Anak Alergik Telur, Makaroni Bakar Tanpa Telur Ni Boleh Sediakan Pada Anak!

Share

Bukan semua anak-anak kita boleh makan telur dengan jayanya. Ada diantara anak-anak kita yang alergik makan telur. Jadi mama terpaksalah asingnya menu bertelur atau mahu lebih selamat, sediakan sahaja menu tanpa telur buat anak. Taklah anak terkena alergik, gatal dan sebagainya.

Salah satu resipi awesome petang hari adalah Makaroni Bakar simple buat anak-anak kita. Resipi yang dikongsikan Puan Myra Shafie ni nampak mudah lagi ringkas. Bagi anak yang tidak ada masalah alergik telur, bolehlah tambahkan telur untuk lebihkan proteinnya.


.

Simple je menu petang ni. Godek-godek peti tengok bahan apa je yang ada. Macaroni bakar versi tak ada telur sudahnya, sebab anak still lagi allergik. Saya kongsi step di gambar ya.


.

Bahannya pun simple saja.

Isi ayam
Carrot
Jagung
Bawang putih
Bawang holland
Bawang merah (goreng dahulu)


.

Macaroni + tomato puree + serbuk lada hitam + mix herbs + daun sup.


.

Gaulkan sebati dan boleh masukkan cheese. Dan boleh tambah telur jika anak tak allergik.

.


.

Masukkan dalam cup dan saya potong-potong cream cheese tabur kat atas tu. Tabur tomato dadu n mix herbs. Bakar suhu 170 lebih kurang 30 minit.

IKLAN