Bila anak asyik minta didukung sepanjang masa tentulah mama lansung tak boleh buat kerja. Bila letak terus merengek, bila didukung semula, kembali diam. Situasi begini mesti ramai mama mengalaminya.
Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI
Bayi boleh, perlu dan suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.
RILEKS IBU!
Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
Ads
KEKAL POSITIF
Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK
Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.
Ads
LAYAN
Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK
Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
Ads
BERPISAH DENGAN YAKIN
Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.
USAH TERASA
Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
LATIH CIPTA SUASANA SELESA
Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
Kadang macam tak percaya ada perkara mistik di sekeliling kita. Hakikatnya bagi yang pernah mengalaminya akan mengakui wujud benda tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh pengamal perubatan Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini mengenai kehilangan bayi secara tiba-tiba dalam kandungan ketika usia kehamilan pesakitnya 9 bulan.
Dua minggu lepas, pesakit saya datang dari selatan tanah air. Sebelum ini beliau datang untuk ikhtir hamil. Izin Allah selepas rawatan beliau di sahkan hamil. Kini Kandungan Beliau sudah masuk 9bulan.
Sepatutnya beliau sudah cukup due untuk bersalin. Malam sebelum tu beliau mimpi seorang nenek Tua sambut beliau bersalin melahirkan anak. Esok pagi beliau bangun dari tidur perut beliau menjadi kempis..
Beliau berasa takut terus pergi buat Scan untuk melihat kandungan beliau…Ternyata baby yang di kandung sudah tiada lagi???.
Kehilangan dalam sekelip mata…Doktor sendiri terkejut bagaimana kandungan boleh hilang..Lepas jumpa doktor beliau terus berjumpa saya di Melaka..Jumpa saya terus saya ruqyah beliau…Selepas rawatan perut beliau menjadi besar semula…Beliau terus pergi klinik semula…Tetapi ternyata hampa..Baby yang di kandung terus hilang juga?
Ya Allah sedih sangat-sangat…Menitis air mata suaminya ketika peluk saya. Hilang ghaib begitu sahaja. Bayangkanlah 9 bulan di kandungnya,hari-hari terasa baby menendang, bergerak dalam perut, bila scan sebelum ini semuanya normal ok. Katanya hilang dalam sekelip mata, baju semua dah beli.
Sedih sampai tak mampu di luahkan dengan kata-kata. Apa yang mampu saya katakan, hanya mampu memberi kata-kata semangat pada mereka berdua dan bantu sedaya mana yang mampu.
Ya Allah kau tabahkanlah hati pasangan ini… Ya Allah kau berikanlah mereka Cahaya mata yang pertama buat mereka… Cahaya mata yang soleh dan solehah Aamiin Ya Allah…
Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus adalah seperti di bawah???
1)Mimpi bermain dengan budak kecil,menyusukan budak kecil,dukung budak kecil.. 2)Mimpi tumpah darah,mimpi bersalin darah keluar banyak 3)Mimpi Jatuh tempat tinggi.. 4)Mimpi Tempat kotor busuk… 5)Mimpi bintang berbisa ,seperti Ular,jengking ,ular lipan,harimau,buaya 6)Mimpi bersetubuh dengan Orang lain.. 7)Mimpi orang Tua,nenek Tua 8)Mimpi pergi rumah lama,rumah usang 9)Mimpi di kejar oleh orang yang tak di kenali.. 10)Mimpi Tsunami ,banjir ,,gempa Bumi… 11)Mimpi Orang Meninggal 12)Mimpi terbang
Bila anda mimpi seperti di atas,anda pasti akan mengalami:
13)Kerap sakit bahu ,belikat tengkuk kerap rasa berat dan lenguh 14)Kerap sedawa kembung perut.. 15)Kerap sakit kepala 16)Cepat stress dan emosi cepat terganggu cepat marah terutama pada orang yang hampir dengan kita Suami/Isteri/anak2/kawan rapat/ 17)Rambut banyak gugur.. 18)Kerap berdebar gelisah tanpa sebab.. 19)Susah Tidur malam gelisah.. 20)Siang pula terutama waktu tengahari kerap megantuk di tempat kerja 21)Kerap sakit pinggang terutama waktu haid 22)Kerap sakit Tapak kaki menyuncuk2 bila pijak lantai bila bagun tidur.. 23)Kerap tersentak waktu tidur 24)Masuk asar ,maghrib ke atas badan nak demam bila pergi hospital tiada demam.. 25)Senggugut yang kuat,bila pergi hospital semua normal ,bila datang haid sakit sampai tak boleh bangun.. 26)Kerap nampak kelibat bayangan hitam di dalam rumah 27)Kerap terbau busuk di dalam rumah 28)Tiada nafsu pada pasangan Suami/Isteri..Bila jauh rindu ,bila dekat tiada nafsu,Bila isteri datang haid perasaan nak bersama rasa kuat..Bila datang wakti subur hilang perasaan nak bersama.. 29)Bila bersama,tak jumpa cari jalan ,nafsu terhenti tiba2 bila sedang bersama,bau busuk hanyir keluar dari kemaluan,emosi jadi panas tiba2 bila sedang bersama…
Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku pada pesakit saya yang terutama yang mengalami gangguan makhluk halus…Tanda-tanda di atas adalah perkongsian dari pesakit saya sendiri. So jika anda banyak mengalami tanda-tanda seperti di atas nasihat saya dapatkan rawatan islam berhampiran. Terutama waktu datang Haid bagi wanita, Jika banyak tanda-tanda di atas janganlah biarkan ok…
Apa yang saya share bedasarkan pengalaman saya sendiri, rata-rata yang datang ikhtiar hamil banyak mengalami tanda-tanda di atas.
Jika anda percaya dan banyak mengalami tanda di atas nasihat saya segeralah dapatkan rawatan islam berhampiran ya…
Jadual tugasan sebagai yang padat setiap hari sebagai ibu bapa kadang-kadang membuatkan kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Normal jika kita nak yang terbaik untuk keluarga. Suami sibuk mencari rezeki, isteri juga begitu..sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga.
Kadang-kadang tidur malam pun berasingan kerana nak anak-anak kecil ini tidur selesa dan lena sampai kita mengalah dengan pasangan. Namun ianya bukanlah sesuatu yang sihat, jika kita terlalu menjarakkan diri kerana alasan sibuk dan tidak berusaha mencari masa untuk pasangan akhirnya cinta itu sendiri akan pudar.
Jangan lupa untuk sentiasa menjadi suami isteri pasangan bahagia seperti yang dikongsi oleh Dr. Taufiq Razif
Ni girlfriend saya
Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.
Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.
Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.
Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.
Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.
Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.
Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.
Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.
Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.
Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing masing ya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Aidilfitri tahun ini tak sama macam tahun sebelumnya. Biasanya setiap kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih tema, mencari baju kami lima beradik serta menempah kuih semperit kegemaran keluarga, namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.
Nur Afni dan adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran,2, yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya Februari lalu.
Susulan tragedi itu, kehidupan mereka lima beradik selepas itu berubah 100 peratus dan kini hanya menumpang kasih datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara.
Menurut Nur Afni, Ramadan dan Aidilfitri kali ini begitu berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa mereka di sisi.
“Apabila makan ini teringat abah dan mama, buat itu teringat lagi mama dan abah tambahan pula adik bongsu setiap masa mencari mama dan abah.
“Ikutkan sekarang mesti mama dan abah paling sibuk menyediakan kelengkapan hari raya kami tetapi apa boleh buat mereka berdua sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya dekat Jalan Mohd Saad, Butterworth.
Jelas Nur Afni, dia tabah menghadapi ujian dan berterima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini masih prihatin terhadap nasib menimpa mereka berlima.
“Mama suka tempah kuih semperit dengan seorang jiran dekat sini dan beberapa hari lalu dia hantar kuih itu kepada kami kerana mengingati arwah mama yang menjadi pelanggan tetapnya,” katanya.
Sementara itu, nenek mereka, Asmalaili Mohd, 58, berkata setiap masa dia mengingati kenangan bersama arwah anak dan menantunya.
“Orang kata kematian anak itu lebih sakit dan saya kini sedang merasainya yang mana kehilangan dua insan yang sangat saya sayang.
“Arwah anak dan menantu saya antara yang paling ceria kalau buat persiapan nak raya tetapi kali ini ketiadaan mereka cukup terasa.
“Kebiasaannya pada hari raya pertama semua akan berkumpul makan nasi tomato dan ayam masak merah setiap kali datang beraya tetapi kali ini agak sayu kerana tidak ada lagi mereka berdua di rumah ini,” katanya.
Menurutnya, mujur sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kesedihan itu berkurangan sedikit tetapi arwah anak serta menantunya itu sentiasa berada dalam ingatannya sampai bila-bila.
Dalam kemalangan 9 Februari lalu, Khairizul Mohamad Noor,38, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya, Zuriana Hasan, 35 dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Zuriana yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) danmenghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua bulan.
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...