Bermula daripada usia lima tahun, anak anda sudah boleh memahami perbezaan boleh wujud antara satu sama lain. Ketika usia ini dia mula mengembangkan pemahaman tentang nilai dan bahawa setiap keluarga yang berbeza mungkin akan menghargai perkara yang berbeza. Berikut 10 karektor anak wajib tahu supaya menjadi garis panduan untuk mendidik anak-anak.
Kebanyakan kanak-kanak akan mula bersekolah pada umur lima tahun. Ketika ini dia mula mempelajari sesuatu yang baru. Ada yang akan mula bertanya itu dan ini, membuat ramai kawan dan sebagainya.
Banyak perkara baharu yang bakal dipelajari dan ia baik untuk perkembangan sosial dan ketahanan fizikalnya. Pada usia ini, biasanya anak-anak akan mula menunjukkan pelbagai jenis perangai (ada masanya boleh buat ibu ayah urut dada juga!)
Dia mungkin tidak kekok untuk bermain dengan rakan-rakan sekelas atau membuat kawan baru, namun hatinya masih lagi di rumah. Dia mungkin akan kecewa dan memberontak saat pertama kali ke sekolah.
2. MULA BUAT PERANGAI ‘MACAM-MACAM’
Di tadika, dia perlu mengikuti peraturan baru yang sangat berbeza dengan keadaan di rumah. Ia mungkin boleh membuatkan dia agak keliru.
OLEH YANG DEMIKIAN, JANGAN TERKEJUT JIKA DI RUMAH, DIA AGAK GARANG, MENGAMUK, SUKA MENANGIS ATAU BERSIKAP BOSSY. INI TERJADI KERANA DIA BERTINDAK BALAS TERHADAP TEKANAN DENGAN CARA TERSENDIRI.
3. KAWAN SAMA JANTINA
Pada umur sebegini juga si kecil anda mula bermain dengan kawan-kawan yang sama jantina. Jika dahulu, ada segelintir kanak-kanak yang bermain sendiri tetapi apabila sudah bersekolah mereka lebih seronok mempunyai kawan-kawan sebaya.
4.LEBIH BERDIKARI
Kanak-kanak berusia lima tahun juga lebih berdikari dan pandai mengawal kelakuannya. Akan ada sedikit kerenah namun ia boleh dikawal. Pada usia ini juga si kecil sudah mula memahami apa yang dimaksudkan dengan adil dan mengikut peraturan dalam permainan.
5. DEMAND PENJELASAN UNTUK SETIAP PERKARA
Anak anda kini boleh memberi alasan yang boleh diterima akal. Dia boleh bertanya soalan yang serius dan mahu diberi perhatian sewajarnya. Malah akan meminta kebenaran anda sebelum dia melakukan sesuatu. Hal ini kerana dia mula belajar tentang arahan dan sudah belajar menilai apa yang betul dan salah.
Ketika ini dia sukakan peraturan. Maka, jika anda ingin memperkenalkan apa sahaja peraturan di dalam rumah, inilah masanya kerana ia boleh membuatkan dia lebih berdisiplin dan mendengar kata.
7. SUDAH FAHAM MASA & RUANG
Anak anda juga sudah boleh memahami tentang banyak perkara seperti ruang dan masa. Yang mungkin tidak semua boleh memberitahu waktu yang tepat apabila ditanya namun dia sudah punya sedikit gambaran tentang apakah itu masa dan ruang. Dia juga mula mengenal warna, bentuk, berat dan boleh melukis beberapa objek selain mula mengenal huruf dan nombor.
8.BANYAK KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI
Waktu inilah dia seronok memanjat, bermain buaian, menari dan banyak lagi. Dia juga meneroka pelbagai kemahiran baru yang mungkin ditonton dalam televisyen atau rancangan kartun kegemaran. Ajak dia bermain bola. Tentu dia seronok dapat menangkap bola yang dihantar kepadanya.
9.PERKATAAN BAHARU
Kebanyakannya sudah boleh bertutur dengan baik. Lebih menyeronokkan apabila banyak perkataan baharu yang dia pelajari di tadika. Ada juga perkataan yang tidak pernah digunakan di rumah akan keluar daripada mulutnya. Namun jika ada perkataan yang mungkin tidak sesuai, anda perlu jelaskan kenapa dan berikan alternatif lain supaya dia lebih jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.
Pada masa ini, anak anda boleh bercakap dengan jelas dan mempunyai perbualan dengan anda tentang apa yang dipelajari di tadika. Dia juga sudah boleh memberitahu nama, alamat, umur dan hari lahirnya sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baju raya dah siap. Kuih raya pun dah beli. Malah ada yang dah siap pek barang nak balik kampung.
Namun ada perkara yang ramai terlupa terutamanya persediaan kit kesihatan. Biasalah musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, sebaiknya ibu bapa kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.
Perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh dijadikan rujukan oleh semua ibu bapa untuk menyediakan First Aid Kit Hari Raya. Perlu juga dingatkan bukan semata-mata raya sahaja perlu ada semua ini tapi hari biasa pun wajar disimpan di rumah ya.
Antara yang perlu ada untuk setiap keluarga adalah:
Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.
Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).
Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda
Saline spray: ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.
Termometer: beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.
Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yang menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.
Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, kena atau apa-apa jenama di farmasi.
Calamine Lotion: Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.
Crepe bandage: ni bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”
Baru jumpa je, dah kena marah
Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.
Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Kita yang didik dia macam tu…
Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.
Letak Tepi Handphone Bila Di Rumah. Layan Dulu Anak-Anak Kalau Betul Sayangkan Mereka
Anak-anak hanya memerlukan perhatian dari ibu ayahnya untuk merasa bahagia. Biarpun tidak lama, tetapi masa berkualiti yang dihabiskan bersama-sama itulah yang mampu mencipta memori sepanjang mereka membesar nanti.
Melalui sebuah video pendek di laman Instagramnya, Nad Zainal berkongsi momen bahagia anak sulungnya bersama suami bermain bersama-sama. Yang seronoknya kerana Yem berpakaian seperti adiwira Spiderman dan membuat aksi melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.
Tambah menyeronokkan apabila dia ditemani ayahnya ketika bermain. Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya cara begini dapat mewujudkan bonding antara anak dan ayah. Si anak akan membesar dalam persekitaran yang positif dan membahagiakan.
Tahukah parents, apabila kita menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak ia dapat :
1) Mengelakkan ketagihan gajet
Apabila anak-anak bermain dengan ibu ayah, mereka tidak akan terfikir untuk menggunakan gajet. Penggunaan gajet bukan sahaja dapat memberi kesan kepada kesihatan mata serta pertumbuhan anak-anak, ia juga berpotensi untuk memberikan impak negatif sekiranya tidak dikawal.
2) Anak sentiasa belajar
Satu lagi kebaikan apabila anak-anak bermain dengan ibu ayah adalah mereka sentiasa dapat mempelajari perkara baharu setiap hari.
3) Mantapkan kemahiran motor
Bermain dengan anak dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka. Selain itu, bermain juga dapat mewujudkan rasa berdikari dalam diri anak dan banyak kemahiran lain yang boleh mereka kuasai untuk kegunaan di masa hadapan.
4) Anak suka berkomunikasi
Ketika bermain, anak akan mempelajari banyak perkataan baharu. Selain itu, bermain secara dua hala dapat meningkatkan skil berkomunikasi mereka. Sekiranya hanya bermain dengan gajet, ia sebenarnya menyekat kemampuan bertutur mereka.
Banyak cara untuk luangkan masa bersama anak-anak. Klik saja di SINI untuk mengetahui cara terbaik untuk bermain dengan mereka!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
TASKA KEMAS 2027 kini dibuka untuk permohonan melalui EduCeria. Ketahui syarat kelayakan, cara daftar, dokumen diperlukan, perbezaan TABIKA dan TASKA serta penjelasan mengenai yuran RM150.