Ketika memilih buah untuk anak pastikan buah yang dapat memberi kesihatan berganda. Bukan itu sahaja, ketika anak tidak sihat, lebih-lebih lagi ketika anak batuk atau berkahak, buah yang satu ini iaitu buah pear paling disarankan.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, buah pear juga bersifat anti radang yang baik untuk memulihkan anak ketika batuk berkahak.
Pear bagus untuk kahak tau. Dalam Perubatan Cina, diorang legakan kahak anak-anak dengan sup buah pear. Menarik kan.
Ads
Reneh buah pear dengan air, tambah gula batu asli. Bagi anak minum.
Taknak letak gula, nak makan saja pun boleh. Banyak tau khasiat buah pear. Apa-apa dari sumber sebenar, memang ada kebaikan buat anak kan.
Ads
1. Pear ada folate dan niacin, bagus untuk sel tubuh berfungsi dengan baik.
2. Ada vitamin A, untuk kulit dan penyembuhan luka.
3. Tinggi potasium untuk kesihatan otot dan jantung.
4. Kandungan antioksida polyphenol, terutama di kulit buah pear, untuk melawan radikal bebas.
5. Fiber tinggi untuk penghadaman yang baik.
Dan paling penting, bersifat antiradang. Tinggi flavonoid, dan vitamin. Penting untuk anak-anak, melawan jangkitan kuman dan keradangan. Ini yang anak-anak perlukan. Imuniti makin kuat kan.
Bila hadapi situasi anak batuk dan berkahak pasti ramai ibu bapa yang runsing lebih-lebih lagi jika anak dibawah umur 1 tahun. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menghilangkan batuk berlendir pada kanak-kanak. Di bawah antara salah satu soalan yang diajukan kepada doktor. Ikuti penjelasan Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad.
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”
Wa’alaikummussalam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.
Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.
Saya menasihatkan agar tidak membeli ubat-ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas atau kita tidak diberikan penerangan yang lengkap mengenai kesan dan manfaat ubat yang hendak diberikan kepada anak kita. Kebanyakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara ‘over-the-counter’ untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberikan kesan yang baik pada bayi kita.
Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa. Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?
Puan boleh melakukan perkara di bawah:
• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.
• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.
• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
• Jika anak puan mengalami batuk atau selesema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5kg.
• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas.
• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat.
Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH. Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.
Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik;
• Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.
• Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
• Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
• Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.
Kehamilan adalah pengalaman bermakna buat seorang wanita. Saat diri disahkan hamil ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental.
Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dalam kandungan lagi.
Sebaik merancang memiliki cahaya mata, sepatutnya dah ambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.
Ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan. Malah, menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.
Menerusi perkongsian dari Puan Farah Natasha Khamaruzaman yang telah menimang cahaya mata pertamanya pada 20 Jun lalu, pemakanan masa mengandung penting untuk lahirkan bayi yang sihat walaupun dirinya berdepan dengan masalah obesiti dan disahkan ada GDM.Ameena Fatimah Lahir pada 20/06/2019 seberat 4.06kg secara czer coz Sy Ibu obesiti soo lemak bnyak smpai doktor cari Ameena Fatimah Xjumpa dlm perut 😂& Sy GDM on insulin. Soo sy nak share apa yg amalkan ms preggy & Alhamdulillah Ameena Fatimah demam kuning just 3hr☺️& Alhamdulillah skali lg Ameena Fatimah tiada rekod masalah apa2 ms lahir seperti paru2, buah pinggang @ dll. Sebab Ibu yg ada GDM on insulin niee risiko dya effect pd Baby kann..Soo Sy just amalkan petua ibu sy
1. Air Barli Suam-Sy Amalkan air barli suam tanpa gula setiap mlm ye laaa kencing manis kann soo sweet2 niee kena cut. Coz Ms preggy badan sy sentiasa rs panas bahang gitu ye laa preggy kan…panas dya lain mcm sikit😁Soo bila sy amalkan Air Barli niee badan rs sejuk laa sikit…bnyak jgk khasiat Air barli niee bila sy amalkan ia dpt merawat kencing kotor, merendahkan kolestrol serta gula dlm badan & the best skali mencantikkan kulit bayi.Try laa amalkan best…
2. Susu-Sy just Minum Susu HL Marigold sedap. Susu HL nie sy ambik seminggu 3kali ja Ms brekfest ye laa Kencing manis xleh minum susu bnyak sgt sbb Gula dlm susu pow bnyak kann. Susu HL niee Ada Folic Acid skali soo salah satu vitamin utk baby ok.
3. Kapsul Minyak Ikan (Fish Oil)– Minyak ikan niee sy amalkan sejak awai2 preggy lg. Elok amalkan untuk perkembangan minda & menguatkan tulang anak. Alhamdulillah Ameena Fatimah lahir xdak apa2 alahan yg teruk. Klaw Mommy2 semua tgk org2 luaq negara diorg sll amalkan omega utk minda anak2. So this is the best thing Mommy2 kena ambik ms preggy. Try laa
4. Mineral water atau air kosong– Banyakkan minum Air kosong nie mmg Feveret sy. Sy xsuka Air2 manis tp sy dpt kencing manis ms preggy. Mybe sy suka mkn cake kot.
5. Air Kelapa– Air kelapa semua org taw kann. Soo sy amalkan air kelapa ms kandungan 7bulan smpai beranak. Bnyak jgk khasiat air kelapa nie Mommy2 msti taw kann.
Saiz besar atau kecil, berat atau ringan, putih atau gelap anak-anak kita memang ikut genetik ibu bapa. Tak semestinya ibu bapa saiz besar dapat anak besar kadang ada juga saiz kecil dan tak semestinya ibu bapa yang saiz kecil tak dapat anak saiz besar kan.
Apa-apa kita kena minta anak-anak kita sihat. Tapi apa yang saya nak share sini tentang pemakanan yang saya amalkan untuk beri khasiat & merawat baby dari dalam perut lagi. Ini apa yang saya amalkan untuk Ameena Fatimah. Mudah-mudahan dengan cara ikhtiar ni anak-anak kita lahir dengan sihat. Kebahagian kita bila dah jadi mommy ni, bila tengok anak-anak kita kuat, sihat & ceria selalu.
Baby Lee dikatakan nak bermanja dalam rahim ibunya lagi apabila isterinya tidak jadi dibedah. Isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee hampir bersalin awal daripada tarikh jangkaan semalam. Diharapkan baby Lee bertahan hingga lahir cukup bulan.
Isteri Adam Corrie Lee, Fazi Fuad hampir bersalin awal daripada jangkaan melalui pembedahan Caesarean. Harap bayi dalam kandungan boleh bertahan didalam kandungan sehingga cukup bulan sebelum dilahirkan.
Berikut kenyataan beliau di Instagram;
TAK JADI DIBEDAH
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital.
TAK CUKUP BULAN KALAU LAHIR SEMALAM Kalau bidadari sy bersalin smlm (30 Julai 2018), baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?.
DOKTOR NASIHATKAN BEREHAT
Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?.
Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?…
Saya wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat.
Sebelum itu, Adam telah memberitahu isterinya dimasukkan hospital pada 30 Jun 2018 untuk bersalin dan hari ini kemaskini terkini di Instagram mengatakan isterinya belum melahirkan lagi.
NETIZEN DOAKAN ISTERI BELIAU SIHAT & BAYI LAHIR CUKUP BULAN
Rakan artis dan netizen memberikan komen positif agar isteri Adam sihat dan pulih daripada tekanan darah tinggi dan baby Lee dapat dilahirkan cukup bulan.
Semoga Adam & isteri selamat menyambut cahaya mata dengan selamat dan cukup bulan tidak lama lagi.