Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia. Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya.
Apa yang menarik, Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai kawan dalam berbicara.
Terbaru, menerusi Instagramnya, bersempena sambutan hari lahir ke 11 Bella, Dr Sheikh turut memuat naik video pendek perbualannya bersama anak kecil itu bersama-sama.
Namun paling menarik pastinya gaya didikan Dr Sheikh Muszaphar yang begitu bersahaja bertanyakan tentang boyfriend anaknya. Simple dan bersahaja dalam cubaannya mengorek rahsia anak kecilnya itu.
Perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian ramai malah memuji cara didikan beliau.
“Do you have boyfriend or not?,” tanyanya ringkas pada Bella.
Dengan tersipu-sipu malu, Bella cepat-cepat menggelengkan kepalanya tanda tidak punya kawan rapat lelaki seperti yang disoal bapanya.
Nampak keakraban dua beranak ini dalam berbicara. Kata Dr Sheikh lagi, dengan Bella dia punya caranya sendiri malah melebihkan kepada menjadi kawan setiap masa berbanding adik-adik yang lain.
Ads
“Dengan Bella, saya ubah pendekatan saya untuk membesarkan Bella. Lebih kepada menjadi kawannya, dengar setiap kata-katanya, faham emosinya dan sentiasa berada di sana pada masa yang diperlukan.
“Sentiasa beri semangat kepadanya dari jauh. Peranan ayah akan menjadi lebih kecil. Lebih kepada BFF dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut menitipkan ucapan paling manis buat Bella. Katanya kelahiran Bella 11 tahun yang lalu memberi seribu makna dalam hidupnya. Malah banyak memberikan seribu ilmu dalam dunia keibubapaan.
Ads
“21 Julai adalah hari lahir Bella dan dia sekarang dah berumur 11 tahun. Betapa masa berlalu. Rasanya baru semalam dia baru dilahirkan. Ingatan masih kuat. Bayi yang cantik sungguh. 12 jam sakit bersalin, macam mana boleh lupa. Bayi besar seberat 3.6 kg.
“Sebagai anak sulung Bella menggalas tanggungjawab yang besar agar menjadi contoh untuk adik beradik yang lain.
“Dibelai, dimanja, di kerah, diperah untuk menjadi yang terbaik. Tak pernah merungut mahupun mengalah demi tuntutan duniawi dan akhirat. Alhamdulillah amat mudah didikannya. Seorang Anak yang baik dan mudah kata.
“Daddy loves you Bella. I learned so much from raising you. Ketabahan & keazaman kamu sentiasa melebihi jangkaan saya. Saya percaya kamu berada di jalan yang betul, jadi diri sendiri, jangan lupa diri dan apa yang kamu mampu lakukan segalanya kerana Allah dan kamu tak akan sesat. Insyaallah Amiin,” katanya lagi.
Ads
Video perbualan dua beranak itu pastinya mendapat perhatian dari pengikutnya malah ramai yang memuji cara Dr Sheikh Muszaphar.
Pening fikir kos sara hidup buatkan ibu bapa boleh jadi stres. Tapi sebenarnya ada anak ramai memang meriahkan rumah tangga, walau banyak perangai tetapi telatah mereka menghiburkan hati. Tapi mesti ingat perbelanjaan juga ‘meriah’, sesuai dengan jumlah anak yang berderet. Khas untuk ibu-ibu yang mempunyai ramai anak, kami kongsikan tip jimat. Cukup praktikal dan mengelakkan pembaziran.
Baju warna unisex
Bagi yang memang merancang untuk mempunyai anak ramai, beli baju harian berwarna universal yang boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Misalnya warna putih, biru dan kuning. Biasanya anak-anak hanya pakai baju sekejap sahaja terutama di peringkat bayi kerana mereka cepat membesar. Simpan pakaian ini dengan elok agar bentuk dan warnanya kekal cantik. Pakaian ini boleh diwariskan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.
Beli barang secara pukal
Beli barang dapur secara pukal kerana harganya lebih murah. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Pilih pasar raya yang menawarkan jualan barang secara borong.
Mahal sikit tapi berbaloi
Anak yang ramai menuntut ibu bapa berfikiran kreatif dan bijak merancang. Beli barang yang berkualiti tinggi kerana ianya tahan lama. Walaupun harganya mahal sedikit tetapi berbaloi apabila barang ini dapat digunakan secara terus menerus dari anak sulung hingga anak bongsu. Contohnya tab mandi, katil, kereta sorong dan meja kanak-kanak.
Masak pilihan terbaik
Anak-anak yang membesar memang kerap makan. Justeru sebaiknya ibu memasak menu yang digemari anak-anak. Cara ini lebih jimat, air tangan ibu juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tidak perlu memasak makanan yang sukar, resipi ringkas sudah memadai. Yang penting menu yang disediakan berkhasiat.
Bungkus makan di rumah
Ada kalanya memang ibu tidak sempat memasak terutama wanita bekerjaya. Mereka tiada pilihan selain membeli makanan di restoran. Nasihat kami, bungkus makanan dan nikmatinya bersama anak-anak dan suami di rumah. Jika beli lauk pauk, masak nasi di rumah. Ia sangat menjimatkan berbanding kita makan di restoran. Kita boleh sediakan air sendiri di rumah. Suasana di rumah juga lebih selesa kerana mudah untuk mengawal anak-anak.
Menyusu badan sepenuhnya
Apabila mengetahui diri hamil, ibu perlu set minda untuk menyusu badan sepenuhnya anak sehingga usia mereka dua tahun. Ketika hamil makan makanan yang berkhasiat, insya-Allah susu akan banyak. Buat stok susu ketika di dalam pantang, semakin kerap ibu pam susu semakin banyak susu yang dihasilkan. Susu ibu mempunyai semua nutrien yang diperlukan anak, ia juga menguatkan imunisasi badan mereka. Bayangkan berapa banyak wang yang anda jimat berbanding memberi anak minum susu formula. Paling seronok, ibu yang menyusu badan sepenuhnya, rahim akan cepat kecut dan badan kembali langsing.
Ajar anak tidak pakai pampers
Kos pampers atau lampin pakai buang memang tinggi. Justeru, didik anak agar berdikari ke tandas untuk membuang air kecil dan air besar. Ajar mereka agar tidak memakai pampers. Lebih awal anda ajar, lebih jimat wang anda.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Sri Shahida sering menjadi idola wanita-wanita muda. Kecantikan, kelembutan, taatnya pada suami, disayangi ibu mertua dan kasih sayang yang tak berpenghujung buat anak-anak termasuk anak angkatnya membuatkan dirinya sempurna.
Isteri tercinta Dato’ Sri Aliff Shukri baru-baru ini berkongsi cerita tentang kisah ini di posting Instagramnya. Paparan fotonya bersama Yusoff dan berkapsyen berikut;
Mama dah start kerja lah @yusoffalqardawi ikut mama pi ofis hari ni.
Yusoff pun dah genap 1 bulan. Tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang (kes takut kena kecam jadi I explain awal-awal)
Sebab saya memang dari anak sulung memang jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil-manggil saya kat ofis tu.
Sindrom mak-mak sangat pakai nursing cover ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka
Jadi benarlah, di belakang seorang lelaki yang hebat pasti ada wanita yang kuat sebagai tulang belakangnya. Bertuahlah Dato’ Sri Aliff, tentunya Datin Sri Shahida orang kuat sehingga terbinanya empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit.
Netizen melahirkan rasa kagum, malah tidak kurang berkongsi kisah berpantang masing-masing yang lebih kurang sama iaitu selama 30 hari kerana tuntutan komitmen kepada keluarga atau perniagaan.
Raja segala buah, Durian memang menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Tak sah rasanya kalau tak merasa seulas durian jika musimnya tiba. Namun bila ada anak kecil, pasti ada yang curi-curi beri anak rasa durian. Makan durian barulah anak Melayu tak gitu?
Namun adakah bayi dibolehkan makan buah durian ini? Apakah kebaikan disebalik raja segala buah ini? Ada yang cakap tak elok bagi baby makan durian! Dalam artikel kali ini, Dr Amalina Mohd Daud berkongsi khasiat buah durian dan bagaimana cara untuk kenalkan durian kepada bayi.
Sebelum ini saya percaya bahawa durian sepatutnya diperkenalkan lewat kerana ia sangat manis.
Tetapi sebenarnya kerana kita ingin memperkenalkan pelbagai jenis makanan, kita harus memberi peluang durian untuk berada dalam mulut bayi kita.
Yess durian boleh diperkenalkan kepada bayi kita seawal ‘weaning’ asalkan kita beri pada jumlah yang sederhana. Durian sangat kaya dengan karbohidrat, vit B, protein, lemak, mineral dan antioksidan. Itulah raja buah yang sebenar!
Walaupun durian berisiko tercekik akibat bijinya, anda sebenarnya boleh memasaknya cukup lama sehingga ia empuk. Anda boleh sama ada kisar sehingga menjadi serbuk atau melenyek sehingga halus.
Pada gambar di atas, saya telah memasukkan cara intro durian pada usia tertentu. Jadi boleh rujuk.
Saya tahu ia agak bertentangan dengan intuisi untuk memberikan durian kepada bayi. Tetapi… adakah anda akan memberi?
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.