Kebanyakan anak-anak sekarang dah tiada keseronokan masa kecilnya macam kanak-kanak dulu disebabkan kekangan dari ibu bapa sendiri.
Jika diperhatikan dengan trend hari ini anak-anak kecil dah terhad aktiviti fizikalnya seperti berlari sana-sini dengan berkaki ayam, memanjat, bermain di padang atas alasan keselamatan dan ibu bapa tiada masa kerana bekerja.
Disebabkan faktor inilah, anak-anak sekarang dipaksa untuk jadi ‘dewasa’ hingga melenyapkan fitrah zaman kanak-kanaknya untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak seusianya.
Kebanyakan ibu bapa sekarang selesa mengetengahkan kehidupan anak-anak di laman sosial dengan menampilkan kehidupan anak-anak yang elok-elok sahaja.
Ads
Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Motivasi, Najmi Nawawi ia umpama norma masyarakat untuk menjadikan anak mereka ‘Instagram/Facebook Worthy’ untuk ditayang di laman sosial. Bangga dengan anak itu tidak salah, tapi ianya akan jadi salah jika kita bunuh fitrah mereka.
Fitrah anak-anak untuk bermain, untuk comot, berlari sana sini, memanjat, berguling di padang, makan tumpah, rumah berselerak, main dengan binatang dan sebagainya.
Ads
Fitrah ini ialah sebenarnya suatu yang perlu dipelihara. Kerana melalui fitrah yang dianggap ‘not Instagram/Facebook worthy’ inilah yang akan menguatkan otot, menyihatkan saraf dan menyiapkan kekuatan mental mereka.
Jika kita terlalu mementingkan apa yang orang lain kata daripada memelihara fitrah anak kita sendiri. Mahu anak bersikap ‘dewasa’ untuk mendapat pujian manusia. Dikhuatiri kita akan menyesal satu hari nanti.
Ads
Sebab itu, para saintis juga mendapati bahawa tindakan menghalang anak daripada meneroka dunia luar ini menjadikan anak 3 kali ganda lebih cenderung menghidapi lelah (asthma), alergi, obesiti dan diabetes.
Kesimpulannya, anak yang comot ialah 3 kali ganda lebih sihat.
Waktu musim banyak penyakit berjangkit ni ni, ibu-ibu semuanya jadi extra careful. Kalau boleh, nakkan tahap kebersihan di rumah tip-top! Bukan tu saja, kalau nak bawa anak-anak keluar rumah pun kena bersedia bawa macam-macam untuk lindungi anak dari kekotoran yang ada di luar.
Sebagai contoh, kita akan bawa tisu basah. Tak lupa juga penyembur anti bakteria dan sebagainya. Memang risau, terutamanya terlalu banyak penyakit berjangkit dalam kalangan anak kecil. Sebenarnya ada petua lama yang boleh digunakan untuk hasilkan sendiri semburan yang boleh membersih dan mengharumkan rumah.
Petua berguna ini telah dikongsikan oleh Yatie Emra menerusi laman Facebook. Perkongsian ini sudah agak lama tetapi percayalah, ia dapat membantu serta sangat elok kerana diperbuat dari bahan semulajadi!
Alang² baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.
🔴Semut🐜 ========= Sebelum ni ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya takde semut api jenis besar, so memang tak leh nak komen la. Ada semut api jenis kecil je & 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah² sikit, berduyun² masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah..
Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak tu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka & paras air pada botol spray. Lepas tu cuma tambah sabun & kayu manis je. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi..
🟠Hilangkan Manis Gula🍹 ===================== Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ni pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ni, insyaAllah takde semut hurung penutup botol kordial dah.
🟡Bersihkan Mainan🪀 ================== Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik, dll), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ni bertindak hapuskan kuman gak. Gunakan spray ni jer, takde bahan kimia & selamat untuk anak²😊
🟢Spray Fabrik/Langsir/Sofa🛋 ========================= Lepas memasak, boleh gunakan je spray serbaguna ni kat langsir/sofa untuk hilangkan bau²an tak best yang melekat. Kalau ada famili member yang tak sihat, bagus gak kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih/bunga lawang atau gabungan kedua²nya. Aroma dari herba² ni ada kesan terapeutik.. Tapi jangan lak guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan tu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok² lak.
🔵Spray Bahagian Dalam Kasut👟 ============================ Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh gak gunakan spray ni & biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman/kulat.
🟣Simpan Dalam Travel Bottle🧴 ======================== Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg untuk;
1) Basuh sudu & garfu bila makan kat luar. Almaklum ler, saya hanya bawak sudu & garfu spare untuk anak jer. Mak bapak dia memang guna yg kat kedai jer. Tapi selalu sudu kat foodcourt ni tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna.. Guna spray ni mudah jer nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu/garfu tu.. Kemudian bilas sebelum guna. 😊
2) Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki/toilet memang kotor sangat..
3) Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam & seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ni pada tisu & lap seat. Jangan SPRAY secara DIRECT yer, supaya tak terpercik kotoran kat spray tu.. Biarkan kejap sebelum bilas. Saya pernah gunakan toilet di hospital & kebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat..
Nak tggu toilet lain, kemain ramai yang beratur.. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan.. Yela, tak tahu orang gi hospital tu sakit ape.. Nayer jer kang kot ade penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka² kat kulit yang kita tak perasan😅
💐VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY *****************************************
1 perkara yang saya suka tentang spray ni, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau/haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh gak beli yang murah kt shoppee/lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun.. Boleh gunakan bahan² dari dapur je.. Ni antara variasi haruman yang saya suka buat.
🌟KULIT LIMAU NIPIS/PURUT/KASTURI ================================= Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar & tahan lama.. Kalau mak² rasa moody² tu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis/purut ni sebab esen dalam limau ni boleh improve mood tau.. 😉
🍋KULIT LEMON =============== Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma & warna dah turun.. Bau segar & berfungsi membunuh kuman gak.
🍊KULIT OREN ============= Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ni lepas terendam seminggu++, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.. Hahah😅
🍀KAYU MANIS + KULIT OREN ========================= Antara haruman favourite saya ni sebab wangi.. Bau macam produk bakeri lak.. Hehe.. Tapi kulit oren tu perlu direndam sekurang² 2-3 hari untuk aromanya melarut.
🌳KAYU MANIS ============= Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ni akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau..
🌿CENGKIH/BUNGA LAWANG ======================== Saya jarang buat cengkih/bunga lawang ni sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu.. Tapi cengkih ni antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak² bila batuk/selesema..
Untuk buat spray serbaguna ni, macam biasa gak.. saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air & sabun pencuci pinggan sikit.
Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini:
Yatt telah berkongsi tip untuk mengerjakan rukun umrah iaitu tawaf & saie dengan anak-anak Kecil. 6 tips ini sangat praktikal dan boleh membantu ibu bapa yang membawa anak kecil ketika umrah.
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah ini tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
Yatt Hamzah telah mengerjakan umrah bersama suami dan 3 anaknya iaitu Suci Hayfaa Medina, 8 bulan, Suci Humaira Iqlima, 2 tahun & Suci Hanania Malika, 8 tahun.
Berikutan ramai yang DM beliau supaya bertanyakan tips, Yatt telah mengongsikan ianya di Instagram. Jika ia dipecahkan, terdapat 6 tips semuanya.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Para follower menghargai perkongsian daripada Yatt ini. Ia menginpirasikan ibu-ibu lain yang mungkin merancang untuk mengerjakan umrah bersama anak kecil.
Ada juga follower yang turut berkongsi mengenai penukaran lampin anak sebelum tawaf & saie.
Sel stem memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya. Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karakter untuk lelaki yang bergelar ayah, selalunya cukup sinonim dengan sifat garang macam singa dan tegas. Bagaimanapun seorang ayah perlu tahu cara mendidik anak perempuan. Bukan mudah mendidik anak perempuan. Anak perempuan terkenal dengan sikap lemah lembut dan sensitif.
Mendidik anak perempuan dan lelaki berbeza caranya ekoran mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dalam mendidik anak-anak. Bagi seorang ayah, pastinya ia memerlukan cara tertentu untuk mendidik anak perempuan.
Tak perlu bersikap garang. Ini rahsianya. Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif agar menjadi panduan bersama.
LIMA RAHISA ANAK PEREMPUAN YANG SEORANG AYAH WAJIB TAHU
1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka
Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.
Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situlah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.
2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya
Sosok ayah ini biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.
Sesekali kenalah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun sudah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!
3. Mereka nak kita faham dunia mereka
Anak perempuan yang sudah remaja, mereka mahu ayahnya kenal dunia mereka. Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.
Insya Allah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!
4. Mereka nak kita lindung mereka
Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!
Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.
5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum nombor 1 mereka
Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.
Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.
Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!
Terima kasih pada semua suami dan ayah di seluruh dunia! You are awesome!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.