Hancurnya hati billa anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap. Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.

Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati orang lain dan tiada adab termasuk dalam kategori kurang adab atau biadap.

Mungkin sesetengah ibu bapa merasakan didikan yang baik sudah diberikan tetapi kenapa perkara nenatif tetap berlaku. Wajar bagi anda ‘membedah siasat’ apa yang telah didedahkan kepada si kecil tanpa sedar yang menjadi punca dia biadap.

Dr Taufiq Razif berkongsi 5 punca yang perlu dilihat semula ibu bapa. Sama ada ia didedahkan tanpa sedar atau

Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Anak Jadi Biadap

#1 – Bagi gajet tanpa batasan

IKLAN
  • Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
  • Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul
  • Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )

Anak CCTV Terhebat. Ibu Ayah Elak Gaduh Depan-Depan, Ada Mata Memerhati Nak Tiru

#2 – Bergaduh depan anak

  • Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati
  • Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat

Anak CCTV Terhebat. Ibu Ayah Elak Gaduh Depan-Depan, Ada Mata Memerhati Nak Tiru

#3 – Kita Selalu Abai Anak

IKLAN
  • Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang ’emotional connection’ dengan kita
  • Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita
  • Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna
  • Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri.

 

Anak CCTV Terhebat. Ibu Ayah Elak Gaduh Depan-Depan, Ada Mata Memerhati Nak Tiru

#4 – Marah anak secara melampau

IKLAN
  • Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust
  • Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah ‘break trust’ diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita
  • Akhirnya anak jadi perengus, suka melenting, sensitif dan keras kepala.

Anak CCTV Terhebat. Ibu Ayah Elak Gaduh Depan-Depan, Ada Mata Memerhati Nak Tiru

#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak

  • Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ )
  • Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!

Anak CCTV Terhebat. Ibu Ayah Elak Gaduh Depan-Depan, Ada Mata Memerhati Nak Tiru

Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

Sumber: https://theproparenting.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI