Anak-anak pada usia di bawah lima tahun biasanya masih tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu keadaan. Jauh sekali untuk bercakap buruk mengenai orang lain melainkan meniru percakapan orang disekelilingnya.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, sebagai ibu dan ayah, jadilah contoh terbaik dan paling penting jaga percakapan semasa bersama mereka. Mereka mendengar dan meniru!
Bayangkan anak kecil anda, dengan wajah polosnya, tiba-tiba menyebut kata-kata yang tidak sesuai.
Bagaimana mungkin anak yang belum kenal dunia, yang tutur katanya sepatutnya lembut dan suci, tiba-tiba berkata sesuatu yang menyakitkan telinga?
Hakikatnya, anak-anak di bawah usia 5 tahun tidak akan mengeluarkan kata-kata buruk melainkan mereka dipengaruhi oleh persekitaran.
Ads
Mereka belajar daripada apa yang mereka dengar, lihat, dan alami. Setiap perkataan yang mereka ucapkan mencerminkan dunia yang mereka hidup di dalamnya.
Sebagai ibu bapa dan dewasa di sekeliling mereka, kita adalah cermin mereka. Jika mereka menyerap bahasa penuh kasih, mereka akan memantulkannya kembali.
Apa yang kita boleh lakukan?
1. Berhati-hati dengan tutur kata kita
Anak-anak tidak memilih apa yang baik atau buruk. Mereka hanya meniru. Jadi, jadilah contoh yang baik untuk mereka.
2. Cipta suasana yang penuh kasih sayang Kurangkan emosi negatif di hadapan mereka. Bahasa yang positif akan melahirkan jiwa yang lembut.
3. Jelaskan dengan penuh kelembutan
Ads
Jika mereka tersilap berkata sesuatu yang buruk, jangan marah. Tunjukkan mengapa kata itu tidak baik dengan kasih. ❤️
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Tidak semua orang melalui rutin harian yang sama. Ada yang mudah bangun awal kerana malamnya penuh dengan rehat, tetapi ada juga yang bangun lambat kerana sepanjang malam berjaga menjaga anak-anak. Malangnya, masih ada yang suka ‘judge’ atau mempertikai ibu bapa hanya kerana mereka bangun lewat.
Menjawab isu ini, seorang doktor yang juga ibu, Dr. Raihana Ismail, tampil menegur agar masyarakat berhenti cepat menilai kehidupan orang lain. Menurutnya, tidur adalah keperluan asas dan ubat terbaik untuk ibu bapa, apatah lagi yang mempunyai ramai anak kecil.
“Untuk orang yang ada ramai anak, sleep is medicine. Jangan kacau,” tulisnya dalam perkongsian di Threads.
Ramai mungkin tidak faham bahawa rutin ibu bapa, terutama yang anaknya masih kecil, sangat berbeza. Tidur malam jarang sempurna – ada anak yang menangis lapar, ada yang terjaga kerana mimpi, ada juga yang meragam tanpa sebab. Semua itu membuatkan ibu ayah terpaksa berjaga hingga mengorbankan waktu tidur sendiri.
Bila ada peluang tidur semula pada waktu pagi, ia bukan tanda malas tetapi satu cara tubuh memulihkan tenaga. Menurut Dr. Raihana, rehat yang cukup sangat penting supaya ibu bapa dapat mengurus emosi dengan lebih stabil dan terus kuat menjaga keluarga.
Perkongsian Dr. Raihana ini menerima banyak sokongan daripada netizen. Ramai ibu yang berkongsi pengalaman serupa – ada yang mengaku tidur tidak pernah lena sejak bergelar ibu, malah ada yang bersetuju bahawa “tidur demi mood yang aman” adalah benar-benar realiti.
Seorang pengguna menulis, “Anak seorang pun sleep is medicine toooo,” dan disambut dengan anggukan setuju ramai ibu ayah lain.
Apa yang ditekankan Dr. Raihana, setiap keluarga punya cabaran tersendiri. Jadi, kita tidak wajar membandingkan rutin ibu bapa dengan orang lain yang kehidupannya lebih teratur. Lebih baik kita hulurkan empati dan sokongan kecil berbanding mengkritik tanpa memahami situasi.
💖 Pa&Ma percaya setiap ibu bapa sedang berjuang sehabis baik untuk anak-anak. Jadi, jangan cepat menilai hanya kerana mereka bangun lambat. Hakikatnya, malam mereka sudah dihabiskan dengan penuh pengorbanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak perempuan boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga. Dalam Islam, kedudukan anak perempuan diangkat tinggi dan diberi keistimewaan yang besar. Rasulullah SAW telah mengajarkan umatnya untuk menghargai dan memuliakan anak perempuan, kerana mereka boleh menjadi asbab kepada ibu bapa untuk masuk syurga.
Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak perempuan bukan sahaja suatu kewajipan, tetapi juga satu amanah yang mendatangkan ganjaran besar di sisi Allah SWT. Dengan membimbing anak perempuan ke arah ilmu pengetahuan dan keimanan, ibu bapa bukan sahaja menyediakan anak-anak mereka untuk dunia, tetapi juga untuk akhirat. Anak perempuan yang berakhlak mulia dan berilmu tinggi akan terus memberi manfaat kepada ibu bapanya, bahkan setelah ibu bapa mereka tiada lagi di dunia ini.
Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi tentang kisah mak ayah yang ada anak perempuan. Kenapa anak perempuan ini perlu dikasihi, dijaga dengan baik. Sebab mereka boleh jadi asbab untuk mak ayah masuk ke syurga.
Kongsi Ustaz,
Semalam saya berbual dengan seorang Ustaz ni tentang anak perempuan.
Biasanya kita dengar, ibu bapa sahaja asbab anak-anak masuk syurga.
Rupa-rupanya, anak perempuan ni boleh jadi asbab ibu bapa masuk syurga tau!
Nak tahu tak macamana?
Macam ni…
Anak-anak ni kan anugerah terindah dari Allah buat pasangan yang telah berumahtangga. Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat, tak kiralah lelaki atau perempuan.
Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan Allah SWT zuriat yang ramai. Ada juga sebahagian pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat langsung.
Kedua-dua baik di sini Allah dan mempunyai kelebihan masing-masing.
Zaman jahiliyyah dulu, anak-anak perempuan dibunuh. Bila isteri bersalin saja, berita baik akan bertukar buruk bila anak yang dilahirkan itu perempuan.
Muka si ayah akan kehitaman menahan marah dan malu. Nak pelihara anak tersebut dan dapat malu ke nak tanam anak tu hidup-hidup [Surah An-Nahl, ayat 58 & 59].
Sampai macam tu sekali keadaanya bila dapat anak perempuan.
Tapi, bila Islam datang, Islam mengangkat darjat dan martabat orang perempuan.
Rasulullah SAW Pesan Jaga Elok-elok Anak Perempuan
Rasullullah SAW sendiri pesan; jaga elok-elok anak perempuan, jaga elok-elok anak perempuan.
So, pagi ini saya yang berkongsi serba-sedikit bagaimana ibu bapa boleh memanfaatkan anak-anak perempuan sebagai jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Pelindung dari api neraka.
Bila ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak perempuannya dengan baik, maka anak-anak perempuannya itu akan menjadi pelindung dari api neraka di akhirat kelak.
Tanda-tanda didikan yang baik akan kelihatan pada akhlak mulia anak-anak perempuan tersebut.
Hatinya lembut. Percakapannya baik. Auratnya terpelihara. Pergaulannya terjaga. Berbakti kepada kedua orang tua.
Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya dari api neraka [Hadith riwayat Ahmad].
Dekat dengan Rasulullah SAW.
Ibu bapa yang sabar menanggung nafkah anak-anak perempuannya sehingga mereka baligh, akan duduk berdekatan dengan Rasulullah SAW di hari akhirat kelak.
Rasulullah SAW menunjukkan jari-jemarinya yang dirapatkan kepada para sahabat RA untuk membuktikan betapa dekatnya ibu bapa tersebut dengan Baginda SAW.
Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang menanggung nafkah 2 anak perempuannya sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini, lalu Baginda SAW menggabungkan jari jemari Baginda SAW [Hadith riwayat Muslim].
Jalan masuk ke dalam syurga.
Ibu bapa yang menjaga anak perempuannya dengan baik :
Tidak menanamnya hidup-hidup (seperti orang kafir jahiliyyah). Malah tidak menghinanya. Tidak membezakannya dengan anak lelaki yang lain.
Allah akan masukkan ibu bapa tersebut ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang memiliki anak perempuan lalu dia tidak menanamnya hidup hidup, tidak menghinanya dan tidak lebih mengutamakan anak lelakinya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga @[Hadith riwayat Abu Daud].
Pelindung di hari kiamat.
Anak perempuan ini banyak ujiannya. Jika ibu bapa dapat : Bersabar. Memberi makan dan minum dengan baik. Menyediakan pakaian yang secukupnya.
Maka, semua usahanya itu akan menjadi penyelamat bagi mereka di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makanan, minuman dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat [Hadith riwayat Ibnu Majah]?
Asbab untuk berbuat kebajikan.
Anak-anak perempuan, bukan saja perlu disantuni dengan kasih sayang ketika mereka masih kecil, tetapi juga perlu diperlakukan dengan baik walaupun mereka telah dewasa.
Balasan syurga akan menanti ibu bapa yang tetap melayan anak-anak perempuan mereka dengan baik walaupun anak-anak perempuan tersebut telah dewasa dan berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW; Tidaklah seorang muslim yang memiliki 2 anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke dalam syurga.
Jadi para ibu bapa sekelian, jom kita beri perhatian yang lebih terhadap anak-anak perempuan kita.
Mereka boleh jadi pelaburan akhirat yang baik untuk kita, dengan syarat kita mendidik mereka dengan baik, menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyantuni mereka dengan santunan yang terbaik.
Bagi jurusolek terkenal, MuaBellaz, hidup bukan sekadar glamor dan makeup — hatinya penuh kelembutan, terutama bila bercakap tentang anak-anak. Dalam satu video yang cukup menyentuh hati di TikTok, Bellaz berkongsi sisi dirinya yang mungkin tak ramai tahu.
Dia luahkan rasa ralat kerana zaman kecilnya dulu hampir tiada gambar atau video untuk dikenang. Waktu itu, keluarganya hidup dalam kesusahan, dan rakam kenangan hanyalah satu ‘kemewahan’ yang tak mampu dimiliki.
Bila Jadi Ibu, Dia Tak Mahu Ulang Kisah Yang Sama
Bila Bellaz sendiri menjadi ibu kepada empat orang cahaya mata, dia tekad untuk tidak ulang sejarah yang sama. Dia tahu betapa berharganya satu gambar, satu video — bukan sekadar untuk Instagram, tapi untuk jiwa.
“Sebab tu saya suka ambil gambar anak ni. Masa kecil-kecil ni bila ada, ambil je. Nanti anak dah besar, kita boleh beritahu nilah kenangan dia dengan kita. Saya kalau bercakap pasal ni, memang menangis.”
Setiap detik bersama anak-anaknya diabadikan dengan penuh cinta. Dari pakaian comel, ke gelak tawa yang tulus, semuanya dirakam agar bila anak-anak dah besar nanti, mereka tahu… mama mereka ada bersama di setiap langkah.
Air Mata Seorang Ibu Yang Penuh Rasa Syukur
Dalam video itu, Bellaz tak mampu menahan air mata. Saat dia bercakap tentang anak-anak, suaranya bergetar, penuh emosi. Kita boleh rasa, bukan sekadar sedih — tapi juga rasa syukur. Syukur kerana dia kini mampu memberi apa yang dia sendiri tak pernah rasa. Dan dalam setiap gambar yang dia ambil, ada doa yang terselit… semoga anak-anaknya sentiasa dilindungi dan tahu bahawa mereka dicintai sepenuh hati.
Gambar Bukan Sekadar Imej, Tapi Bukti Cinta Yang Tak Pernah Luntur
Bagi Bellaz, setiap rakaman adalah lebih daripada kenangan — ia adalah bukti cinta. Cinta seorang ibu yang mahu anak-anaknya sentiasa rasa dihargai.
“Bella nak beritahu momen hari ni takkan sama dengan yang esok-esok. Nak ulang takkan dapat, ada momen tu ambil je. Nanti bila nanti rindu, kita boleh tengok balik.”
Betapa besar hati seorang ibu, walau tak dapat kenangan zaman silamnya, dia tetap mahu mencipta memori yang paling indah untuk generasi seterusnya.
Pesan Untuk Semua Ibu Bapa: Rakam Lah, Simpan Lah, Kenang Lah
Kisah Bellaz ini jadi satu peringatan untuk kita semua. Dalam sibuk harian, jangan lupa rakam senyuman anak, peluk mereka erat, dan abadikan momen-momen kecil yang satu hari nanti akan jadi kenangan paling mahal. Mungkin gambar itu akan pudar, tapi memori dan rasa cinta dalamnya akan kekal selamanya.
Tonton video ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.