Menjinakkan selera anak adalah menjadi tanggungjawab mama papa. Bila mereka bosan dengan sesetengah menu, boleh cuba untuk tukarkan menunya. Kalau nasi dan mi sudah kurang mendapat sambutan, apa kata cuba masakkan sup cendawan pula. Yang penting, ini bukan daripada dalam tin.

Cendawan adalah tergolong dalam kategori makanan super yang kaya dengan khasiat. Cendawan mengandungi vitamin dan mineral. Ia mengandungi vitamin B seperti riboflavin (B2), folat (B9), thiamine (B1), panthothenic acid (B5) dan niasin (B3). Vitamin B membantu tubuh mendapatkan tenaga daripada makanan dan menolong penghasilan sel darah merah. Vitamin B juga sangat mustahak untuk kesihatan otak!

Puan Umairah Jamaah telah berkongsi resipi membuat sup cendawan. Berikut ialah perkongsian beliau;

HOMEMADE MUSHROOM SOUP

Dah lama Si Cendawan Butang bertapa kat dalam peti sejuk. Teringin nak bagi anak-anak makan mushroom soup. Makanya kita buat sendiri sebab macam gerun nak guna yang dalam tin tu ?.

Guna bahan-bahan yang ada kat dapur ni. Paling penting di buat dengan kasih sayang seorang ibu. Selamat mencuba. 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk Otak#1 Cendawan butang dicincang ( 2-3 cawan)

#2 Susu better guna ‘Fresh Milk’ untuk anak bawah 2 tahun. 

#3 Bawang besar / Holland (setengah biji atau sebiji. Dicincang ikut saiz yang sesuai)

IKLAN

#4 Sebiji bawang putih dicincang

#5 Tepung jagung

*kalau ada keju & batang saderi boleh letak lagi umppph tau. Boleh adjust bahan mengikut selera masing-masing.

Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 1

Pertama, tumis bawang-bawang yang dicincang dengan penuh kasih sayang. Pastu tumis sekali cendawan tu. Cendawan jangan tuang semua. Tinggalkan sikit.

IKLAN

Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 2

Masukkan air ngam-ngam paras bahan yang ditumis tadi.

Tunggu sampai cendawan tu layu

Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 3

Biarkan sejuk dan kemudian kisar selumat-lumatnya.
Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 4

IKLAN

Tuang bahan yang dah dikisar tadi ke dalam periuk. Tuang susu sekali dan letak baki cendawan yang ditinggalkan sikit tadi.

Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 5

Jangan lupa masukkan 1-2 sudu tepung jagung untuk efek kental sikit nanti.

Kalau ada cheese, masukkan sekali sebab rasanya lemak-lemak. Garam letak ikut keperluan umur anak.

Anak Bosan Makan Nasi & Mi, Boleh Cuba Buat Sup Cendawan. Kaya Vitamin B & Baik Untuk OtakLANGKAH 6

Masak hingga mendidih dan sup menjadi pekat. Biarkan sup menjadi suam sebelum dihidangkan kepada anak-anak. Enak dimakan dengan roti yang dibakar dalam oven. Kalau ada garlic bread pun boleh.

Sumber: Umairah Jamaah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI