Anak-anak enggan Hisyam Hamid cari pengganti- “Mereka tak mahu mama baru.” Pelakon, Hisyam Hamid, 40, ‘ditegah’ anak-anaknya daripada bercinta dan perkara itu juga pernah diluahkan anak-anaknya kepada nenek mereka yang juga ibu Hisyam.
Anak-anak Enggan Hisyam Hamid Cari Pengganti- “Mereka Tak Mahu Mama Baru”
Hisyam berkata, buat masa sekarang dia sangat selesa dengan kehidupan saya. Anak-anak saya pun cakap, mereka tak nak ibu baru.
“Saya tak pernah buka topik ini kepada anak-anak. Tapi, mak saya ada tanya dan cakap kepada mereka, ‘tak baik, ayah masih muda.
“Tapi, mereka masih bertegas dan katakan tidak. Namun, tak tahulah kalau esok lusa mereka berubah fikiran,” katanya.
Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang berbanding setahun lalu.
“SAYA RASA SAYA BAHAGIA DAN BERADA DALAM SATU KEADAAN LEBIH SELESA BERBANDING SETAHUN LALU.
“Kalau jodoh ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur. Saya okay saja. Jauh sekali daripada terdesak,” katanya.
Ditanya mengenai gosip hubungan cinta antara dia dengan seorang penerbit, Hisyam menafikannya dan menganggap itu adalah perkara yang akan muncul memandangkan statusnya kini sebagai duda.
Ads
“Kalau cerita mengenai saya bercinta dengan seorang penerbit itu, boleh saya katakan ia tidak benar.
“Saya rasa, itu adalah satu perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang (duda). Kalau dulu, saya sering membawa bersama orang rumah ke mana-mana.
“Jadi, saya selamat dan orang tak boleh bercakap apa-apa. Sekarang ini, saya tak bawa sesiapa.
“MUNGKIN BILA ORANG TENGOK SAYA BAIK ATAU RAPAT DENGAN SESIAPA, MEREKA ANGGAP SAYA SEDANG BERCINTA DENGAN ORANG ITU,” KATANYA.
Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Ads
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Bayangkan bayi kecil yang baru saja melihat dunia, belum sempat pun merasa pelukan ibunya dengan sempurna akhirnya pergi, bukan sebab sakit, tapi kerana kecuaian manusia.
Walaupun insiden memilukan ini berlaku di Perancis, ia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita semua bahawa satu detik kecuaian boleh meragut nyawa yang tidak berdosa.
Seorang bayi pramatang maut selepas dipercayai dicampak ke lantai oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dibiarkan bebas tanpa pengawasan di unit bersalin Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre, Lille.
Dilahirkan pada usia kandungan 228 hari melalui pembedahan caesarean oleh seorang ibu muda berusia 23 tahun, bayi itu mengalami kecederaan otak traumatik selepas dipercayai ‘diperlakukan seperti anak patung’ oleh kanak-kanak terbabit.
Menurut laporan, budak lelaki itu merupakan anak kepada salah seorang pesakit yang turut dirawat di wad sama. Dia dilihat bebas berkeliaran di kawasan hospital tanpa sebarang pemantauan sehingga mengganggu keselesaan dan keselamatan.
Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini sebagai kes jenayah, dengan kerjasama unit juvana Perkhidmatan Polis Kehakiman Lille serta pendakwa raya tempatan.
Sejak akhir-akhir ini, kes cubaan menculik melibatkan kanak-kanak begitu membimbangkan ibu bapa. Walaupun kisah-kisah berkaitan penculikan tular baru-baru ini dikatakan palsu dan salah faham, tetapi ibu bapa seharusnya lebih berwaspada untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.
Disyaki cuba buka pintu kereta
Kisah tersebut telah tular di media sosial selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada stesen minyak itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Hizam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat si ibu, ketika kejadian, dia singgah sebentar di kedai makan untuk membeli sarapan sementara anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta kerana cuaca hujan.
Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.
Dakwa wanita ini lagi, dia melihat seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya. Lebih mencurigakan apabila wanita ini mendakwa lelaki terbabit melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba membuka pintu keretanya.
Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan.
Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.
Video Penuh:
Berdasarkan percakapan, wanita ini mengesyaki lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk tujuan keselamatan dirinya dan anak-anak.
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati para ibu bapa supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Mereka turut meluahkan rasa syukur kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak itu.
Kalau minggu lepas, admin dah kongsikan satu cerita viral tentang sembilan orang jururawat hamil bersama-sama, kali ini cikgu pula! Memang betul penyakit berjangkit ni. Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Kansas, Amerika Syarikat. Boleh dikatakan separuh daripada guru di sekolah itu sedang mengandung atau baharu sahaja bersalin.
Pihak pentadbiran sekolah itu berkongsi foto guru-guru tersebut di laman Facebook, dan boom! Terus viral.
Salah seorang daripada guru tersebut, Kelli Jo Sheahon, memberitahu yang mereka sangat seronok bila melihat ibu lain dan saling bertanyakan keadaan masing-masing. Kelli sedang hamil anak kembar. Katanya lagi, tidak ramai yang berpeluang untuk melalui pengalaman seperti ini.
Nasib baiklah tarikh jangka bersalin semua guru-guru ini agak ‘jarak’, jadi tidaklah mereka semua cuti pantang pada waktu yang sama. Kata pengetua sekolah itu, Ashley Miller, dia sangat teruja untuk kesemua pekerjanya (selepas dia elok dari terkejut), dan mengatakan yang berita kehamilan mereka semua sesuatu yang menarik.
“Ketika guru ketiga memberitahu yang dia hamil, saya terkejut. Masuk yang keempat, saya terkejut sangat. Bila ada guru kelima pula beritahu tentang kehamilannya, saya dah tak tahu apa nak cakap. Bila masuk guru ketujuh, saya akhirnya teringat untuk ucapkan tahniah. Ayat pertama yang keluar dari mulut saya bila tahu dia hamil, awak bergurau ke ni?”, kata Miller kepada ABC News.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.