Setiap kali tibanya jamuan sekolah anak, mak-maklah insan yang paling rungsing memikirkan menu terbaik untuk di bawa ke sekolah.
Bukan satu masalah bagi ibu yang tidak bekerja namun satu hal pula dengan ibu bekerjaya yang tidak punya masa untuk memasak.
Namun idea ibu ini, Hayfa Hilal memang terbaik dan menjimatkan masa. Malah kosnya pun murah!
Barang kedai RM2 Eco shop!
Alkisahnya, kelas si adik nak buat jamuan raya. Biasanya ibu bawak sandwich or makanan berat je. Kali ni Cikgu dah tetapkan kelas dia kena bawa manisan.
Memandangkan kat rumah tak ada oven, + ibu busy memanjang minggu ni sempat pergi kedai RM2.40 Eco shop je.
Mencari idea, kalau-kalau ada something yang sesuai. Tiber jumpa marshmallow mini cake ni, rasa dia boleh tahan. Dalamnya ada lapisan marshmallow, terjumpa juga marshmallow bentuk cm icing sugar kat kedai tu. Ok la tu 10 minit dah siap.
Paper cup pun kat eco. Jadi la mini choc marshmallow cake. Janji makanan yang dibawa ke sek habis dimakan anak-anak.
Nak cepat nak cepat nak cepat nak cepat nak cepat.🚗🚙🚗🚙
Bahan-bahan:
Coklat marshmallow kek
Marshmallow
Hiasan cucuk-cucuk
Paper cup
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan sepinggan Char Kue Tiaw sememangnya tidak pernah mengecewakan kita. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas, boleh habis sepinggan besar.
Bosan makan nasi, apa kata kita cuba hidangkan char kue tiaw sedap yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ini pula untuk anak-anak. Pasti anak makan bertambah!
Nah resepi Char Kuey Teaw Air Tangan Kak Liza.
Bahan kuah :-
Udang anggaran 10 ke 15 ekor.
2 biji bawang besar saiz sederhana
7 ulas bawang putih.
4 sdb cili kering kisar.
1 1/2 cube pati ikan bilis.
10 sdb kicap biasa.
2 sdb sos tomato.
2 sdb sos tiram.
1 sbd petis udang.
2 sdb sos ikan.
2 sdb gula.
Sedikit garam jika perlu.
Bahan menggoreng:-
1 paket Kuey Teaw halus
Telur
Taugih
Kuchai
Antara bahannya. Masa ni saya terlupa nak letak botol sos ikan dan kicap. Blend bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu, jangan guna lagi ye.
Saki baki bawang dalam blander boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.
Rebus udang ni dalam 5 ke 10 minit. Angkat udang yang dah direbus.
Udang yang dah direbus, asingkan bahagian kepala. Saya ambil 10 ekor kepala udang, blend bersama sedikit air rebusan tadi. Kemudian tapis untuk dapat pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.
Cara masak kuahnya
Now, kita nak mula masak kuahnya. Panaskan minyak masak dan tumis bawang blender. Dah naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Masuk pula kicap biasa je anggaran 10 sudu besar ye. Kacau lagi. Letak pula 2 sudu besar sos tiram. Masuk lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau lagi dan lagi.
Dah pecah minyak elok tu, tuang je air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.
Letak 1 1/2 cuba pati ikan bilis. 2 sudu besar sos ikan jangan dilupa. Kemudian masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masuk 1 1/2 susu besar petis udang. Benda ni bagi rasa lagi umphhhh.
Sejukkan dan simpan kuahnya.
Cara goreng char kue tiaw
Bahan nak goreng Char kuey teow dah ready, jom la menggoreng. Ingat ya, goreng ni duration time 3 minit je. Kena laju.
Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat. Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana. Kat sini kena pandai adjust ikut saiz senduk.
Part ni, dapat rasa pengalaman menggoreng Char kuey teow seperti di kedai makan. Hati-hati bila api naik tinggi.
Masuk segenggam kuey teaw dan taugeh dan kucai.
Pecah sebiji telur dalam kuali, terus slowkan api tahan maksimum. Kacau telur kejap je. Tutup api terus.
Siap! Layan beb.
Selamat mencuba.
p/s: Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak je Char Keow Teaw.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.