Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Ads
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
Disaat kita menyediakan segala keperluan dan kehendak anak-anak kita, ada anak-anak lain yang dahagakan perhatian dan kasih sayang tanpa kita ketahui nasib mereka.
Anak-anak yatim yang kini menghuni Rumah Asnaf dan juga di rumah anak yatim antara yang amat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda dunia ketika ini.
Menyedari akan kekurangan ini, pelakon Anzalna Nasir tampil berkongsi rezeki bersama anak-anak di penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Kata Anzalna, dia berasa cukup teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut memuat naik video ketika menziarah anak-anak yatim di pusat itu.
” Berkongsi rezeki.
” Kami beli di atas permintaan mereka. Hopefully they are happy.
” Thanks @nadia for doing this with me,” kongsinya.
Seronok melihat anak-anak gembira menerima baju dan mainan yang diminta mereka. Tidak hanya membeli bahkan Anzalna sendiri turun padang untuk memberi bantuan ini tanda keprihatinannya pada anak-anak yang memerlukan ini.
Usaha murni ibu kepada Mohamad Eidrees ini sememangnya patut dipuji malah diteladani oleh individu berkemampuan lain.
Dalam pada itu, perkongsian video Anzalna itu menerima lebih 214 000 tanda suka daripada seluruh pengikutnya.
Rata-rata memuji tindakan Anzalna itu dan turut berkongsi kesedihan melihat wajah-wajah gembira ketika kanak-kanak ini menerima hadiah mereka.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam telah berlangsung webinar Detik Indah Bersama Si Manja anjuran Simpan SSPN dan Pa&Ma dengan jayanya. Tujuan webinar ini diadakan adalah bagi mengetengahkan isu bagaimana mama papa boleh menjadi superhero anak-anak. Bukan mudah untuk membesarkan serta mendidik mereka dalam zaman sekarang, jadi amat penting untuk mama papa membuat persediaan dengan sebaik mungkin.
Webinar ini dihoskan oleh Feeya Iskandar dan diadakan secara virtual ini dapat mengumpulkan 100 orang peserta dan rata-ratanya bersemangat untuk mengikuti perkongsian dari panel dan selebriti jemputan. Seawal jam 9.00 pagi webinar telah dimulakan dan panel pertama ialah Pn Wawa Shauqi, seorang penulis keibupaan yang berkongsi tip bagaimana mama papa boleh menjadi superhero kepada anak-anak.
Perkongsian Pn Wawa Shauqi
Pn Wawa menggunakan contoh adiwira dari filem Avengers untuk menerangkan tentang kuasa luar biasa yang ada pada mama papa. Selain itu, Pn Wawa jugq berkongsi tip bagaimana cara untuk menjadi parents yang terbaik buat anak-anak. Slot seterusnya adalah Teka & Menang di mana para peserta perlu menjawab 15 soalan dengan tepat dan pantas. Tiga pemwnang telah dipilih dan kesemua mereka menerima akaun tunai Simpan SSPN. Rezeki!
Farah Buka Akaun Simpan SSPN untuk Andre
Slot berikutnya bersama selebriti Farah Nabilah yang turut berkongsi cabaran menjadi ibu pada zaman sekarang. Farah juga berkongsi persediaan dia dan suami yang membuat simpanan untuk anak mereka, Andre Omar. Menariknya, Farah juga telah membuka akaun di Simpan SSPN buat Andre. Bagusnya!
Superdad Kongsi Kisah Jadi Bapa Tunggal
Seterusnya adalah perkongsian dari Superdad, En Khairul Abdullah yang dinanti-nantikan. Di dalam perkongsiannya, dia berkongsi bagaimana dia boleh menjadi kuat dan sentiasa bersabar untuk menjaga anak-anak lelakinya walaupun berseorangan. Ketika slot bersama En Khairul, ternyata kesemua yang ada berasa sebak kerana memahami situasi bapa tunggal ini. Sempat menitipkan pesanan berguna kepada peserta webinar, En Khairul juga berkongsi tentang bagaimana dia mula-mula boleh digelar Superdad.
Sharing Dari Pendeposit Di Simpan SSPN
Tamat slot bersama bapa hebat itu, webinar diteruskan dengan perkongsian dari salah seorang pendeposit di Simpan SSPN iaitu Pn Farah Zalani. Dia berkongsi pengalamannya dan suami membuka akaun untuk anak perempuan mereka, Nik Tiara Medina. Kata Farah, perancangan untuk membuka akaun di Simpan SSPN telah mereka bincangkan sejak anak masih dalam kandungan. Bagus sungguh perancangan kewangan pasangan muda ini untuk masa depan anak mereka!
Webinar kemudiannya diteruskan dengan slot Putaran Roda Istimewa. Seramai 10 orang pemenang terpilih dan menerima 4 keping tiket ke Zoo Melaka beserta barangan istimewa dari Simpan SSPN. Diharapkan dengan setiap perkongsian dari para panel dan selebriti jemputan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan juga followers Pa&Ma. Teruskan menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pa&Ma selepas ini!
5 Perkara Menarik Sepanjang webinar Detik Indah Bersama Si Manja:
Apa kata peserta tentang webinar ini?
“Saya suka perkongsian dari Pn Wawa Shauqi. Slide yang simple tetapi ‘sampai’ kepada saya dan suami. In sha Allah, kami akan cuba memanfaatkan setiap ilmu yang dikongsikan beliau dalam mendidik anak-anak. Saya rasa, webinar seperti ini patut diadakan lebih banyak kerana kami dapat belajar tentang imu parenting melalui saluran yang betul. terima kasih Pa&Ma dan Simpan SSPN kerana menganjurkan webinar yang bagus ini.” – Pn Nur Izzati Nadiah Mazlan.
“Sedih bila dengarkan cerita En Khairul Abdullah. Saya percaya seagai ibu ayah, kita perlu kuat biar apa pun cabarannya untuk membesarkan anak-anak. Saya setuju jika webinar begini diteruskan supaya ibu ayah lebih banyak belajar bagaimana untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada lagi, saya pasti akan join webinar yang dianjurkan oleh Pa&Ma.” – Pn Nor Shahima Shahidan.
Jom, tonton webinar Detik Indah Bersama Si Manja!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Acara yang diadakan pada 3 Ogos 2019 bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 209 bertempat di SACC Convention Centre ini nyata meriah dan menggamatkan suasana di pentas utama pada hari itu. Tema pada tahun ini, adalah superhero dan kesemua peserta begitu comel dalam persalinan adiwira mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 60 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Pengarah Urusan Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta Dazrin Kamaruddin, pelakon dan juga Juara Fear Factor merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Pa&Ma Merangkak Race 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Muhammad Nazran Rayyan Nor Nasrin, Naib Juara, Muhammad Aidil Naufal Mohd Hamely, dan Tempat Ketiga, Adrianne Nur Al-Amin manakala dua bayi saguhati adalah Aisy Zill Yusuf Mohd Fazreen dan Nur Auni Saffiya Mohamad Shadan.
Acara ini turut dijayakan oleh para penaja hadiah iaitu Grolier, Chomel Baby dan Style Charming serta baucer dari butik bayi Baby Valet untuk dua pemenang kategori khas, Baby Merangkak in Style. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!