Lain anak lain perkembangan dirinya. Ada anak yang cepat bercakap namun ada pula anak yang sedikit lambat dalam pertuturannya. Semuanya bergantung kepada anak itu sendiri.

Namun jangan dibiarkan bila mana anak lambat bertutur walaupun usianya sudah pun berusia dua tahun. Ada perkara yang mak ayah mampu lakukan untuk merangsang anak.

Perkongsian tip dari OT, Aisyah Rozalli seperti yang dikongsikan semula oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di facebooknya ini mak ayah perlu praktikkan.


5 TIPS mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak Speech Delay dan late-talker yang dikongsikan oleh Occupational Therapist, Siti ‘Aisyah Rozalli:

1. PASTIKAN ANAK KENAL OBJEK, KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM PENGURUSAN DIRI HARIANNYA
Waktu aktiviti pengurusan diri harian, adalah waktu yang paling banyak stimulasi bahasa dan komunikasi boleh diberikan kepada anak-anak ini.

Semasa anak mahu memakai baju contohnya, ibu boleh memberikan arahan “adik, ambil baju tu” (adik: kata nama, ambil: kata kerja). Ini boleh melatih kebolehan reseptif dan tumpuan anak pada ayat yang diberikan oleh ibu padanya.

Stimulasi berterusan akan menambahkan kosa kata anak-anak dan seterusnya meningkatkan kefahaman bahasa anak-anak. Informasi bahasa yang berterusan ini akan disimpan di dalam otak untuk menunggu masa yang sesuai bagi digunakan oleh anak-anak.

Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni!

2. AJAR ANAK PERMAINAN MOTOR KASAR YANG BERSIFAT SOSIAL

IKLAN

“PERGERAKAN MENGHASILKAN PEMBELAJARAN”. Itu merupakan satu slogan yang saya pegang sejak belajar ilmu edu-kinesiology (BrainGym).

Telah ramai anak-anak yang saya nampak perkembangan positif mereka apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pergerakan.

Bermain aktiviti motor kasar seperti teng-teng, panjat-panjat, main bola yang disertakan dengan stimulasi bersifat sosial seperti, menunggu giliran, menunggu arahan, dan sequencing (mengingat langkah-langkah aktiviti) akan memberikan stimulasi sosial, komunikasi dan bahasa yang pelbagai untuk anak-anak dalam keadaan yang menyeronokkan dan menepati fitrah anak-anak. Fitrah anak-anak terutamanya anak kecil adalah bermain dan bergerak, bukan duduk dan dengar.

Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni!

3. BERADA PARAS MATA DENGAN ANAK SEMASA BERCAKAP DENGAN ANAK

Jika anak berdiri, rendahkan tubuh anda supaya wajah anda dan wajah anak berada di paras yang sama. Jika anak anda duduk, duduk sekali bersama anak anda. Jika anak anda baring, baring sekali bersama anak anda.

IKLAN

Berada paras mata dengan anak akan membantu anak fokus dengan lebih mudah pada ekspresi wajah anda, pergerakan mulut anda dan apa yang sedang anda perkatakan. Ingat. Komunikasi dan sosial bukan hanya pada pertuturan. Tetapi juga pada keupayaan anak untuk mengawal emosi, belajar faham orang lain dan perhatian pada perubahan persekitarannya.

4. MAIN PERMAINAN YANG BOLEH MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN ANAK-ANAK
Daya tumpuan adalah penting bagi membolehkan anak-anak kekal pada konversasi yang sedang dilakukan oleh ibu bapa. Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus yang terancang akan membantu meningkatkan daya tumpuan anak-anak.

Contoh aktiviti motor kasar termasuk: membaling bola ke dalam bakul, menendang bola ke dalam gol, menyambut bulu tangkis dengan raket badminton, teng-teng dan memanjat pokok. Antara aktiviti motor halus yang boleh membantu daya tumpuan dan fokus termasuk: memasukkan guli ke dalam botol bermuncung kecil, menganyam tali ke dalam lubang kasut, memasukkan syiling ke dalam lubang, dan memasukkan manik ke dalam tali.

Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni!

5. GUNAKAN GALAKAN POSITIF SEMASA MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK
Galakan sosial positif seperti pujian, keberadaan anda semasa anak melakukan aktiviti, kata-kata rangsangan akan meningkatkan keyakinan anak untuk terus melakukan aktiviti bersama anda. Jangan lupa untuk memasukkan elemen bahasa semasa melakukan aktiviti bersama anak anda.

Contohnya: semasa anda minta “adik, masukkan manik merah”, dan anak anda boleh melakukannya (kenal apa itu manik merah), pujinya dengan suara yang paling ceria “wah! pandainya!” bila ayah pulang, ceritakan pada ayah “ayah tahu? adik dah kenal manik merah!” dihadapan anak tadi.

IKLAN

Anak yang berasa seronok akan terus termotivasi untuk melakukan aktiviti dengan ibubapanya.
Bagaimana, boleh tak praktikkan 5 tips ini di rumah? Jika dapat usahakan untuk amal tip-tip ini, InsyaAllah akan ada perkembangan positif dalam pencapaian anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

 

Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI