Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Ads
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Peluang untuk mengerjakan umrah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan datang selalu. Jadi peluang inilah digunakan sebaiknya untuk beribadah.
Keadaan diri yang batuk-batuk tanpa henti membuatkan ibadah kita terganggu. Apa nak buat?
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, mengunyah sejenis herba sepanjang masa ketika umrah dapat membantu masalah batuk berpanjangan lega. Jom cuba!
Ni saya kongsi tips nak elak atau hilangkan batuk masa tunaikan haji atau umrah. Terutama batuk yang kering tu. Yang tak ada kahak.
Batuk jenis ni yang selalu ganggu jemaah. Masa solat batuk, masa berjalan batuk, masa tidur pun batuk.
Kalau dah kena batuk jenis ni, guna lozenges pun tak jadi apa. Ambil ubat batuk sama. Dok batuk macam tu jugalah.
Masa saya pergi haji tahun 2019, majoriti jemaah batuk. Saling sambung menyambung batuk tu. Ada pergi klinik minta antibiotik. Sampai doktor kata tak boleh dah.
Tips dia mudah saja. Ambil bunga cengkih dan gigit. Ala ala macam ada chewing gum dalam mulut.
Biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas. Tapi kena tumbuk tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah.
Kalau tak sanggup juga, masukkan madu. Kot boleh telan sikit. Kalau rasa susah juga boleh guna spray pati bunga cengkih.
Cara pun mudah saja. Spray masuk dalam kerongkong. Dua kali sehari.
Kalau cuba tips ni Insyaa Allah kita selamat dari batuk. Tapi kalau lepas solat pergi bantai aiskrim tok Arab tu, selamat berdamping dengan batuk dan sakit lain.
Boleh cuba. Yang belum terbang ke Makkah sempat lagi bekal cengkih untuk standby di sana.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak makin besar, ramai mak ayah tertanya-tanya: “Anak aku ni kidal ke …..?” Kadang kita perasan dia suka guna tangan kiri masa makan, menconteng atau capai barang. Tapi eh, esoknya tangan kanan pula? Confuse la!
Tapi percaya atau tidak—kecenderungan anak untuk jadi kidal atau tidak sebenarnya dah boleh nampak sejak dalam kandungan lagi! Ya, bukan tunggu masuk tadika baru boleh nampak.
Tangan dominan (sama ada kiri atau kanan) sebenarnya dikawal oleh otak yang bertentangan. Maksudnya:
Kalau anak lebih guna tangan kanan, otak kiri dia lebih dominan.
Kalau lebih guna tangan kiri, otak kanan dia yang lebih aktif.
Kajian dari Durham University di UK menunjukkan bahawa janin seawal usia 10 minggu dalam kandungan dah mula tunjuk tangan mana yang dia prefer guna – contohnya bila hisap ibu jari. Dan bila mereka follow up sampai baby lahir dan membesar, majoriti yang hisap ibu jari kiri dalam kandungan memang akan jadi kidal.
Pakar menggunakan ultrasound 4D untuk kaji pergerakan fetus. Mereka dapati fetus yang lebih kerap guna tangan kanan untuk sentuh muka, hisap ibu jari atau gerak badan, biasanya akan kekal dominan tangan kanan bila besar nanti. Sama juga dengan tangan kiri.
Menarik kan? Otak bayi masa tu tengah ‘setting up’ sistem saraf dan koordinasi, dan semua tu berlaku secara semulajadi – bukan sebab ajaran, bukan sebab dipaksa.
Jangan Paksa Anak Tukar Tangan!
Kalau mak ayah perasan anak lebih selesa guna tangan kiri, jangan cepat-cepat suruh tukar. Memaksa anak kidal guna tangan kanan boleh ganggu perkembangan otak, dan bagi sesetengah anak, boleh menyebabkan:
Cepat penat bila menulis
Masalah keyakinan diri
Keliru bila buat tugasan mudah
Biarkan dia adaptasi dengan cara dia. Ramai individu hebat dan kreatif sebenarnya kidal—contohnya Albert Einstein, Leonardo da Vinci, dan Tom Cruise!
Bila Waktu Tepat Untuk Tahu Anak Kidal?
Kebanyakan kanak-kanak akan stabil penggunaan tangan dominan mereka sekitar umur 3 hingga 5 tahun. Tapi tanda-tanda awal boleh diperhati sejak umur 1 tahun lagi, terutamanya bila mereka mula capai barang, makan sendiri atau conteng.
Tak kira kiri atau kanan, yang penting mak ayah beri sokongan dan ruang untuk anak berkembang dengan cara mereka sendiri. Tangan hanyalah alat—yang penting hati dan usaha anak kita.
So next time tengok anak hisap ibu jari masa scan, jeling sikit—mungkin itu ‘clue’ awal bakal lahirnya seorang kidal genius!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN diadakan di The Farm, Bentong Pahang, kali ini Simpan Challenge Hunt menjelajah ke selatan tanah air.
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN yang diadakan Sabtu lalu di Legoland Malaysia berlangsung dengan cukup meriah.
Jika dahulu peserta didedahkan dengan haiwan-haiwan ternakan yang comel dan pelbagai, kali ini kesemua peserta diberikan tugasan yang berbeza di samping dapat bermain di taman-taman istimewa di Legoland ini.
Majlis penuh meriah itu di rasmikan oleh Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En Azhar Ahmad serta tidak ketinggalan Pn Mazni Ruslan, Pengarah Negeri PTPTN Negeri Johor.
Apa yang menariknya, acara pada hari itu bukan sekadar tugasan bermain di sekitar Legoland sahaja bahkan peserta turut diberikan tugasan untuk menghias tabung Simpan SSPN mengikut daya kreativiti masing-masing.
Berkumpul Dari Awal Pagi
Peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna biru dan semuanya tampil sedondon!
Peserta juga berkreatif dengan penampilan grup masing-masing yang tampil dengan pelbagai gaya mengikut tema keluarga. Memang meriah.
Usai pendaftaran, para peserta tambah semangat dengan sesi Zumba untuk memanaskan badan. Pemilihan lagu rancak serta rentak tari yang menarik membuatkan ibu ayah serta anak-anak begitu teruja berzumba.
Peserta dimulakan dengan perlepasan oleh Encik Azhar yang menanti di garisan permulaan. Peserta sebelum itu diberikan tugasan untuk mencari logo Simpan Challenge yang diletakkan di kawasan sekitar.
Hias Tabung & Check Point
Peserta diberikan tugasan untuk mencuba pelbagai permainan di check point yang diberikan. Mereka kemudiannya diberikan wang saku sebaik selesai tugas. Kesemua mereka ini perlu melakukan tugasan dan permainan di setiap check point yang diberikan dan selebihnya bergambar di destinasi terpilih.
Peserta kemudiannya diberikan peluang untuk berjual beli di kedai jualan bagi menghasilkan tabung kreatif Simpan SSPN. Semuanya menerusi jumlah kutipan wang daripada tugasan dan permainan yang mereka lakukan. Memang meriah.
Kesemua peserta menunjukkan daya kreatif masing-masing bila mana mempamerkan pelbagai jenis tabung dengan pelbagai warna. Semuanya dihias begitu cantik dan berseni.
Majlis pada hari itu ditamatkan dengan tiga peserta yang dipilih sebagai pemenang. Tempat pertama di menangi oleh Kumpulan No.13, Encik Mohamad Farkhan Mohd Nordin dan tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan No.42, Pn Nur Syahida. Manakala tempat ketika pula dimenangi oleh peserta bernombor 22, Pn. Nurul Najihah Nik Hayazi.
Kesemua peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut diberikan cenderahati untuk kenang-kenangan disamping hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN.
Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar mengenai kepentingan menyimpan namun yang paling penting pastinya ‘bonding time’ bersama ibu dan ayah disepanjang acara ini.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
Jangan lupa untuk sertai Simpan Challenge Hunt yang bakal diadakan pada bulan Jun 2024 ini di Melaka. Penyertaan akan dibuka dalam masa terdekat. Dapatkan info lanjut di sosial media Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.