Kasih seorang ibu itu terlalu dalam untuk digambarkan. Dalam perjalanan bergelar ummi, ada hari penuh senyuman, ada juga hari penuh cabaran. Namun semuanya tetap indah bila hati belajar mensyukuri setiap detik bersama anak.
Baru-baru ini, Neelofa berkongsi luahan hati yang cukup menyentuh jiwa. Katanya, Bilal dan Abbas adalah pengingat harian bahawa anak-anak bukan hanya membawa kebahagiaan, tetapi juga amanah terbesar daripada Allah.
“Bilal and Abbas, they are my daily reminder that children are pure rezeki from Allah, bukan saja kebahagiaan but amanah that keeps me grounded. Raising them isn’t always easy… penat, susah, ups and downs, tired days, messy days, happy days semuanya part of the journey. And every bit of it, insyaAllah, ada ganjaran pahala di sisi Allah.” – Neelofa
Ads
Dalam penat dan susah, setiap pengorbanan seorang ibu tidak pernah sia-sia. Malah di hujung coretan syukurnya, Neelofa turut menitipkan doa buat wanita yang masih menanti hadirnya zuriat.
Ads
“Truly grateful for this rezeki and I doakan semoga setiap wanita yang menadah tangan asking for zuriat, Allah kabulkan in the best way. May it be the most beautiful amanah and gift from Allah swt.”
Ads
Luahan ini menjadi peringatan bahawa anak itu bukan sekadar rezeki dan kebahagiaan, tetapi juga amanah yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang serta syukur.
Sumber: Ig Neelofa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa pembantu, tanpa diet ketat, tapi tetap langsing selepas bersalin – ini rahsia Uqasha Senrose yang ibu-ibu wajib tahu!
Selepas bersalin, kebanyakan wanita mengakui agak sukar untuk dapatkan semula bentuk badan asal. Masa banyak tertumpu pada bayi, kurang tidur malam, emosi bercampur-baur, dan tubuh pun masih dalam proses pemulihan.
Namun pelakon jelita, Uqasha Senrose, membuktikan bahawa ibu masih boleh kekal sihat, bertenaga dan langsing, asal ada usaha, disiplin dan kesedaran untuk menjaga diri. Apa yang menarik, Uqasha memilih untuk jaga anak sendiri tanpa pembantu rumah, dan tetap aktif bersukan walaupun sibuk dengan penggambaran.
Memetik Media Hiburan, menurut Uqasha, selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, dia mengambil keputusan untuk mengurus sendiri segala hal berkaitan anak dan rumah.
“Saya memang tiada pembantu. Anak baru umur setahun, dan saya bangun malam tiga ke empat kali setiap malam. Semua kerja rumah saya buat sendiri,” katanya jujur.
Bagi sesetengah ibu, ini mungkin kedengaran meletihkan, tapi buat Uqasha semua pergerakan harian sebenarnya membantu tubuh aktif dan membakar kalori secara semula jadi. Aktiviti seperti mandikan anak, kemas rumah, masak dan menyusu semuanya termasuk dalam senaman tidak langsung!
Ramai yang menyangka Uqasha mengamalkan rutin kecantikan ketat, tetapi sebenarnya tidak. Sebaliknya, dia mengisi masa terluang dengan aktiviti fizikal seperti bermain badminton dan pickleball, selain senaman ringan di rumah.
“Saya bukan jenis diet ekstrem. Saya bersenam untuk cergas dan sihat, bukan semata-mata nak kurus,” ujar pelakon drama Perempuan Itu ini.
Walaupun sibuk dengan penggambaran, dia tetap curi masa bersenam dan pastikan tubuh tidak ‘stuck’ terlalu lama tanpa bergerak.
Tidak seperti sesetengah wanita yang terlalu mengejar bentuk badan ideal hingga berlapar, Uqasha memilih pendekatan makan berpada-pada dan kenal tubuh sendiri.
“Saya suka benda manis, tapi tahu had. Kalau penat sangat shooting, saya akan ambil sedikit kek atau manisan untuk naikkan tenaga.”
Dia juga menolak idea pembedahan atau jalan pintas untuk kurus. Baginya, usaha secara semula jadi lebih selamat dan tahan lama.
“Saya tak setuju dengan pembedahan pelik-pelik. Ia tak sihat dan buat kita tak bersyukur dengan tubuh yang Allah beri.”
Dalam satu perkongsian, Uqasha turut menasihatkan ibu-ibu agar tidak terlalu stres mengejar ‘standard kecantikan’ yang tak masuk akal. Sebaliknya, fokus kepada kesihatan diri dan emosi.
“Tak semua benda tular sesuai untuk kita. Kena kenal badan sendiri. Jangan bandingkan diri dengan orang lain.”
Uqasha Senrose membuktikan bahawa ibu yang aktif dan positif mampu kekal sihat walaupun tanpa bantuan pembantu atau rutin kecantikan mewah. Apa yang penting ialah konsisten, seimbang dan yakin pada diri sendiri.
Kepada semua ibu muda di luar sana, percayalah bahawa setiap langkah kecil ke arah kesihatan adalah hadiah besar untuk diri sendiri dan anak-anak. Mulakan dengan apa yang mampu – walau hanya 10 minit senaman ringan sehari, ia tetap bermakna.
“Bila ibu sihat, anak pun lebih gembira. Jangan abaikan diri sendiri dalam kesibukan membesarkan anak. You matter, mama!” – Pa&Ma 💖
Ketika sedang hamil, emosi seorang isteri tidak stabil. Mudah tersentuh, hatinya juga senang terusik. Tahu-tahu menangis. Itu adalah normal, suami harus sabar menanganinya.
Menurut Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, terdapat beberapa amalan yang sangat bagus diamalkan oleh suami isteri jika sedang menjangkakan kelahiran bayi comel anda.
1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. 2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. 3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis) 4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat 5. Banyakkan berzikir 6. Banyakkan membaca Al-Quran 7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain 8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan 9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran 10. Tidak terlalu tertekan atau stress 11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri 12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal 13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki 14. Rajin mengukirkan senyuman 15. Rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
Amalan beribadah bersama pasangan juga sangat digalakkan kerana banyak manfaatnya.
Kasih sayang antara suami isteri semakin kuat selepas solat bersama. Usai solat, si isteri akan bersalaman dengan suami. Ketika itu isteri akan mencium tangan suami tanda hormat. Ketika suami menerima huluran salam isteri dan kemudian mengusap lembut atas kepala isteri, mereka terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri.
KETIKA SALING BERMAAFAN, HATI AKAN MERASA TENANG. SESEBUAH PASANGAN ITU JUGA AKAN TERHINDAR DARI SEGALA ANASIT NEGATIF!
Kejadian menyayat hati melibatkan dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa baharu siasatan.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan bahawa bapa mangsa berusia 46 tahun bersama seorang wanita berusia 41 tahun telah ditahan pihak polis.
Penahanan itu dibuat selepas kedua-duanya didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung insiden berkenaan.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Polis menahan ibu bapa kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, susulan keterangan diberikan pasangan itu didapati meragukan.
Kedua-duanya kini akan dibawa ke Mahkamah Seremban bagi permohonan reman. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau menghubungi pegawai penyiasat, ASP Husairin Che Hussin di nombor 012-9654927.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.