Cuti musim perayaan ini bukan masanya untuk kita membiarkan anak kita makan tanpa kawalan. Sedikit mungkin tidak mengapa, namun harus dihentikan sebaik anak menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
Masuk raya kedua dan seterusnya, anak mula batuk-batuk. Jadi apa nak buat? Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan ini.
Ramai yang share anak tak sihat sejak raya kedua. Sebab raya pertama kita cheat day sehari je, dah nampak kesan raya kedua.
Kahak, ini antara punca utama yang buat anak batuk, selsema dan demam. Makanan tambahan raya banyak beri kesan radang pada anak.
Ads
Kalau dah start nampak anak batuk selsema, elak dulu air manis pewarna bergas, candy sumi pun taknak bagi anak lagi. Raya, raya jugak. Tapi kalau sampai mudaratkan anak asyik batuk berkahak, baiknya kita elak dulu sampai anak sembuh.
Ads
Raya memang pesta makanan. Makanan tradisi, banyak yang okay. Ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lontong. Cuma makanan tambahan biskut raya, kek, air gas, air kotak, air perisa, gula-gula, ini yang buat anak dah start tak sihat bermula raya kedua.
Banyakkan supplement semulajadi, minyak kelapa, minyak zaitun, madu, air kelapa dan baobab. Stop anak dari makanan manis dan gandum.
Anak memandu dan menunggang tanpa lesen, jangan normalisasikan budaya begini. Di jalan raya Malaysia, bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah.
Ia seakan menjadi satu budaya yang semakin diterima oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Malah, ada ibu bapa yang dengan rela hati membenarkan anak-anak mereka memandu sebelum umur yang dibenarkan, seolah-olah ia perkara biasa.
Tapi sampai bila kita nak terus tutup mata? Sampai bila kita nak biarkan mentaliti “tak apa, semua orang buat” ini berleluasa?
Statistik kemalangan jalan raya sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen bukan sekadar isu remeh, tetapi ancaman nyawa yang serius.
MENURUT LAPORAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS), GOLONGAN REMAJA ANTARA YANG PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT, TERUTAMANYA MEREKA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.
Mereka tidak cukup matang untuk memahami risiko di jalan raya. Kemahiran mereka masih belum cukup untuk mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan. Ini bukan soal kecekapan sahaja, tetapi juga soal kebertanggungjawaban. Lesen memandu bukan sekadar sekeping kad, ia simbol latihan, pemahaman undang-undang, dan disiplin di jalan raya.
Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa memberikan kebenaran kerana keperluan. Mungkin kerana anak perlu ke sekolah, ke kedai, atau membantu keluarga. Namun, keperluan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan mereka.
Bila ibu bapa membiarkan anak-anak memandu atau menunggang tanpa lesen, mereka sebenarnya sedang mengajar anak-anak bahawa melanggar undang-undang itu boleh diterima. Jika hari ini mereka dibiasakan dengan kesalahan kecil, esok lusa mereka tidak akan takut untuk melanggar kesalahan yang lebih besar.
Jangan tunggu sehingga ada kemalangan berlaku di depan mata baru kita mahu bersuara. Jika nampak anak jiran atau saudara mara yang masih bersekolah menunggang motosikal tanpa lesen, tegurlah. Jika nampak ibu bapa dengan bangga membenarkan anak mereka membawa kereta sebelum cukup umur, nasihatkan mereka.
Ini bukan soal menjaga tepi kain orang, tetapi soal tanggungjawab bersama. Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan individu, tetapi semua pengguna jalan raya.
Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan perlu lebih tegas. Hukuman terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka memandu tanpa lesen harus dipertingkatkan. Pihak berkuasa juga perlu lebih agresif dalam menangani isu ini, bukan sekadar menunggu operasi atau sekatan jalan raya semata-mata.
Selain hukuman, pendidikan juga perlu diperkuatkan. Kempen kesedaran harus digiatkan di sekolah dan dalam komuniti supaya semua pihak memahami risiko serta tanggungjawab mereka.
Normalisasi anak-anak memandu dan menunggang tanpa lesen harus dihentikan segera. Jangan biarkan ia menjadi satu warisan yang kita turunkan kepada generasi seterusnya. Kita mahu anak-anak membesar dengan selamat, bertanggungjawab, dan menghormati undang-undang.
Nyawa bukan perkara yang boleh diuji atau dipandang ringan. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk berubah.
Insiden mencemaskan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit kakinya di eskalator. Kejadian ini bukan sahaja menggemparkan orang ramai, malah meninggalkan trauma kepada si kecil serta menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih berhati-hati setiap kali membawa anak menaiki eskalator.
Menurut saksi kejadian, Lukman Moidin yang juga seorang kaunselor, kasut getah yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut pada celahan hujung eskalator sehingga menarik sekali kaki si kecil. Situasi panik tercetus apabila mangsa menjerit kesakitan dengan darah kelihatan di lokasi. Mujurlah tindakan pantas orang awam yang berada di situ berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum kecederaan menjadi lebih parah.
Lukman yang menyaksikan sendiri kejadian itu berkata, ia merupakan pengalaman yang mengerikan. “Saya lihat sendiri kasutnya termasuk dalam celahan eskalator dan menarik sekali kakinya. Sampai sekarang saya masih terbayang keadaan darah di tempat kejadian dan jeritan kanak-kanak itu,” jelasnya.
Beliau menambah, kasut jenis getah dan bertali sangat berbahaya kerana mudah tersangkut pada bahagian penghubung eskalator. Risiko kecederaan lebih tinggi jika ibu bapa terleka di hujung eskalator kerana ia kawasan paling berisiko.
Sebagai peringatan, ibu bapa disaran agar lebih peka dengan langkah-langkah keselamatan berikut:
Pegang tangan anak – Jangan biarkan mereka berdiri sendiri tanpa pengawasan.
Dukung anak kecil – Untuk anak bawah lima tahun, lebih selamat dukung daripada biar berdiri.
Elakkan kasut getah & tali longgar – Kasut jenis ini paling mudah tersepit.
Arahkan anak berdiri di tengah – Jauhkan kaki dari tepi dan celahan eskalator.
Angkat anak di hujung eskalator – Pastikan kaki tidak mencecah bahagian akhir eskalator.
Jangan biar anak bermain – Ajar anak bahawa eskalator bukan tempat permainan.
Fokus sepenuhnya – Jangan leka dengan telefon atau barang lain ketika bersama anak.
Hakikatnya, lif adalah pilihan paling selamat buat anak kecil, terutama jika menggunakan stroller atau ketika membawa lebih daripada seorang anak. Walaupun insiden ini berakhir dengan kecederaan ringan, ia cukup menjadi pengajaran bahawa keselamatan anak tidak boleh dipandang ringan walau sesaat.
Ibu bapa, jadikanlah insiden budak 2 tahun tersepit kaki di eskalator ini sebagai peringatan. Ingat, keselamatan si kecil adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga di mana sahaja mereka berada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebuah keluarga kini terpaksa menelan hakikat paling pahit dalam hidup mereka kehilangan seorang suami dan ayah yang selama ini menjadi tulang belakang, hanya kerana kecuaian orang lain di jalan raya.
Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan pemandu mabuk Klang di Jalan Raya Barat selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melulu dalam kejadian pada 11.40 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Honda City berusia lingkungan 20-an memandu secara berbahaya menuju ke pusat bandar Klang.
“Pemandu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa,” katanya.
Akibat perlanggaran kuat itu, mangsa tercampak dan melanggar sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit mendapati dia positif alkohol dan dadah, mengesahkan kes kemalangan pemandu mabuk Klang ini.
Namun di sebalik tragedi ini, tersingkap kisah yang lebih memilukan apabila mangsa sebenarnya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Menurut laporan media, arwah Amirul Hafiz Omar sedang dalam perjalanan membeli buku Matematik untuk anak sulungnya sebelum menjadi mangsa kemalangan pemandu mabuk Klang tersebut.
Nor Nadia menegaskan suaminya tidak melakukan sebarang kesalahan ketika kejadian itu berlaku.
Dalam kes kemalangan pemandu mabuk Klang ini, beliau bertekad untuk mendapatkan keadilan melalui proses undang-undang demi hak tiga anak mereka yang masih kecil.
“Saya akan ambil tindakan. Saya perlu berjuang untuk keadilan bagi anak-anak saya. Saya akan saman. Hukuman berat wajib diberikan, penjara sahaja tidak mencukupi.
“Saya kehilangan sokongan, anak-anak masih kecil. Saya hanya mula bekerja dua bulan lalu untuk membantu suami. Sekarang suami saya sudah tiada,” katanya.
Lebih menyayat hati, Hafiz bukan sekadar seorang ayah biasa. Dia seorang pejuang keluarga. Siang bekerja di gudang, malam pula menjadi penghantar barang semua demi memastikan isteri dan tiga anak kecilnya cukup makan, cukup pakai, dan dapat belajar seperti orang lain.
Kisah ini menjadikan kemalangan pemandu mabuk Klang bukan sekadar berita, tetapi satu tragedi yang memberi kesan mendalam kepada sebuah keluarga.
Kini, tiga beradik berusia 9, 7 dan 2 tahun terpaksa membesar tanpa kasih seorang ayah. Anak sulungnya baru sahaja darjah 4, usia yang masih perlukan bimbingan dan perhatian.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai periang, peramah dan ringan tulang akhirnya rebah di jalan raya dalam satu lagi insiden kemalangan pemandu mabuk Klang.
Pemergian Hafiz bukan sekadar satu kehilangan, ia adalah luka yang akan kekal dalam hati sebuah keluarga.
Jenazah Allahyarham Amirul Hafiz selamat dikebumikan Ahad malam di Tanah Perkuburan Kampung Repoh di Larut, Perak.
Tragedi kemalangan pemandu mabuk Klang ini menjadi peringatan jelas bahawa satu keputusan tidak bertanggungjawab di belakang stereng mampu memusnahkan banyak nyawa.
Satu nyawa hilang, satu keluarga musnah semuanya berpunca daripada kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.