Anak bukan trofi mak ayah, bukti pencapaian didikan ‘terpaling’ berjaya. Tanpa sedar, ramai ibu bapa masih melihat anak sebagai ‘trofi’ atau bukti kejayaan mereka. Ukuran kejayaan bukan lagi tentang bagaimana anak membesar dengan bahagia dan menjadi individu yang baik, tetapi lebih kepada pencapaian akademik, kerjaya, atau sejauh mana anak itu boleh memenuhi ekspektasi masyarakat.
Anak Bukan Trofi Mak Ayah, Bukti Pencapaian Didikan ‘Terpaling’ Berjaya
Sebenarnya, cara berfikir sebegini boleh memberi tekanan besar kepada anak-anak. Mereka membesar dengan beban untuk menjadi “sempurna” demi memenuhi harapan ibu bapa, bukannya membina jati diri mereka sendiri.
Berikut adalah lima contoh mindset parenting yang masih menjadikan anak sebagai ‘trofi’:
1. Anak yang baik ialah anak yang mudah dengar kata dan ikut apa sahaja yang disuruh
Ramai ibu bapa menganggap anak yang “baik” adalah anak yang sentiasa patuh tanpa soal. Hakikatnya, anak-anak juga manusia yang ada perasaan, pandangan, dan hak untuk bertanya serta memahami sebab sesuatu arahan diberikan.
Jika anak tidak diberi peluang untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri, mereka mungkin membesar dengan mentaliti takut mencuba, takut bersuara, dan tidak yakin dengan diri sendiri. Anak yang baik bukanlah anak yang sentiasa menurut tanpa persoalan, tetapi anak yang tahu menghormati, berani berdikari, dan mampu membuat keputusan dengan baik.
2. Pencapaian akademik, sekolah mana, belajar oversea sebagai bukti kejayaan ibu bapa
Ada ibu bapa yang sangat bangga apabila anak mereka masuk sekolah berprestij, dapat straight A’s, atau berjaya belajar di luar negara. Ya, ini memang sesuatu yang membanggakan, tetapi perlu diingat—ini adalah kejayaan anak, bukan semata-mata kejayaan ibu bapa.
Anak yang tidak mencapai keputusan akademik cemerlang bukan bermakna ibu bapa gagal. Kejayaan bukan hanya diukur melalui akademik semata-mata, tetapi juga bagaimana anak membesar dengan akhlak yang baik, memiliki kebijaksanaan emosi, dan mampu berdepan dengan cabaran hidup.
3. Lebih besar anak, baru parent tu lebih matang berbanding yang baru anak kecil-kecil
Ramai yang anggap ibu bapa dengan anak remaja atau dewasa lebih “berpengalaman” dalam keibubapaan berbanding mereka yang masih ada anak kecil. Hakikatnya, setiap fasa parenting ada cabarannya sendiri.
Tidak kira anak kecil atau sudah dewasa, ibu bapa tetap perlu belajar dan menyesuaikan diri. Parenting bukan tentang siapa lebih lama menjadi ibu bapa, tetapi sejauh mana kita berusaha memahami dan membimbing anak mengikut keperluan mereka pada setiap peringkat umur.
Ads
4. Kejayaan dalam hidup, kerjaya atau bidang anak sebagai satu pencapaian parenting
Ada ibu bapa yang terlalu mengaitkan kejayaan anak dengan kejayaan mereka sebagai ibu bapa. Jika anak berjaya menjadi doktor, jurutera, atau memiliki kehidupan mewah, mereka rasa itulah bukti bahawa mereka telah menjadi ibu bapa yang hebat.
Tetapi bagaimana pula dengan anak yang memilih laluan kerjaya yang lebih sederhana, yang mungkin tidak bergaji besar tetapi tetap bahagia? Adakah mereka kurang berjaya?
Kejayaan sebenar dalam parenting adalah apabila anak membesar menjadi insan yang bertanggungjawab, berakhlak baik, dan boleh berdikari—bukan semata-mata tentang pangkat atau jumlah gaji mereka.
5. Hanya fokus pada result yang anak perlu capai, bukan pada usaha dan ikhtiar
Banyak ibu bapa yang hanya melihat keputusan akhir tanpa menghargai proses yang dilalui oleh anak-anak.
Contohnya, jika anak mendapat markah rendah dalam peperiksaan, mereka dimarahi tanpa melihat sejauh mana anak itu telah berusaha. Begitu juga dalam bidang lain—anak hanya dipuji bila menang, tetapi tidak dihargai jika mereka mencuba sedaya upaya tetapi tidak mendapat tempat pertama.
Ads
Sebenarnya, apa yang lebih penting adalah usaha dan perkembangan anak, bukan sekadar hasil akhirnya. Jika anak terbiasa dihargai hanya untuk pencapaian besar, mereka mungkin akan membesar dengan mindset bahawa nilai diri mereka bergantung kepada kejayaan, bukan kepada usaha dan perkembangan diri.
Parenting bukanlah tentang menjadikan anak sebagai bukti kejayaan diri sendiri. Setiap anak ada jalan hidup mereka sendiri, dan tugas ibu bapa adalah membimbing, menyokong, dan memberi ruang untuk mereka berkembang sebagai individu yang bahagia dan seimbang.
Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih fokus kepada membina jati diri anak, bukannya menjadikan mereka sebagai ‘trofi’ untuk dibanggakan semata-mata. Bila kita mula melihat anak sebagai insan yang unik dengan keupayaan mereka sendiri, barulah kita boleh menjadi ibu bapa yang benar-benar memahami dan menghargai mereka.
Elak penyakit ain, ustaz Kazim Elias kongsi amalan lindungi diri terkena ‘pandangan jahat.’ Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias baru-baru ini berkongsi kaedah untuk melindungi diri daripada terkena penyakit ain iaitu gangguan yang berpunca daripada pandangan penuh hasad atau kagum yang melampau.
Elak Penyakit Ain, Ustaz Kazim Elias Kongsi Amalan Lindungi Diri Terkena ‘Pandangan Jahat’
Dalam satu temu bual bersama usahawan kosmetik ternama, Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa penyakit ain sering berlaku secara senyap tanpa kita sedari, dan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan kehidupan seseorang.
Menurut beliau, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah dengan membalas setiap pujian yang diterima dengan lafaz zikir.
“Kalau orang puji kita, jangan hanya balas dengan kata-kata seperti ‘biasa je’. Itu boleh membuka ruang untuk ain berlaku, sebab kita tak tahu apa niat orang yang memuji,” ujar beliau.
Sebaliknya, Ustaz Kazim mencadangkan agar zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, dan Hazamin Fadli Rabbi diamalkan sebagai respons kepada pujian yang diberikan.
Meninjau respon di kalangan warga maya, ramai yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan kesan penyakit ain, yang disifatkan sebagai menyakitkan dan memudaratkan. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur atas perkongsian ilmu dan peringatan yang dianggap sangat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar kongsi anak sulung tamat playschool, – “Grad dah anak sulung daddy ni.” Dr. Mohd Izzar Anwari suami kepada pelakon berwajah manis, Ummi, 34 atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin sering berkongsi cerita tentang anak-anaknya.
Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Kongsi Anak Sulung Tamat Playschool
Terbaharu menerusi akaun Intagramnya, lelaki ini berkongsi tentang anak sulungnya, Ayra Aneesah yang telah ‘grad’ dari tadika.
Grad dah anak sulung daddy ni. Nasib baik grad dari playschool je baru. Awal lagi Mummy Daddy nak lepas awak ni. Semoga baik-baik semuanya. Lepas ni nak masuk sekolah dah. Lepas tu college/uni, lepas tu keje dah. Oh no. – tulis Dr. Mohd Izzar di ruangan kapsyen.
Hantaran Dr. Mohd Izzar mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Ummi berkahwin dengan seorang doktor perubatan, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayra Aneesah, 6 tahun dan Aysha Arsylia, 3 tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mungkin ada mama yang berhajat nak beli kasut anak secara online namun tidak tahu cara untuk mengukur saiz kasut anak. Sebenarnya ada cara untuk mengukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online.
Tip Ukur Saiz Kasut Anak
Selalunya yang menjadi kerisauan mama ialah saiz kasut yang diberikan salah dan akhirnya kasut yang sampai tidak muat atau terlebih besar. Sayanglah bila kasut yang dibeli tidak boleh dipakai oleh si anak.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda oleh cuba tip ini bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online:
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
Barulah Senang Nak Beli Online
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan selepas itu kita tekapkan sahaja.
2. Ukur
Bila sudah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 sentimeter
Selepas itu kita tambah 1 sentimeter daripada ukuran itu. Jangan tambah lebih-lebih ye. Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran sentimeter ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh ‘save’ dalam telefon bimbit terus supaya mudah bila hendak digunakan nanti.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.