Bila tiba musim panas, mulalah kulit anak menjadi kemerah-merahan dan ruam yang ketara. Namun jangan dibiarkan ruam ini berlarutan. Dibimbangi anak terkena ‘Scarlet Fever”.

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ruam yang disebabkan oleh ‘Scarlet Fever” ini meninggalkan tanda yang jelas. Malah perlu cepat ditangani kerana anak akan demam setiap hari.


‘Scarlet Fever” ini kalau dapat tengok sekali pun, boleh ingat sampai bila-bila sebab tanda dia memang jelas.

Jangan pandang ringan kalau anak ada tanda-tanda ni. Selagi tak dirawat, memang hari-harilah dia akan demam.

Anak Asyik Bergaru, Awasi Ruam Kasar Luar Biasa, Mungkin Dijangkiti ‘Scarlet Fever’!

* Biasa berlaku pada kanak-kanak usia 4-8 tahun.

IKLAN

* Disebabkan oleh bakteria Streptococcus yang boleh merebak melalui titisan pernafasan dan sentuhan.

Anak Asyik Bergaru, Awasi Ruam Kasar Luar Biasa, Mungkin Dijangkiti ‘Scarlet Fever’!

* Anak akan ada demam tinggi 38 C.

* Lidah merah dipanggil Strawberry Tongue)

IKLAN

* Lidah merah dan bengkak.

Anak Asyik Bergaru, Awasi Ruam Kasar Luar Biasa, Mungkin Dijangkiti ‘Scarlet Fever’!

* Ruam merah di badan
– Ruam bermula dari leher, turun ke badan dan kemudiannya ke tangan dan kaki.
– Tekstur kulit kasar seperti kertas pasir (Sandpaper texture).

* Pipi kemerah-merahan.

IKLAN

Anak Asyik Bergaru, Awasi Ruam Kasar Luar Biasa, Mungkin Dijangkiti ‘Scarlet Fever’!

Selalunya anak akan nampak sangat-sangat letih. ‘Scarlet Fever” ini kena dirawat dengan antibiotik dan ambil masa 7-10 hari untuk sembuh.

Anak kena dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI