Tak dapat nak keluar ke mana-mana, anak-anak pula kat rumah asyik mengadu lapar je. Mama kadang dah habis idea nak buat menu apa lagi. Kadang tu dah makan nasi, lepas tu nak kudapan pula.

Jadi untuk bagi idea pada mama apa kata cuba resipi kek coklat kukus mini acuan lompang. Buat dalam acuan kuih lompang ini lebih mudah kerana anak makan pun tak comot dan senang nak simpan dalam bekas.

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam!

Nak tahu bagaimana cara penyediaan, berikut dikongsikan resipi yang disediakan oleh Puan Sarimah Husain

Kek Coklat Mini Kukus Acuan Lompang

Bahan-bahannya :
– 1 cawan gula halus (blend sendiri)
– 1/2 cawan susu pekat
– 3/4 cawan air/ susu cair
– 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak
– 1 cawan tepung kek (beli timbang je kat bakery + 3 sudu tepung gandum*
– 1sdt soda bikarbonat *
– 1/2 sdt baking powder*
– 1/2 cawan serbuk koko*
– Secubit garam dan 1 sdt esen vnila
– 3 biji telur

IKLAN

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam!

Cara-caranya :
– Satukan gula, telur, esen vanilla. Blend bagi sebati je
– Masukkan minyak, blend lagi kemudian masukkan air + susu pekat yang dibancuh sekali. Kalau nak guna susu cair terpulang. Sis guna air masak je. Blend lagi bagi sebati je nak guna whisk pun boleh.

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam!– Masukkan tepung tadi yang telah di ayak dengan bahan bertanda * Sedikit demi sedikit
– Blend bagi sebati je
– Panaskan periuk pengkukus dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Setelah air betul mendidih letak acuan dalam periuk dulu (panaskan)

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam! – Gaul bagi sebati adunan tadi tuang ke dalam acuan dengan jug penyukat kecil (mudah) tuang 3/4 acuan je
– Kukus 30 minit
– Dah suam sikit tu baru tabur coklat rice. Nak toping dengan coklat dulu pun boleh terpulang.

IKLAN

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam!

Tips:

* periuk balut dengan kain tuala supaya air tak menitis atas kek.
* kelurkan masa suam / sejuk. Jangan keluarkan ketika kek masih panas dari acuan.

Kredit Resipi: Sarimah Husain

IKLAN

Nak dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ni klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

Kek Coklat Kukus Acuan Lompang. Mudah & Cara Penyediaannya Tak Sampai Sejam!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI