Ibu hanya manusia biasa, tak ada yang sempurna. Termarah anak dalam keadaan emosi tak stabil itu normal. Kadang bila dah jadi macam ni, terus rasa menyesal kan?

Walaupun terjadi situasi sebegini, sebagai orang kepercayaan anak, ibu bapa kena turunkan ego kita. Tak rugi pun kita minta maaf dan beritahu kenapa terpaksa marah dan buat macam tu. Bila dapat jawapan ini, anak pun dengan hati terbuka memahaminya.

Situasi ini dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi yang merupakan Influencer Parenting dan tak terlepas dari kelemahan dalam diri sendiri. Moga sama-sama dapat manfaat.

Hari tu saya geram betul dengan anak sulung. Saya tengah drive. Anak-anak bergaduh kat seat belakang. Cakap tenang-tenang tak jalan. Terus saya jadi geram.

Saya punya geram tu sampai mulut tak boleh berhenti bebel marahkan diorang. Paling teruk kena bebel, si sulung. Sebab dia punca.

Bebel punya bebel. Sampai terkeluar label ‘degil’ dan ‘susah dengar kata’ dari mulut saya.
Ya Allah.

Kadang bila emosi sangat, penulis sendiri pun tak ingat apa yang ditulis. Shut down terus otak rasional.

Begitulah. Penulis pun manusia biasa. Ada masanya terlajak buat salah juga.
Tengah saya bebel tu, tiba-tiba, azan berkumandang. Terus bebel saya terhenti. Berkali-kali saya istighfar untuk habiskan sisa marah.

Dah hilang marah, baru timbul sesal dalam hati. Saya pandang anak dari cermin pandang belakang. Nampak muka si sulung sugul betul.

Anak-Anak Ujian Buat Kita. Andai Kita Termarah, Apa Salahnya Minta Maaf!

IKLAN

Saya pun cari parking untuk keluar dari kereta. Dan dapatkan anak-anak di seat belakang. Saya minta maaf pada mereka sebab ikut emosi.

Saya ambik tangan si sulung. Dari mata dia, boleh nampak dia terkesan dengan label ‘degil’ yang terkeluar dari mulut saya.

Saya pegang mukanya. Dan pandang matanya. “Ammar, sorry mama cakap Ammar degil. Ammar bukan degil. Mama baru teringat Ammar memang macam ni.

Kalau nak something tu, nak jugak-jugak. Mama boleh rasa besar nanti, perangai Ammar ni boleh buat Ammar senang berjaya.

Cuma, kalau boleh nak minta Ammar tolerate sikit. Bila Ammar tolerate, hati Ammar jadi lembut. Mama pun akan lembut dengan Ammar. Orang lain pun sayang sangat Ammar.”

Terus longgar ketegangan yang saya dapat rasa tadi. Kami berpelukan seminit dua.
Saya tau. Ammar ni macam saya. Kalau dia simpan terasa tu, efeknya lama. Susah nak move on.

Boleh nampak reflected pada tingkah laku dia. Jadi makin keras. Cakap dengan orang lain pun macam nak cari gaduh. Kadang tengok saya pun pakai ekor mata je.

IKLAN

Tapi bila saya setelkan ketegangan waktu tu juga, insya Allah ok. Percakapannya lebih lembut. Lagi mudah dengar kata. Dengan orang pun dia jadi lagi mesra. Saya sedar. Kata-kata ibu ni kena jaga.

Sebab ia tak ada hijab. Direct terus sampai kat Allah. Dan jadi doa. Tu sebab kita mak-mak kena waspada. Jangan selalu kalah dengan emosi. Nanti laju je mulut cakap benda tak sepatutnya.

Risau-risau, apa yang keluar dari mulut kita ni terus jadi label kat diri anak. Dan label tu, terus jadi kepercayaan dalam diri anak,

‘Yelah, aku kan degil.’

‘Yelah, aku kan bodoh.’

Anak-Anak Ujian Buat Kita. Andai Kita Termarah, Apa Salahnya Minta Maaf!

IKLAN

Dan kepercayaan sebegitulah jadi setting untuk bentuk keperibadian dia. Seterusnya memberi kesan pada nasib dan siapa diri dia di masa akan datang.

Kalau terlajak kata, undur cepat-cepat. Anak ni memang Allah hadirkan sebagai ujian. Mana ada automatik jadi baik. Kita yang bertanggungjawab membentuk.

Ujian perangai tu tak lain tak bukan untuk tagih doa yang baik-baik dari mulut kita. Juga untuk membentuk kita jadi mak bapak yang lebih baik.

Kredit: Wawa Shauqi

Anak-Anak Ujian Buat Kita. Andai Kita Termarah, Apa Salahnya Minta Maaf!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI