Ini namanya rezeki! Siapa sangka selepas 20 tahun kakak kembar lahir, dapat pula adik lelaki kembar. Kelahiran ini dianggap istimewa kerana si kakak pula yang mengambil alih menjaga adik lelaki.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001. Bagaimanapun, pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Ads
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
Ads
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Ads
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka jika sampai masa tak cepat atau tak lewat sesaat pun. Walaupun rasa tak boleh terima, reda itu penting kerana setiap ketentuan hidup kita dah dirancang sebaik-baiknya oleh Allah.
Begitu juga kejadian yang berlaku kepada bayi perempuan berusia 9 bulan yang meninggal dalam kereta setelah bapanya terlupa menghantar ke taska dan ditinggalkan dalam kereta hampir 4 jam.
Kejadian itu disedari oleh bapa bayi tersebut setelah nak keluar makan tengah hari dan baru menyedari anaknya masih ada di kerusi belakang dalam keadaan dah tak sedarkan diri.
Berikutan kejadian itu, ramai yang menyalahkan bapa itu tanpa mengetahui sebab di sebaliknya. Bagi menjernihkan keadaan dan tuduhan pada bapa ini, salah seorang staf yang bertugas di bangunan sama dengan tempat kerja bapa arwah bayi ini tampil memberi penjelasan.
Aku tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yg btugas di bangunan yg sama, aku nak bagitau..
Rutin setiap hari anak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh / taska.
Hari ni ceritanya mak dia kena outstation & tugas tu diambil oleh ayah.
Budak ni pulak katanya demam dan tidur dkat belakang seat.
Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak. Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tngahari (kalau ikut masa jam aku) Masa dia nak keluar lunch hour.
Tahu Tak, suara ayah dia meraung sebut AllahuAkbar tu sampai kami yg kat tngkat 3 dengar jelas….
Korang boleh bayang tak macamana perasaan ayah dia masa tu. Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.
Dari masa ayah dia sampai ke opis sampai lah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan xde sorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu.
Korang boleh kata mcm² pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau famili. Ingat….lupa ni bukan dibuat²…..
Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas.. Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak & ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri????
So hati² mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau..baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar.
Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa & famili arwah.
Kalau nak jadi sekelip mata je. Buat ibu bapa tolonglah sentiasa hati-hati. Walaupun di depan rumah sendiri pun belum tentu keselamatan anak-anak kita terjamin. Keadaan sekarang tak sama macam zaman kita dulu-dulu yang bebas bermain dengan riang.
Hari ini, jika terleka sikit, macam-macam kes jenayah berlaku. Perkongsian dari seorang ibu, Puan Rehana Ahmad ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Allah.. terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni macam mana. Masih terkejut, fobia walaupun ramai yang bertanya kejadian sebenar yang berlaku.
Hati-hati, depan rumah pun tak selamat
Tapi Allah lindung keluarga kami lagi. Alhamdulillah cuma nak kongsi pada orang ramai supaya hati-hati. Mungkin modus operandi baru untuk culik budak. Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang, 21/12/2020.
Pintu grill rumah memang selalu bertutup & bermangga. Tapi petang kejadian itu ada ahli keluarga. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar dan biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau tak ada ahli keluarga lain kat luar, dia duduk di pintu je intai orang.
Namun pada hari kejadian itu sekitar jam 6.30 pm tu waktu suami balik kerja. Jadi waktu tu cakap dekat anak, Aryan, papa balik. So Aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanya balik. Kami duduk di meja makan tengah borak. Sambil mata tengok Aryan dekat pintu grill.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, papanya lewat sikit. Allahu masa ni, adik Zaliana Asmida keluar dari tandas dan dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik Aryan.
Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bila dengar Aryan menangis terus dia menjerit Aryan.
Waktu dia menjerit Aryan nampk orang tu lari. Bila tengok dekat pintu orang tu dah tak ada. Aryan nak nangis pegang pipi. Masa kejadian tu berlaku betul memang tak alert. Sebab first ingat ada orang nak main dengan Aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan Aryan. Jadi saya ingat mula-mula tak ada apa-apa sebab kejiranan sini memang tak ada masalah.
Pipi anak bengkak
Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bila tengok pipi Aryan bengkak, rasa tak sedap hati. Sebab pertama kenapa lari bila Mida jerit nama Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka.
Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab masa tu tangan kiri Aryan berpaut pada grill. (yang ni memang saya tengok sebab mata tengok ke Aryan sebab tu tak perasan dekat cermin nako ada orang).
Dan sebab ketiga yang menguatkan lagi instint, papanya baru keluar lif masa kejadian, dan nampak ada seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar seorang mak cik. Cuma dia tak la tengok muka lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan siapa-siapa main kejar-kejar. Nak-nak pulak letih balik dari kerja.
Masa related semua tu rasa macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan.. Allahu..tak tahu la macam mana. Bila inform pada blok supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan akan periksa CCTV.
Blok ni memang budak lepas je bermain. Kadang boleh tengok budak kecil-kecil turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak saya memang saya tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rasa selamat. Sebab dia orang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.
Sebelum ni selalunya cubaan culik depan rumah, rumah taman atau rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendiri. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap macam mana.
Jadi anda perlu hati-hatilah. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kita kecil-kecil dulu bebas ke mana-mana. Main dalam semak, hutan rileks je. Pergi kayuh basikal pergi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys. Beringatla.. Bukan dengan penyakit je risau, dengan manusia pun risau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa perasaan anda tiap kali anak kita kejap-kejap bukan peti ais tanpa sebab? Kalau sekali ok lagi, tapi ni dalam sejam tak tahu berapa kali dan nak tunggu sampai tidur ibaratnya macam tak terkira pula.
Jika kita nampak ok lagi, risau bila tak perasan mereka masuk dapur, buka peti ais lepas tu buat macam-macam yang diluar jangkaan. Ni minta jauhlah. Maklumlah dalam peti semua ada. Botol ubat, botol sos, bekas sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Ia tetap bahaya jika anak kecil masih belum memahami apa-apa.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Syera Akarton dalam Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini dia berkongsi caranya dengan meletakkan gambar dalam peti ais. Ini untuk elakkan anak membuka pintu peti ais dengan kerap.
Mungkin ni salah satu cara juga untuk ibu lakukan. Lagi satu kalau nak mudah boleh beli lock dan lekatkan di pintu peti ais untuk keselamatan anak.
Alhamdulillah berkat gambar mak long dia. Dah dua hari budak-budak ni tak main buka tutup pintu peti ais.
Biar mak long kau jadi rimau. Mak dah pencen. Tak larat nak merimau sepanjang masa. Biar gambar buat keje gituhh
Edit: Mak long bagi permission guna gambar dia untuk tatapan anak-anak. Mak long kata beli mask tu kat shoppee.
Ini Sebab Kenapa Anak Suka Buka Peti Ais
Dalam sehari tu, berapa kali anak buka tutup peti ais. Pastinya kita sebagai ibu pun selalu marah-marah. Bukan apa tak ada apa nak ambil pun, anak buka juga. Macam nak buat sport check sejam sekali pula kan?
Ok bagi anda yang nak tahu kenapa anak suka sangat buka peti ais, selain rasa sejuk je dalam tu ni antara beberapa sebabnya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan si kecil kita dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais.. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi.. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan..
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil.. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya..
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya.. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais.. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari.. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan.. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais..
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan.. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya..
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa.. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.. Insyaallah.. Sama-sama kita praktikkan..
1. Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
2. Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil..
3. Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais..
4. Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.