Ads

Anak Asyik Nak Buaian Baru Lena? Cuba Teknik ‘Pick Up Put Down’, Tengok Sama Ada Si Kecil Boleh Tidur Tanpa Hayunan!

Anak Asyik Nak Buaian Baru Lena? Cuba Teknik ‘Pick Up Put Down’, Tengok Sama Ada Si Kecil Boleh Tidur Tanpa Hayunan!

Bagi sesetengah ibu ayah, waktu menidurkan bayi boleh menjadi antara rutin paling mencabar dalam sehari. Ada bayi yang mudah lena selepas menyusu, ada yang perlu didukung lama, manakala tidak kurang juga yang hanya mahu tidur apabila dibuai.

Sampai satu tahap, ibu ayah mungkin mula tertanya-tanya, “Anak memang perlukan buaian ke untuk tidur, atau sebenarnya dia boleh belajar lena tanpa hayunan?”

Salah satu pendekatan yang boleh dicuba ialah teknik Pick Up Put Down. Secara ringkasnya, ibu ayah memberi peluang kepada bayi untuk tenang di tempat tidurnya, tetapi masih memberikan respons dan pelukan apabila bayi benar-benar memerlukan bantuan.

Namun teknik ini bukanlah satu ujian perubatan untuk menentukan sama ada bayi “perlu” buaian atau tidak. Ia lebih kepada satu cara pemerhatian untuk melihat bagaimana bayi memberi respons apabila cuba tidur tanpa gerakan berterusan.

Anak Asyik Nak Buaian Baru Lena? Cuba Teknik ‘Pick Up Put Down’

Langkah 1: Mulakan Ketika Bayi Sudah Mengantuk

Mulakan ketika bayi sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk seperti menguap, mata mula layu atau kurang aktif.

Letakkan bayi secara terlentang di ruang tidur yang selamat, iaitu permukaan yang rata, kukuh dan tidak condong. Ruang tidur bayi juga sebaiknya kosong daripada bantal, selimut longgar, patung atau objek lembut lain yang boleh mengganggu pernafasannya.

Jika bayi biasa menggunakan white noise, ia boleh digunakan sebagai bunyi latar untuk membantunya tenang. Bagaimanapun, alat bunyi sebaiknya diletakkan jauh daripada kepala bayi, menggunakan bunyi serendah yang sesuai dan tidak dimainkan terlalu kuat atau terlalu lama.

Jika menggunakan bedung pula, bayi perlu sentiasa diletakkan tidur secara terlentang dan bedung perlu dihentikan apabila bayi mula menunjukkan tanda mahu berguling.

Langkah 2: Bayi Menangis? Jangan Terus Panik

Apabila diletakkan, mungkin bayi akan merengek atau menangis kerana perubahan daripada pelukan ibu kepada tempat tidur.

Dalam teknik Pick Up Put Down yang dikongsikan, ibu ayah boleh memberi sedikit masa sekitar 10 saat sambil melihat keadaan bayi.

Ads

Cuba bantu dengan sentuhan minimum terlebih dahulu seperti mengusap perlahan dada atau menenangkan bayi dengan suara ibu dan ayah.

Namun ibu ayah tetap perlu menggunakan pertimbangan sendiri. Jika tangisan semakin kuat, bayi kelihatan lapar, lampin penuh, tidak selesa atau menunjukkan tanda sakit, jangan tunggu semata-mata untuk mengikut teknik tersebut. Keperluan bayi tetap perlu didahulukan.

Anak Asyik Nak Buaian Baru Lena? Cuba Teknik ‘Pick Up Put Down’

Langkah 3: Masih Tak Tenang? Angkat Dan Pujuk

Jika selepas beberapa ketika bayi masih tidak dapat ditenangkan, angkatlah bayi. Dakapkan, pujuk dan bantu bayi kembali tenang.

Apabila tangisannya reda dan bayi kembali mengantuk, cuba letakkannya semula secara perlahan di tempat tidur.

Inilah asas kepada konsep Pick Up Put Downm angkat apabila bayi memerlukan sokongan, tenangkan, kemudian letakkan semula apabila dia sudah bersedia.

Tujuannya bukan membiarkan bayi menangis sendirian, tetapi perlahan-lahan memberi peluang kepadanya untuk mengenali keadaan tidur tanpa perlu sentiasa berada dalam dukungan atau hayunan.

Ads

Langkah 4: Ulang Teknik Pick Up Put Down Jika Bayi Terjaga Semula

Ada bayi yang baru sahaja diletakkan beberapa saat sudah membuka mata semula.

Ibu ayah boleh ulang langkah yang sama. Beri sedikit masa, cuba tenangkan dengan sentuhan minimum dan angkat sekiranya bayi masih tidak selesa. Tetapi jangan paksa.

Jika selepas beberapa percubaan bayi semakin meragam atau langsung tidak dapat menenangkan diri, hentikan dahulu percubaan tersebut.

Bantu bayi tidur menggunakan cara yang biasanya membuatkannya selesa. Cuba semula pada waktu lain apabila keadaan bayi dan ibu ayah lebih tenang.

Catat Berapa Lama Bayi Boleh Tidur

Dalam perkongsian asal tentang Pick Up Put Down, ibu ayah disarankan mencatat tempoh tidur bayi apabila tidur tanpa hayunan berterusan.

Sebagai contoh, jika bayi beberapa kali berjaya tidur lebih daripada 30 minit tanpa memerlukan gerakan buaian, ia boleh memberi gambaran bahawa bayi sebenarnya mampu mengekalkan tidur tanpa hayunan.

Jika sebaliknya, bayi kerap terjaga sebaik sahaja gerakan berhenti, ibu ayah boleh terus membuat pemerhatian terhadap rutin tidurnya.

Ads

Perkongsian tersebut mencadangkan pemerhatian dilakukan secara konsisten selama kira-kira tiga hari. Namun angka 30 minit dan tempoh tiga hari ini lebih sesuai dianggap sebagai panduan pemerhatian, bukannya ukuran klinikal bahawa seseorang bayi “perlu” atau “tidak perlu” buaian.

Anak Asyik Nak Buaian Baru Lena? Cuba Teknik ‘Pick Up Put Down’

Utamakan Keselamatan Tidur Bayi

Semasa mencuba Pick Up Put Down, apa sahaja cara yang digunakan untuk menenangkan bayi, keselamatan ketika tidur perlu menjadi keutamaan.

Bayi disarankan tidur secara terlentang di atas permukaan yang kukuh, rata dan tidak condong. Garis panduan keselamatan tidur turut menekankan bahawa permukaan seperti hammock atau buaian yang melengkung bukan pengganti kepada ruang tidur bayi yang rata dan selamat. Jika bayi tertidur di kerusi bayi, swing, stroller atau carrier, dia sebaiknya dipindahkan ke permukaan tidur yang sesuai apabila boleh dilakukan dengan selamat.

Paling penting, jangan bandingkan rutin tidur anak dengan bayi lain. Ada bayi yang mudah menyesuaikan diri, ada yang memerlukan lebih banyak sentuhan dan ada juga yang melalui fasa tertentu seperti growth spurt, tumbuh gigi atau perubahan perkembangan yang membuatkan tidurnya lebih mencabar.

Konsisten boleh membantu, tetapi keperluan dan keselamatan bayi tetap perlu menjadi panduan utama. Teknik Pick Up Put Down bukan tentang siapa paling cepat berjaya, sebaliknya mencari rutin yang selamat dan sesuai untuk bayi serta keluarga.

Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!

Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

Sumber: Baby Languange

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Jofliam Luah Syukur Dapat Hak Jagaan Penuh Han & Yuki

Personaliti media sosial, Jofliam meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membuat keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan anak, Han dan Yuki diberikan kepadanya. Jofliam berkongsi perkembangan mengenai...