top marah

Mendidik anak-anak sehingga mereka membesar dan menjadi dewasa satu proses yang bukan mudah. sedikit sebanyak ibu bapa juga memerlukan ilmu supaya dapat menjadi panduan.

Ilmu-ilmu keibu bapaan ini boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pengalaman sendiri mahupun yang diambil contoh daripada ibu bapa yang lain. Namun begitu adakalanya kerana terlalu sibuk dengan rutin dan kerjaya, ada yang mengabaikan beberapa aspek penting dalam membesarkan anak-anak, lantas mereka menjadi pendendam kepada ibu bapa sendiri.

Perkongsian daripada Taufiq Razif tentang punca anak-anak boleh menjadi pendendam kepada ibu bapa sendiri mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua.

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya. Nak Elak Jadi, Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni!
marah

Mak ayah wajib baca artikel ni. Anak kita boleh jadi pendendam pada kita bila :

IKLAN

1. Kita amalkan Neglectful Parenting
– Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak
– Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang

2. Kita abaikan Basic Needs anak
– Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain
– Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya. Nak Elak Jadi, Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni!

IKLAN

3. Kita menduakan ayah atau ibunya
– Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak
– Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal

4. Kita mengamalkan Favoritism
– Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan
– Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!

IKLAN

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya. Nak Elak Jadi, Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni!

5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan
– Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain
– Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama
– itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa.
– Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa. Boleh belajar secara percuma sahaja ilmu tersebut di Telegram Nota Parenting.
– Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya

Sumber: Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI