Bila anak mula ‘berdrama’ tidak kiralah di kedai makan mahupun di pasar raya, selalunya mak ayah sudah tahu perangai anak-anak. Ada yang manja, mengada-ngada, kuat mengamuk, tantrum dan sebagainya. Pasti ada cara tersendiri untuk mak ayah kendalikan anak-anak yang peel macam ni.
Setiap anak ada perangainya tersendiri dan bagi anak yang ‘behave’ mak ayah tak perlu risau nak bawa pergi jalan pun. Dengar dan patut. Tapi kalau anak yang lasak, mahunya 2-3 kali mak ayah fikir nak bawa pergi jalan-jalan.
Begitu juga kalau makan kat kedai. Rasanya, baik sebelum atau selepas makan mesti anak buat drama. Setakat bergaduh, sakat menyakat sesama mereka itu sudah pasti. Cuma-mak ayah kena pandai ‘handle’, apatah lagi tempat orang ramai. Tentu ramai yang memerhati.
Perkongsian daripada Nor Afidah ini ada betulnya. Kalau tak nak anak buat drama kat kedai makan. Lebih baik bungkus, balik makan di rumah.
Anak ‘Berdrama’ Di Kedai Makan, Bungkus Dan Baliklah
Kanak-kanak, walau di mana-mana pun dia akan tetap menjadi kanak-kanak.
Dia akan berperangai seperti kanak-kanak.
Dia akan merengek dan menangis jika ada yang tidak kena kerana dia kanak-kanak.
Dia akan berbuat bising dan berlari-larian apabila bosan, kerana dia kanak-kanak.
Itu semua normal sebagai kanak-kanak.
TETAPI ini bukanlah bermakna kanak-kanak harus dibiarkan dan diabaikan tanpa bimbingan dan batasan oleh ibubapa.
Sekiranya tidak diajar, mereka tidak tahu, jika dibiarkan mereka terus hilang arah.
Kanak-kanak tidak ‘behave’ atau tidak berkelakuan baik bukan kerana mereka jahat, tetapi kerana mereka tidak memiliki skil untuk menjadi tertib dan beradab.
Di Rumah Lebih Aman
TIP BAWA ANAK KE KEDAI MAKAN:
Apa yang perlu mak ayah lakukan apabila ingin membawa kanak-kanak ke restoran, warung atau tempat makan awam?
1. BERI PREVIU kepada anak-anak tentang restoran atau tempat makan yang hendak dikunjungi.
Kanak-kanak TIDAK sukakan kejutan kerana itu membuatkan mereka gelisah dan tidak merasa selamat. Mereka lebih mudah ‘behave’ dan bersedia apabila mereka diberi penerangan ringkas terlebih dahulu tentang destinasi yang hendak dituju.
Apa makanan di situ?
Ramai orangkah?
Mungkin kena tunggu untuk dapatkan tempat duduk. Mungkin bising dengan muzik dan sebagainya. Mungkin makanan lambat sebab waktu sibuk.
Ingatkan anak jika inginkan sesuatu tidak perlu merengek, sebaliknya sampaikan dengan baik.
Ingatkan juga anak untuk tidak menjerit-jerit atau meraung kerana mungkin mengganggu ketenteraman orang lain.
Apabila diingatkan dan disediakan dari awal akan kemungkinan-kemungkinan ini, akan lebih mudah untuk kita ingatkan anak kembali apabila berada di restoren nanti.
Persediaan sangat penting jika kita mahu kanak-kanak ‘behave’ di tempat awam.
2. PILIH TEMPAT YANG SESUAI
Bukan pilihan makanan sahaja yang penting apabila membawa kanak-kanak, pilihan restoran atau warung juga sama penting supaya kanak-kanak ‘behave’.
Carilah tempat makan yang memang diketahui dan disarankan sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, baik dari segi susun-atur mahupun servis yang disediakan.
KADANG-KADANG TEMPAT MAKAN YANG ‘VIRAL’ MUNGKIN TIDAK SESUAI UNTUK DIKUNJUNGI KANAK-KANAK KERANA KESESAKAN YANG BOLEH MEMBUATKAN KANAK-KANAK GELISAH DAN RIMAS.
Sedangkan orang dewasa pun boleh ‘naik angin’ di kedai makan, apatah lagi kanak-kanak yang hanya mengikut sahaja.
Pilihan tempat duduk dalam restoran juga penting supaya kanak-kanak lebih mudah diurus. Apabila kanak-kanak rimas dan bosan, mereka boleh mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain tanpa mereka sedari.
Perkara ini perlu difikirkan oleh ibu bapa terlebih dahulu apabila mengunjungi tempat awam.
3. BERSEDIA UNTUK ‘DRAMA’
Mak ayah harus bersedia untuk anak menjadi letih dan bosan.
ANAK YANG BERUSIA 6 TAHUN KE BAWAH HANYA BOLEH DIAM DI RESTOREN UNTUK JANGKAMASA MAKSIMA 45 MINIT SAHAJA. SEKIRANYA LEBIH DARI WAKTU ITU ANAK MULA GELISAH, PERLU BERGERAK DAN PERLU BERSUARA ATAUPUN BERBUAT BISING.
Oleh itu menjadi tanggungjawab mak ayah untuk membuat persediaan agar anak masih boleh bertahan dan bersabar.
Bawalah sesuatu yang boleh mengisi masa anak dari bosan. Sediakan aktiviti yang selamat atau bawa anak berjalan-jalan di kawasan luar restoren untuk menghilangkan bosan.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB IBUBAPA untuk menguruskan anak masing-masing apabila berada di tempat awam termasuk restoran atau tempat makan.
4. Sekiranya SEMUA sudah diusahakan tetapi anak masih tidak ‘behave’, BALIKLAH
Ini menunjukkan anak sudah letih dan ‘expired’ dan anak perlukan ruang untuk bergerak dan bernafas.
BUKANLAH SALAH ANAK APABILA MENJADI BEGITU KERANA MEREKA KANAK-KANAK. MEREKA MASIH PERLU DIBIMBING. BUKAN JUGA SALAH ORANG SEKELILING YANG MEMERHATI. MUNGKIN ORANG MEMERHATI KERANA SIMPATI BUKAN KERANA MENGEJI.
Bungkuslah makanan dan baliklah. Suasana di rumah sudah tentu lebih menenangkan dan mendamaikan, bukan sahaja kanak-kanak, malah diri kita sendiri juga yang keletihan berhadapan dengan DRAMA.
Jadilah ibubapa yang PROAKTIF dan membuat persediaan, bukan mak ayah yang REAKTIF.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)
Kredot foto (top image): Freepik
Baca artikel lain di sini: Anak Sulung Ronaldo Ikut Jejak Bapa. Sarung Jersi Nombor 7 Sertai Skuad Remaja Al Nassr!
Anak-anak Suka Makan Jajan, Ibu Bapa Ketahui Bahayanya
Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI