Terdapat pelbagai ubat selesema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selesema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baik terlebih dahulu.
Bagaimanapun bagi kanak-kanak di bawah usia 2 tahun ibu bapa tidak boleh memberikan ubat selesema tanpa nasihat doktor.
Ini kerana ubat selesema yang diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Jika selesema yang berlaku pada anak, ibu bapa boleh mengambil tindakan dengan membawanya berjumpa doktor jika
Ads
Bayi yang berusia 3 bulan kebawah berserta dengan demam
Kelihatan letih, tidak aktif, kurang makan dan apa-apa yang merisaukan ibubapa
Mempunyai simptom lain seperti sawan, tidak sedarkan diri dan sebagainya
Kanak-kanak kurang dari 2 tahun tidak boleh diberi ubat selesema kerana ia boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Rawatan selsema bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, ubat selesema tidak diperlukan. Tetapi mereka memerlukan penjagaan dari ibubapa.
Salah satu yang boleh dibuat Ibubapa adalah menggunakan alat penyedut hidung. Terdapat pelbagai jenis penyedut hingus yang berada di pasaran sekarang dan boleh didapati di farmasi.
Ads
Ibubapa juga boleh membeli air garam khas untuk dititiskan dihidung kanak-kanak tersebut. Ia digunakan untuk mencairkan hingus tersebut supaya ia mudah ditelan dan tidak menyumbatkan saluran hidung.
Ibubapa juga tidak perlu terlalu risau jika pesakit masih aktif bermain, makan atau minum seperti biasa, tidak mempunyai pernafasan yang laju dan sebagainya.
Sudah tentu ibu ayah akan merasa rungsing jika anak tidak mahu tidur. Biarpun aktif pada waktu siangnya, dia tetap tidur lewat pada malamnya. Anak-anak yang kurang tidur akan menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya. Inilah salah satu punca mereka akan tantrum pada waktu siang.
Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh ibu ayah untuk mengatasi masalah anak tidak mahu tidur ini? Tidur merupakan salah satu keperluan asas dalam fungsi badan manusia sebagaimana bernafas, makan dan minum.
Tidur yang cukup dan berkualiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kesihatan yang baik, terutamanya bagi anak kecil yang sedang membesar dengan pesat. Tidur yang secukupnya adalah sangat penting bagi memastikan segala fungsi organ dan badan berada di tahap optimum.
Semasa tidur, tisu-tisu atau sel-sel organ penting seperti jantung dan salur darah melalui proses pemulihan. Sel-sel otak si kecil juga dicas semula dan litar sinaps baharu dilahirkan semasa tidur.
Hal ini penting supaya keesokan harinya anak anda dapat mempelajari lebih banyak benda baharu, membina memori dan ingatan dan sebagainya. Ia juga membantu menyeimbangkan emosi dan psikologi dan seterusnya membolehkan anak anda belajar berfungsi dengan baik dalam struktur sosial dan masyarakat.
Selain daripada itu, tabiat pemakanan anak anda juga dipengaruhi oleh rutin tidur dan berjaga yang optima dan konsisten kerana sebahagain ritma rembesan hormon yang mengawal selera makan anak anda bergantung kepada tabiat tidur yang sihat.
Kanak-kanak yang berusia 1 – 2 tahun disarankan untuk tidur selama 11 – 14jam sehari. Ini termasuk waktu tidur di siang hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidur dalam lingkungan 10 – 12 jam pada usia tersebut.
Kanak-kanak di usia ini sudah mula lebih aktif mempelajari benda baharu, menerokai pelbagai aktiviti, dan mungkin akan kurang ‘berminat’ untuk tidur terutamanya di siang hari.
Malah ada kanak-kanak yang melawan keinginan untuk tidur dan hanya akan tidur setelah terlalu kepenatan. Walau bagaimanapun sebagai ibu bapa, kita seharusnya cuba untuk menyusun atur waktu berjaga dan waktu tidur anak sebaik mungkin. Tetapkan waktu tidur yang konsisten supaya anak belajar rutin yang betul.
Apabila menghampiri waktu untuk tidur, hentikan segala aktiviti termasuk gajet elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit dan malapkan cahaya di kamar tidur. Berikan snek susunya sambil mendodoikan anak kecil anda sehingga tidur.
Antara simptom atau gejala anak yang kurang tidur adalah cepat marah atau kerap mengamuk, impulsif atau berubah emosi secara mendadak.
Kadangkala anak yang kurang tidur juga boleh menjadi terlalu hiperaktif buat seketika. Sekiranya ia berterusan, anak yang terlalu kurang tidur pula mungkin kelihatan tidak bermaya dan kurang berminat untuk melalukan aktiviti dan mempelajari benda baharu.
Selain daripada itu, kurang tidur atau tabiat tidur yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi selera dan tabiat makan anak-anak. Seterusnya ini akan mempengaruhi tumbesaran anak anda sama ada menyebabkan kekurangan zat dan menjejaskan tumbesaran atau menyebabkan kecenderungan kepada obesiti.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Cara mudah nak menang akaun SSPN, klik saja di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi tak mahu stok susu ibu beku yang dicairkan? Ini memang memeningkan mama sebab perlu sediakan susu bekalan segar untuk bekalan di taska atau rumah pengasuh. Apa nak buat?
Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Jom siasat puncanya.
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, konsultan laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
1)BEKAS PENYIMPANAN
2)CARA KENDALIAN
3)PERIKSA PETI SEJUK
4)KEBERSIHAN
5)PEMAKANAN IBU
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haiwan peliharaan seperti kucing memberikan kesan positif kepada perkembangan anak kecil. Si cilik Yusuf Iskandar, anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didedahkan dengan kehadiran Bujibu dalam keluarganya sejak kecil lagi membuktikan fakta ini.
Antara kebaikan haiwan peliharaan (animal companion) kepada kanak-kanak dan bayi ialah ia membantu mengajar mereka tentang tanggungjawab, simpati dan empati. Selain itu, ia juga mengukuhkan perkembangan emosi, kognitif, sosial dan fizikal.
Membantu penguasaan motor halus
Membelai dan menyentuh haiwan peliharaan membantu si manja menguasai motor halus. Seperti yang dilakukan oleh Yusuf sambil dibantu oleh Hanis ini.
Ketika bermain dengan haiwan peliharaan, bayi akan melihat bagaimana kita berinteraksi dengan haiwan peliharaan. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka mempelajari kemahiran berbahasa dan komunikasi sejak awal lagi. Seperti mana Hanis lakukan bersama Yusuf kepada Bujibu ini, ia memberikan Yusuf pengayaan tatabahasa dan dan rasa empati.
Haiwan peliharaan akan menjadikan anak selesa dan rasa santai untuk berkongsi sesuatu. Sokongan emosi apabila marah, sunyi dan kecewa. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang baik dengan haiwan peliharaan lebih stabil emosi dan mudah dikendalikan.
Prihatin dan empati
Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membantu si manja membesar menjadi individu yang prihatin kepada orang lain. Kajian menunjukkan haiwan peliharaan sangat bagus untuk anak lelaki kerana melaluinya mereka akan belajar untuk prihatin kepada keperluan orang lain. Kalau kanak-kanak perempuan suka main patung mainan dan menjaganya sebagai bayi, tetapi bagi anak lelaki yang sukakan mainan yang lebih teknikal haiwan peliharaan akan membantu mereka memahami keperluan orang lain.Haiwan peliharaan akan jadikan anak seorang yang berempati kepada orang lain dan sensitif kepada keperluan orang sekeliling.
Memang normal bila anak kecil penuh dengan rasa ingin tahu. Haiwan peliharaan ialah salah satu perkara yang boleh yang mencetuskan perasaan ingin tahu kepada si manja.
Haiwan peliharaan menjadi tumpuan seluruh keluarga dan menjadikan semua ahli dalam keluarga tertumpu kepada haiwan peliharaan mereka. Ini secara tidak langsung akan menguatkan hubungan antara ahli keluarga. Ia juga boleh jadi bonding time seperti yang Hairul dan Yusuf lakukan ini.
Memiliki haiwan peliharaan akan menjadikan salah satu sebab si manja lebih aktif. Mereka akan berlari, merangkak dan berjalan untuk bermain dengan haiwan peliharaan mereka.
Nak tengok banyak lagi? Jangan lupa tonton gelagat Yusuf Iskandar, bersama kucing peliharaan Bujibu Chempel, dalam program realiti keibubapaan, “My Little Heroes – Yusuf & Bujibu” yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Program ini memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam. Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya.
Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen-momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini.
Ayden dan Ara dipuji ramai selepas bertemu Menteri Pendidikan Singapura. Cara Syed Saddiq membimbing mereka bersalam dan menjaga adab mencuri perhatian.