Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh. Walau hanya hal yang kecil, jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar.
Menurut perkongsian Ibu Rose, anak-anak biasanya bertelagah dengan pelbagai sebab. Antara sebab terbesarnya adalah rasa cemburu dan kurang disayangi.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Ads
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Ads
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.
Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
Ads
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Bukan mudah untuk mencari ibu yang sempurna untuk anak-anak. Kita manusia biasa, pasti ada buat salah dan tentunya tak sempurna. Biarpun merasakan diri kita bukanlah yang terbaik namun buat anak-anak, kitalah tempat mereka bergantung harapan.
Biarlah ada masanya kita terlalu letih untuk melayan anak, mereka tetap sabar menunggu masa untuk dilayan. Kadang-kadang kena marah, tapi mereka tetap sayangkan kita. Bila dikenangkan, sedih bila kita beri layanan begitu pada anak.
Perkongsian Faralyna Idrisdi laman Instagramnya benar-benar mencuit hati semua orang yang bergelar ibu. Menurit penulisannya, anak-anak bukan saja mengajar kita erti sabar. Mereka jugalah yang BANYAK BERSABAR dengan kita.
Ikuti luahan hatinya;
“TERIMA KASIH KERANA BANYAK SABAR DGN BONDA 🌷🤍
Sedar tak sedar, selain daripada mereka ini yang mengajar erti sabar pada kita… sebenarnya anak-anak kita ni juga yang banyak bersabar dgn kita.
Bila kita tgh buat kerja, Mereka sabar menunggu kita utk main dgn diorg. Bila kita terlalu penat & tanpa sengaja melepaskan marah pada mereka, Mereka akur & terpaksa terima. Bila kita sibuk dgn phone, Mereka sabar tunggu kita utk bacakan story book/main/borak dgn diorg. Bila kita keluar, Mereka sabar tunggu kita balik nak jumpa/ddk dgn kita.
Anak-anak yang kecil-kecil ni bukan faham dgn rutin harian kita. Bukan faham bila kita ckp kita penat. Bukan faham bila kita tiba-tiba breakdown and marah diorg tak pasal-pasal. Tapi mereka sabar…
Tetap cari kita… Tetap minta kita tolong itu ini… Tetap nak main dgn kita, nak borak dgn kita…
Kita perlu sedar benda ni supaya kita dpt ubah apa yang perlu kita ubah. Kita perlu terus kekalkan keinginan diorg yg nak selalu delat dgn kita. Kita perlu kekalkan, kita adalah org yang paling mereka rasa safe to be with, & to share everything.
Anak-anak akan membesar & akan menjalani kehidupan mereka sendiri. Tapi, its every parent’s dream & hope kan supaya anak-anak tidak lupakan kita…
Maka kita jgn sesekali ketepikan mereka, dlm apa jua keadaan kita, Bermula dari mereka masih kecil… 🌸🤍”.
Rasanya ramai ibu yang boleh relate dengan penulisan Faralyna ini. Bukan mudah nak jadi ibu, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi ada masanya tak sedar yang kita mungkin telah menyinggung perasaan mereka. Semoga kita semua terus sabar dan kuat sepanjang proses mendidik dan membesarkan anak-anak tersayang.
Setiap ibu bapa mahukan memberi yang terbaik buat anak. Ia termasuk memastikan anak pandai belajar walaupun masih kecil!
Namun untuk hal ini sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai pendirian masing-masing dalam mendidik anak.
Begitu juga dengan ibu ini yang menjelaskan bahawa keutamaan anaknya di tadika adalah melakukan penerokaan berbanding kemahiran membaca dan mengira.
Ikuti perkongsian wanita menerusi akaun facebooknya, Fatin Raihanz.
Semalam terbaca post pengalaman hantar anak ke tadika swasta. Ramai yang complaint anak tak pandai membaca tapi hari2 sibuk beraktiviti menari, melukis, memanah & buat persembahan je.
Saya jenis parents yang tahu apa yang sy nak untuk anak saya.. Saya tahu 3M penting, tapi fitrah anak dibawah 6 tahun lebih penting.
Saya 4 tahun dah boleh baca surat khabar. 5 tahun soalan darab bahagi dah jadi makanan latihan dari mak saya.
Bila saya ada anak, soalan pertama saya tanya pada teacher, ada kerja sekolah tak? Apa approach mereka dalam mengajar? Kalau boleh saya taknak kerja sekolah.. saya nak dia bermain je.. sampai masa dia akan willing to learn.
Sebab saya tahu, bila dibekalkan dgn banyk skill, setakat 3M tu mudah sangat untuk dia absorb nanti.
Pada saya Emotional Intelligence yang saya perlu tiktikberatkan. Saya taknak anak saya pandai membaca, tapi kuat memberontak. Mahir maths, tapi tiada empathy. Hebat menulis karangan tapi bahasa pada orang kasar. Hanya kerana tak pandai mengawal emosi sendiri. IQ tinggi tapi lemah EQ.
Sebenarnya saya sendiri muak dengan cara pembelajaran saya dulu..
Dulu saya kuat memberontak.. belajar pandai tapi kurang empati. Sebab masa saya banyak dihabiskan dengan buku bukan manusia.
Sampailah saya masuk asrama. Baru saya sedar, aktif & beraktiviti dengan manusia membentuk peribadi & kemahiran sosial saya.
Tinggi IQ tapi lemah EQ juga gagal.
Tambahan : Saya percaya 3M sangat penting didedahkan sewaktu golden age. Tp saya juga percaya 3M sangat mudah dikuasai bila anak2 menganggap proses pembelajaran menyeronokkan & they have passion into it. Dengan basic living skill yang baik, setakat 3M 1-2 bulan dah boleh kuasai ketika 6 tahun sebelum masuk darjah 1.
Belajar bukan satu tekanan utk memenuhi keperluan dunia. Ilmu lebih dari itu. Perlukan minat & keghairahan.
Sumber: Fatin Raihanaz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti si kecil, pertemuan hanya seketika. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti Si Kecil, Pertemuan Hanya Seketika
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Mayday... Mayday... No thrust, losing power, unable to lift.”
Itulah antara kata-kata terakhir yang sempat direkodkan dari radio kokpit Air India Flight 171 hanya beberapa...