Keibubapaan

Anak-Anak Tunjuk Bakat, Majlis Konvokesyen Graduan Cilik Hawary Education Meriah!

Share

Pada 4 November 2023 yang lalu, Hawary Education telah menjalankan Majlis Konvokesyen yang Ke-12 di Johor Bahru yang diadakan di dewan TROVE Johor Bahru. Majlis tersebut dirasmikan oleh pengasas Hawary Education, Puan Rosz Linda.

Majlis Konvokesyen yang Ke-12 Hawary Education bermula dengan menyanyikan lagu Negara dan lagu negeri Johor serta beberapa persembahan sebelum memulakan upacara memberi sijil kepada seramai 60 pelajar yang menamatkan pelajaran bersama Hawary Education.

Menurut pengasas Hawary Education, Puan Rosz Linda, tema majlis kali ini adalah penumpuan terhadap bakat anak. Bersama Hawary Education, anak murid bukan sahaja menerima pendidikan cara Islam malah mereka juga diberi peluang untuk menemui bakat terpendam diri sendiri.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa murid-murid taska dan tadika Hawary Education seramai 100 orang. Mereka turut melimpahkan sokongan terhadap anak-anak yang mendapat sijil graduasi dan yang membuat persembahan di pentas.

 

 

IKLAN