Mama jangan stres bila bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja. Mama tentu rasa tak selesa, lenguh bila posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan bayi akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
5 TIP BANTU BAYI ATASI MASALAH MENYUSU SEBELAH PAYUDARA SAHAJA
Rita mencadangkan lima cara untuk mengatasi masalah ini;
#1 SUSUKAN KETIKA DIA SEDANG MENGANTUK
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.?
Ads
#2 MULAKAN PADA PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain?
#3 SUASANA SELESA
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
Ads
#4 GERAKAN
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.?
#5 URUTAN
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
SABAR DAN GIGIH
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bayi tumbuh gigi pertama adalah berbeza-beza. Ada yang meragam seminggu sebelum gigi tumbuh dan ada juga yang berbulan-bulan meragam kerana gigi hendak tumbuh.
Walau bagaimanapun, ada juga bayi yang menunjukkan tanda-tanda lain semasa gigi pertama hendak tumbuh. Apakah simptom-simptomnya?
Jika tengok bayi yang selalu meleleh air liur, mesti orang kaitkan dengan ‘ibu mengidam, tapi tak dapat’ semasa hamil dulu. Yang sebenarnya, boleh dikatakan kebanyakan bayi akan mengalami tempoh air liur meleleh kerana hendak tumbuh gigi. Proses pertumbuhan gigi merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
Normal untuk bayi hilang selera makan disebabkan ketidakselesaan akibat gigi hendak tumbuh. Jika bayi anda berusia lebih 6 bulan, berikannya makan makanan lembut yang selama ini menjadi kegemarannya. Jika bayi anda sudah boleh makan makanan pejal, tawarkannya sehiris kecil buah-buahan seperti pisang dan buah plum. Potong buah dalam potongan kecil sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.
Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor kanak-kanak bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakitnya itu.
Si manja yang hendak tumbuh gigi kini mendapat hobi baharu. Dia akan menggigit jarinya atau apa sahaja barang yang ada di tangannya. Bagi mengelakkan gusi bayi anda luka, berikannya teether. Teether membantu anak anda mengurangkan ketidakselesaan akibat hendak tumbuh gigi dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan bahagian mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Lapkan mulutnya dengan kain bersih untuk mengelakkan iritasi atau ruam.
Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi atau lullaby bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.
Panik kan kalau baby tersedak susu atau tercekik sesuatu objek. Sebagai ibu bapa anda kena tahu ilmu rawatan kecemasan supaya tindakan awal yang diambil boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kemudaratan lebih teruk.
Ingat ya, rawatan kecemasan awal ini mesti dipelajari oleh semua ibu ayah! Video rawatan kecemasan yang dikongsi oleh Nurul Jaa di laman facebooknya mendapat perkongsian tinggi hingga menjadi tular.
Jelas menunjukkan yang semua ibu ayah sangat prihatin dan mestilah sayang anak masing-masing. Usaha untuk mempelajari teknik rawatan kecemasan sekiranya anak tersedak susu atau tercekik itu salah satu buktinya. Rasanya ia juga patut dipelajari oleh semua pengasuh yang menjaga bayi. Mungkin boleh mengurangkan kejadian bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Wallahualam.
Jom kita pelajari langkah demi langkah caranya seperti dalam video ini.
2. Tangan sebelah support rahang baby dan pusingkan baby ke arah bawah.
3. Paling penting mesti lawan graviti. Kepala pusingkan ke arah bawah.
4. Bagi lima kali back slap dari alur punggung ke arahh atas. Tekan dan slide.
5. Support balik kepala dan pusingkan balik baby.
6. Tekan center of the chest, tempat buat CPR. Kemudian tekan lima kali menggunakan jari.
7. Bila tekan paru-paru akan buat kerja keluarkan segala benda yang ada.
8. Ulang lagi buat langkah back slap sebanyak 5 kali.
9. Boleh periksa mulut baby takut-takut ada objek yang dia tercekik tapi jangan korek mulut baby takut nanti luka.
10. Buat langkah rawatan ini sehingga baby menangis atau objek keluar. Bila dah menangis maksudnya baby dah ok.
Susahnya nak cari nama anak perempuan dalam Islam yang sedap dan baik maknanya. Bagi ibu bapa yang buntu mencari nama terbaik buat anak, ini panduan dan senarai nama mengikut abjad yang sesuai malah baik maknanya untuk anak kita.
Idea gabungan nama berserta maksud ini boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang sedang mencari pilihan terbaik.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menekankan kepentingan memilih nama yang membawa makna baik, mulia, dan tidak bercanggah dengan Islam. Nama yang digalakkan adalah nama nabi, sahabat, atau nama yang membawa maksud sifat-sifat mulia. Waktu terbaik memberi nama adalah pada hari ketujuh kelahiran.
Dalam proses memilih nama bayi perempuan, pemilihan maksud nama yang baik itu penting kerana ia akan menjadi doa dan lambang identiti sepanjang hayat kelak.
Tidak kira nama moden atau klasik, pastikan nama yang dipilih memberikan makna yang baik kerana ia akan digunakan sepanjang hayat anak.
Semakin ramai anak diberikan nama yang unik, tetapi ada kalanya sukar untuk disebut. Jadi sebaiknya pilih nama yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang.
Berikut adalah koleksi gabungan nama bayi perempuan yang boleh dijadikan pilihan:
Aleeya Helena – Tinggi, mulia; cahaya rohani
Aisha Maleeqa – Hidup bahagia; pemilik
Atiya Maisarah – Hadiah; ketenangan
Auni Qalisha – Lemah-lembut; murni
Aqila Sofea – Bijaksana; menawan
Camelia Humaira – Hijau; berpipi merah
Camilla Anggun – Termasyhur; anggun
Clemira Faiqa – Cemerlang; terkenal
Ciara Shakila – Bersih; indah
Cyra Ariqa – Bulan; baik hati
Dalia Aamina – Bunga; aman
Dalila Majeda – Petunjuk; mulia
Damia Annisa – Baik; suci
Dina Hayani – Agama; hidup
Durrah Nafeesa – Mutiara; berharga
Eliza Narina – Bermakna; harum
Elvina Lufyaa – Bijaksana; setia
Enisa Amanda – Teman; kesayangan
Erina Khayra – Cantik; kebaikan
Eshal Ayana – Bunga syurga; cantik
Faeqa Helena – Disukai; cahaya
Faiqa Afeeya – Terkenal; sihat
Falisha Amni – Menyenangkan; aman
Fatimah Haura – Puteri Rasulullah; putih bersih
Fatma Sumayyah – Kebanggaan
Hasya Amanina – Kesempurnaan; harapan
Hawra Hanania – Cantik; dikasihi
Hilya Madina – Berharga; Madinah
Humaira Faiqa – Berpipi merah; terkenal
Husna Aqeela – Cantik; terbaik
Imani Aazeen – Kepercayaan; cantik
Inara Saafia – Pintar; bersih
Inaya Athalia – Pertolongan Tuhan
Isya Hazira – Kehidupan; pilihan terbaik
Izzah Adena – Kehormatan
Jamia Haura – Cantik nan indah; berkulit putih
Jannah Delisha – Syurga; gembira
Jasmin Ashira – Bunga melati; kaya
Jauza Dayana – Bintang; yang gagah perkasa
Jihan Fatini – Bunga yang indah, tempat syurgawi; bijaksana
Karima Bisyarah – Berharga, sempurna; berita gembira
Khadeeja Adra – Nama isteri Rasulullah SAW, perawan
Khaela Aria – Mahkota; bangsawan
Khaleeda Amni – Abadi; ketenangan, keamananku
Khayla Irdina – Cantik; kehormatan kami, kebajikan/keberkatan
Nama bayi perempuan Islam terkini bermula
Layla Sofea – Kerinduan, malam yang gelap; menawan
Laiqa Mikaila – Elegan; pemberian Allah
Laura Kamelia – Kemenangan; bunga
Leyla Majeda – Kerinduan malam; baik, mulia, dihormati
Leyla Eryna – Kerinduan malam; perempuan yang cantik
Malika Hannah – Pemilik; kesayangan
Marissa Thurayya – Lemah-lembut; bintang
Marsya Syifa – Subur; penawar
Maryam Dalia – Ibu Nabi Isa; pohon anggur, sejenis bunga – Dahlia
Medina Eryna – Kota, Madinah; perempuan cantik
Maksud nama anak perempuan
Nada Humaira – Embun; berpipi merah
Nadra Arissa – Berseri-seri, unik; berazam kuat
Nayla Camelia – Sesuatu yang istimewa; pepohonan yang selalu hijau
Najwa Aqeela – Berbisik-bisikan; yang terbaik
Nuha Alisya – Bijaksana; dilindungi Tuhan
Puteri Qadriyya – Puteri; yang kuat
Nama bayi perempuan Islam terkini
Qadira Falisha – Kekuatan; kebahagiaan
Qaila Camila – Mahkota, yang sempurna
Qaisra Erina – Kepercayaan yang kuat; cantik
Qaleesya Amara – Murni dan tinggi; yang memakmurkan, yang kuat iman
Qistina Alyssa – Keadilan; dilindungi Tuhan
Raihana Maisara – Berjiwa baik; kekayaan
Raissa Mikaila – Yang beriman; pemberian Allah
Raisya Atiya – Pemimpin, puteri; pemberian
Raniz Izzara – Kesukaan, kesenangan; puteri, bunga yang cantik
Raudhah Aqila – Taman syurga; bijaksana dan pintar
Maksud nama anak perempuan
Safa Ayleen – Suci, bersih; cahaya terang
Saida Ajla – Sangat cantik, baik hati; berkebolehan
Sarah Lateefa – Nama isteri Nabi Ibrahim AS; lembut, bersopan
Sofia Saleha – Menawan; baik
Suraiya Rizka – Cantik; rezeki, kurniaan Allah
Tara Kamilla – Bintang; yang sempurna
Thara Amalia – Kekayaan; cita-citaku
Tisha Malaiqa – Hidup; bidadari
Tsurayaa Nayla – Gugusan bintang; sesuatu yang istimewa
Tyara Adleena – Mahkota; keadilan
Ulfa Bushra – Keramahtamahan; khabar gembira, senang
Ulfaqiha Ayesha – Memiliki rasa humor yang baik; hidup dalam keadaan baik
Ulhaq Dhiya – Kebenaran; cahaya
Ummiyah Malika – Harapan, pemilik
Urshia Salsabila – Yang berada di langit; mata air syurga
Wafaa Ariana – Yang setia; suci
Wania Aaliya – Kurnia Allah; yang mulia
Warda Raisya – Penjaga, mawar; pemimpin, puteri
Wardani Humaira – Bunga mawar; berpipi merah
Widad Medina – Cinta, persahabatan; kota Madinah
Maksud nama anak perempuan huruf X
Xavia Rizqah – Terang; rezeki kurniaan Allah
Xaviera Amra – Terang; puteri
Yara Clarissa – Kupu-kupu kecil; pintar dan cerdas
Yasna Aqela – Mawar putih; yang terbaik
Yasmina Zuleika – Bunga melati, indah bersinar; cantik
Yasmin Eryna – Melati; cantik
Yazeeda Kirana – Berkat, bertambah; cahaya yang berkilau, kesejahteraan
Maksud nama anak perempuan
Zafeera Safiyya – Yang beruntung, yang menang; yang bersih dan jujur
Zahra Aisyah – Cantik, bijak dan bercahaya; hidup dalam keadaan baik
Zara Adriana – Puteri, bunga yang cantik; nisbah
Zaskiya Aisy – Cantik dan pintar; yang kaya raya
Zenia Zayani- Bunga; hiasanku, kecantikanku
Nama bukan sekadar panggilan, tetapi doa sepanjang hayat. Memilih nama anak perempuan dalam Islam yang mempunyai maksud baik membantu membentuk identiti dan harapan ibu bapa terhadap anak.
Semoga perkongsian senarai nama anak perempuan dalam Islam ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik. Ambil masa untuk memahami maksud setiap nama agar ia benar-benar memberi makna yang indah dalam kehidupan anak anda.
Squishy Dumpling didakwa mengandungi benzena melebihi had selamat sehingga ditarik balik di UK. Ketahui risiko kepada kanak-kanak dan langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah.