Penatnya menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak. Itulah rungutan ibu-ibu bekerja. Balik sahaja ke rumah, cepat-cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak-anak. Inilah rutin ibu bekerja.
Demi menjimatkan kos serta lebih mudah uruskan anak-anak kecil yang ramai, inilah jalan terbaik buat semua. Namun jangan merungut kerana mereka tidak selamanya akan bersama kita. Mereka hanya pinjaman Allah buat kita.
Suatu masa, apabila anak-anak sudah belajar dan melanjutkan pelajaran mereka, semua ini akan sentiasa kita rindui. Benarlah kata orang, peruntukan waktu yang sebaiknya bersama anak selagi mereka masih bersama kita.
Perkongsian ibu anak lima ini, Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz boleh kita jadikan iktibar dan semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak kecil kita, mereka memerlukan belaian dan kasih sayang kita di waktu mereka kecil.
Jadi hargailah mereka. Jangan pernah jemu layan karenah mereka. Soal memasak setiap hari, bukan satu masalah pun kan?
Ads
Mereka takkan selamanya bersama kita.
Tak penat ke? Rajinnya penat-penat, lambat-lambat balik keje pun masih masak?
Ads
Sebab inilah saya jadi kuat. Memikirkan inilah saya jadi takut bila anak-anak membesar terlalu cepat. Biarlah penat macamana pun,saya cuba hargai setiap detik masa yang ada.
Marah? Rotan? Bebel? Mustahil tak ada. Tapi selepas tu, bila tatap wajah anak-anak time tidur, Allahu menyesal sangat.? Kenapa? Sebab bila mental dah penat, emosi sukar dikawal kan. Itulah lumrah, tapi sebelum anak-anak tidur, waktu mereka salam kita, peluklah, ciumlah dan ampunkan segala dosa-dosa mereka.
Redhakanlah hidup mereka. Ucap terima kasih atas pengorbanan mereka berdikari tanpa kita. Bacakan 3 Qul dan hembus di ubun-ubun mereka. Didik mereka baca Ayatul Qursi dan akhiri dgn Dua Kalimah Syahadah sebelum tidur?
Ads
Penat macamana pun kita, jangan lepas bagi anak-anak makan air tangan kita. Masa masak, doalah segala yang baik untuk keluarga. Selawat jangan lupa, itulah pengikat kasih sayang mereka. Itu jua lah yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila. In Sha Allah??
Kuatnya seorang ibu itu, adalah benih kekuatan untuk anak-anak. Hari ini kita rasa sedikit susah kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami. Tapi tanpa kita sedar, hanya 1/4 hari-hari mereka bersama kita. Kita berhutang masa dan perhatian dengan mereka.
Semakin mereka membesar dan kenal dunia, sedikit demi sedikit mereka semakin jauh dari kita. Peringatan untuk diri saya juga yang selalu terleka. Kita semakin tua, kita takkan selamanya ada. Entah mereka dahulu atau kita yang mendahului.
Nanti kita rindu saat-saat ini. Taip ni pun airmata laju keluar macam air hujan. Bagi yang bertanya macam mana saya boleh sekuat ini, jawapannya inilah Vitamin saya. Inilah jamu dan supplement yang saya ambil. Inilah segala-galanya buat saya. Anak 5 saya. Allah,tolong jagakan mereka untukku semasa aku tiada bersama mereka..Aminn3 Ya Rabb?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa pasti ada pengalaman termarah anak. Kadang perkara ini berlaku tanpa disengajakan kerana diri terasa penat dan apabila anak tersilap buat sesuatu yang tak disengajakan, kita memarahinya seolah-olah anak melakukan silap besar.
Keadaan ini jika tak diatasi dengan sebaiknya, risau anak memendam perasaannya dan akan beri kesan pada tingkah laku apabila semakin meningkat dewasa.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan ada beberapa cara ibu bapa boleh lakukan jika kita rasa nak termarah anak.
Pernah ke rasa penat dengan anak-anak?
– Rasa cepat marah/ geram.
– Rasa nak mengamuk even kesalahan kecil anak jer.
– Rasa annoying.
Sedar atau tidak, bukan anak puncanya. Tapi fikiran kita yang tengah serabut dan bukan dalam mood rest.
Tarik nafas, tenang.
Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, fikir semua yang baik-baik dan syukur.
– Declutter mind.
– Kalau rasa banyak kerja, buat list to-do.
– Elak jadi perfectionist.
– Utamakan yang penting dahulu. Yang boleh hold, hold je. Jangan stres.
– Jangan bertangguh.
– Banyakkan syukur sebab ada orang, bertahun tunggu anak.
Make a simple life. Try untuk jadi diri yang best untuk diri sendiri. Mak yang cheerful untuk anak-anak.
Isteri yang tenang untuk suami. Anak dan adik-beradik yang supportive. Kawan-kawan yang memahami.
Bila kita tenang dan tak serabut, susah kita nak marah tau. Dah ter-marah anak? Go hug & kiss!
Kena selalu ingat, anak-anak kita tu kecik lagi. Memang fasa mereka explore dunia. Keep calm okay?
Jom #jomjadiparentsbest. Share supaya kita semua kekal tenang bila ada masalah.
InshaAllah.
Kredit: Alina Adenan
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Bila dah jadi ibu ayah ni, kita akan buat sehabis baik untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak. Bukan hanya untuk hari ini semata-mata tetapi juga untuk persediaan masa hadapan mereka.
Biasanya ibu ayah akan buat buat tabungan atau membuat simpanan pendidikan, tetapi salah satu cara lain untuk melabur demi masa depan anak adalah dengan membeli emas.
Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memilih untuk membuat pelaburan emas demi masa depan anak-anaknya. Dia yang turut dilantik sebagai duta rangkaian kedai emas Siti Jewels mengatakan kesedaran untuk membeli emas bermula sekitar 2012.
“Saya mula kumpul emas dan sedar yang emas ni adalah satu pelaburan dari tahun 2012. Dulu masa remaja kita tak rasa yang emas ni adalah satu investment.”
Tambahnya lagi, apabila semakin meningkat dewasa barulah sedar emas satu pelaburan yang boleh menjadi simpanan untuk hari tua. Kata Puteri Sarah lagi, dia mula beli dan simpan emas sikit-sikit sehinggalah sekarang dah semakin banyak. Pada waktu inilah dia terfikir untuk melabur dengan emas.
Ibu kepada dua orang anak ini pernah berkongsi bahawa dirinya dahulu tak sukakan emas kerana dia lebih sukakan berlian dan emas platinum. Dia kemudiannya mula suka pada emas apabila ada banyak pilihan barangan kemas yang mempunyai rekaan moden dan dia mula mengumpul emas sedikit demi sedikit.
Pandangannya terhadap emas berubah dan Puteri Sarah mulai sedar kelebihan emas apabila ketika musim PKP 1.0 dahulu dia melihat ramai wanita yang sanggup beratur di kedai emas untuk menggadai barangan kemas mereka. Dia mengakui keadaan itu telah menjentik hatinya untuk lebih banyak mengumpul emas kerana ia satu pelaburan yang baik.
“Sebelum PKP tu saya dah start invest, sebab kita tahulah apa yang akan jadi pada tiba-tiba kita kan. Dulu masa remaja tak tahu pun emas tu penting, kita lihat sebagai hiasan je.”
Ketika ditemui di salah sebuah acara Siti Jewels, Puteri Sarah turut berkongsi yang dirinya turut membelikan emas buat puteri kesayangan, Sumayyah. Namun dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak memakaikan emas kepada Sumayyah pada hari biasa kerana khuatir dengan bahaya.
“Sumayyah pun pakai emas, tapi bila dia asyik pakai takutlah kita kan. Sekarang kan bahaya, tapi bila hari raya kita keluarkanlah semua.”
Sememangnya pelaburan emas sangat bagus kerana ia bukan sekadar barang hiasan yang menambah gaya seseorang wanita tetapi juga dapat digunakan apabila berdepan dengan situasi tidak terjangka yang memerlukan wang secara mengejut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Maafkan baba wahai anakku sebab membuatmu berpanasan serta bermandian hujan selalu.
“Insya-Allah, satu hari nanti kita akan berbumbung walau ke mana pun,” luah seorang bapa menerusi video di TikTok yang mengundang simpati ramai.
Perkongsian video Apai, 35, berteduh di bawah jambatan bersama anak perempuannya, Nur Arisya berusia setahun lima bulan tular di laman sosial.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Apai terus kuat untuk mencari rezeki buat keluarganya selain kagum dengan pengorbanannya sebagai bapa.
Menurut Apai, dia terharu dengan keprihatinan orang ramai dan menjelaskan tujuannya memuat naik video berkenaan bukannya untuk meraih simpati sesiapa.
Sebaliknya, Apai yang bekerja sebagai pembantu di kedai alat ganti kenderaan sekadar mahu berkongsi kenangan bersama anak tunggalnya dengan memuat naik video di TikTok dan tidak menyangkap perkongsiannya tular dalam waktu singkat.
“Video itu dirakam seminggu lalu ketika saya berhenti untuk berteduh di bawah jambatan dekat Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke).
“Ketika itu, saya dalam perjalanan untuk hantar anak ke rumah emak namun berhenti di situ sekejap kerana hujan renyai.
“Sambil berehat, saya merakam video dengan anak dan muat naik di TikTok keesokannya dan sangat terkejut apabila ia dapat perhatian hingga ada yang mesej untuk belikan topi keledar buat Nur Arisya,”
Apai yang menetap di Setapak, di sini berkata, dia serba salah juga apabila ramai yang salah sangka dengan perkongsiannya itu.
Justeru, Apai berharap penjelasan dibuat dapat menerangkan situasi sebenar bagi mengelak kekeliruan di kemudian hari.
“Saya dan isteri bukan orang senang tetapi cukup makan pakai kerana kami berdua bekerja.
“Setakat ini, kami masih sihat dan tidak bergantung bantuan tetapi terima dengan tangan terbuka jika ada yang berniat nak menyumbang seikhlas hati mereka.
“Maaf jika perkongsian saya itu mengundang salah faham kerana tiada niat langsung untuk minta perhatian tetapi terima kasih kepada yang mendoakan.”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.