Ads

Anak Cepat Membaca Sebelum Usia 5 Tahun, 7 Cara Santai Tanpa Paksa Yang Dikongsi Seorang Ibu

Ramai ibu ayah hari ini mula mencari teknik yang sesuai untuk membantu anak cepat membaca sebelum memasuki tadika atau sekolah. Ada yang membeli buku latihan, menghantar ke kelas membaca, menggunakan kad imbas dan pelbagai bahan pembelajaran sejak anak masih kecil.

Namun, dalam usaha mahu anak cepat membaca, ramai juga terlupa baha   wa kanak-kanak belajar paling banyak melalui bermain, meneroka dan mendengar bahasa dalam kehidupan seharian.

Perkongsian seorang ibu, Siti Huraizah di Threads menarik perhatian ramai apabila beliau mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya sudah boleh membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebelum usia 5 tahun.

Lebih menarik, beliau mengakui tidak pernah mengajar anak-anak membaca secara formal ketika mereka masih kecil.

“Both my kids were reading in both English and Bahasa Melayu before 5. I never sat them down and taught them to read, and I only started formal phonics with my son after he turned 6. My daughter is still 5. So if reading lessons weren’t the reason, what helped?”

Daripada pengalaman tersebut, beliau berkongsi beberapa amalan yang dipercayai membantu perkembangan membaca anak-anak secara semula jadi.

Anak Cepat Membaca Melalui Aktiviti Bermain

Menurut Siti Huraizah, sebahagian besar zaman kanak-kanak anak-anaknya dipenuhi dengan aktiviti bermain. Beliau cuba menyediakan sekurang-kurangnya lima jam permainan bebas setiap hari serta dua hingga tiga jam aktiviti luar apabila keadaan mengizinkan.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah bermain di alam semula jadi, memanjat, mengimbangi badan, bermain bersama rakan, melakukan risky play yang terkawal, mengunjungi muzium, ladang, zoo, perpustakaan serta menemani ibu bapa menjalankan urusan harian.

Jika berada di rumah, anak-anak tetap diberi peluang melakukan sensory play, process art, bermain playdough dan pelbagai aktiviti kreatif secara hands-on.

Menurutnya, apabila melihat semula perkembangan anak-anak, beliau percaya bermain menjadi asas penting yang membantu anak cepat membaca berbanding hanya memberi penekanan kepada pembelajaran formal.

Bacakan Buku Dengan Kerap

Selain bermain, aktiviti read-aloud menjadi rutin harian dalam keluarga mereka.

Beliau membacakan buku bergambar ketika waktu snek, buku cerita ketika makan tengah hari atau sebelum tidur serta membacakan surah sebelum anak melelapkan mata.

Ads

Pada hari Jumaat pula, rutin membaca diisi dengan kisah para nabi, cerita rakyat dan fairy tales.

Matlamat utama bukanlah supaya anak terus boleh membaca, sebaliknya mahu mereka jatuh cinta kepada buku sejak kecil.

Wujudkan Persekitaran Yang Menyokong Anak Cepat Membaca

Siti Huraizah percaya bahawa persekitaran juga boleh menjadi guru kepada anak.

Di rumah, beliau menyediakan alphabet puzzles, permainan huruf, tracing boards, magnetic letters, poster abjad dan pelbagai buku yang mudah dicapai oleh anak-anak tanpa memaksa mereka menggunakannya.

Anak-anak juga diberi kebebasan untuk melukis, menulis, menghasilkan karya kreatif dan meneroka mengikut minat sendiri.

Baginya, apabila tiada tekanan, kebanyakan kanak-kanak akan mula meneroka bahan pembelajaran secara semula jadi.

Ads

Biasakan Menulis Sebelum Membaca

Satu lagi amalan yang diamalkan ialah memperkenalkan aktiviti menulis sebelum pembelajaran membaca secara formal.

Kertas, pensel, krayon, gunting, gam dan pita pelekat sentiasa tersedia untuk digunakan. Anak-anak menghabiskan masa melukis, membuat kad, menghasilkan papan tanda dan bertanya cara mengeja sesuatu perkataan.

Biasanya beliau hanya menulis perkataan tersebut untuk disalin jika anak memintanya. Tiada latihan ketat, tiada paksaan dan beliau juga tidak terlalu menekankan cara memegang pensel.

Latih Kesedaran Fonemik Sebelum Fonik

Sebelum memperkenalkan peraturan bunyi huruf atau formal phonics, beliau banyak bermain dengan bunyi bahasa bersama anak-anak.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menyanyikan nursery rhymes, membaca pantun, puisi dan lagu, menepuk suku kata, mengenal pasti bunyi awal perkataan, memanjangkan bunyi serta menggunakan jari untuk mewakili setiap bunyi dalam sesuatu perkataan.

Aktiviti seperti ini membantu kanak-kanak belajar menggunakan seluruh deria mereka.

Ads

Galakkan Anak Membayangkan Jalan Cerita

Beliau juga gemar membaca puisi atau pantun sebelum meminta anak-anak melukiskan apa yang mereka bayangkan.

Tiada gambar sebagai contoh dan tiada jawapan yang dianggap betul atau salah. Anak hanya menggunakan imaginasi sendiri berdasarkan apa yang didengari.

Menurutnya, aktiviti ini membantu meningkatkan kreativiti, kefahaman bahasa dan keupayaan meluahkan idea.

Pelajaran Fonik Formal Diperkenalkan Kemudian

Apabila anak lelakinya berusia enam tahun, barulah beliau memperkenalkan pembelajaran formal phonics dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Tujuannya bukan kerana anak belum boleh membaca, tetapi bagi memastikan anak benar-benar memahami cara menyahkod perkataan dan bukan sekadar menghafalnya.

Anak perempuannya yang kini berusia lima tahun pula masih belum mengikuti pembelajaran fonik secara formal.

Jangan Paksa, Sebaliknya Bina Minat Membaca

Perkongsian ini menunjukkan bahawa anak cepat membaca tidak semestinya bergantung kepada latihan akademik yang intensif sejak kecil. Sebaliknya, minat terhadap bahasa, buku dan pembelajaran boleh berkembang melalui pengalaman harian yang menyeronokkan.

Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Ada yang boleh membaca lebih awal, manakala ada yang memerlukan lebih banyak masa. Perkara paling penting ialah ibu bapa tidak membandingkan perkembangan anak dengan orang lain.

Apabila anak diberi peluang bermain, mendengar cerita, meneroka persekitaran dan menikmati dunia imaginasi tanpa tekanan, mereka berpotensi membina asas literasi yang kukuh sebelum memasuki alam persekolahan.

Sumber: Threads Siti Huraizah

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Tak Perlu Salmon Mahal, Ikan Tempatan Pun Boleh Bantu Anak Dapat DHA & EPA!

Tak Perlu Salmon Mahal, Ikan Tempatan Pun Boleh Bantu Anak Dapat...

Ikan tempatan untuk DHA & EPA anak seperti kembung, sardin dan selayang merupakan sumber omega-3 yang baik untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf tanpa perlu bergantung kepada salmon atau supplement.