Mak-mak jangan tanya anak soalan bermula “kenapa”.
Kenapa buat jatuh.
Kenapa masam muka
Kenapa tak pandai
Kenapa malas

Perlu ingat kalau kita asyik tanya kenapa. Anak jawab akan cuba selamatkan diri dia. Nanti dia pun pandai menipu. Sebab dia takutkan mata Kkta yang garang tu.

Kalau tak percaya cubalah tanya soalan ‘kenapa’ pada anak tu. Rasanya mak lagi banyak bebel dari selesai masalah. Akibatnya mak meroyan lebih, anak akan jadi mangsa cubitan ketam terhebat dunia.

IKLAN

Menyiasat akan memberi kesan buruk kerana orang tersebut terpaksa menceritakan aibnya. Dia akan berasa bersalah, berdosa, sedih dan tertekan. Sebaliknya, Rasulullah SAW memberi jalan penyelesaian selepas menegur kesalahan seseorang itu.

Apabila anak membuat kesalahan. Jangan ditanya soalan kenapa. Ianya seolah kita sedang menyiasat. Jangan menyiasat perkara itu. Nanti bila anak menjawab kita akan tanya sampai ke lubang cacing. Cara itu bukan cara betul. Tetapi terus berikan solusinya

Elak Bertanya Soalan Bermula “Kenapa”. Cara Ni Lama-Lama Buat Anak Pandai Menipu

Saya up status ni sebab ramai sangat buat satu benda dan rasa benda tu betul. Rupanya kita boleh buat benda lain lebih best da mudah dalam mendidik anak ni

Ingat ya mendidik anak remaja dan anak sekolah rendah banyak skil dan seninya. Semakin kita menggali masalah. Yang kita dapat masalahnya bukan cara selesai ya.

Contoh:
Anak tumpah air.
Kita marah. Kita tanya
Kenapa tumpahkan air ni sambil mata besar.
Anak jawab….(nak defend) diri.
Kat sini kita nak ajar apa.

IKLAN

Jadi solusinya..
Tak apa. Adik ambil kain lap sahaja.
Tanpa bebel
Tanpa soal jawab

Elak Bertanya Soalan Bermula “Kenapa”. Cara Ni Lama-Lama Buat Anak Pandai Menipu

Kalau self esteem anak jatuh taubat dia mula renggang dari ibu ayah. Ubah komunikasi kita. Kita yang dewasa pun pun tak suka ditanya, tak suka dijudge, tak suka dinilai buruk.
Benda tu sebabkan hubungan renggang.

IKLAN

Moga perkongsian ini akan dapat sama-sama membantu kita mendidik anak dengan cara betul tanpa rasa stres. Ingat keluarga bahagia, akan melahirkan anak-anak yang berjaya dunia akhirat.

Kredit: Dr Saleha Idris

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Elak Bertanya Soalan Bermula “Kenapa”. Cara Ni Lama-Lama Buat Anak Pandai Menipu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI