Anak Dah Mula Bosan, Cuba Buatkan Bebola Nasi Keju Ibu Ni, Kenyang!

Share

Bukan kita orang dewasa sahaja yang mudah bosan dengan makanan yang sama. Anak-anak kecil kita juga adakalanya dilanda kebosanan menjamah menu yang sama sahaja setiap hari. Bosan dengan bubur, apa kata mama olah nasi menjadi bebola yang mampu menarik perhatian anak kecil kita.

Bebola Nasi Keju dengan campuran sayur-sayuran bersama telur dan udang pastinya buat anak terus kenyang. Bukan hanya kenyang bahkan lengkap dengan nutrisi yang mencukupi buat anak yang sedang membesar. Jom kita cuba resipi daripada Puan Nadia Abk ini. Mana tahu anak serasi dengan Bebola Nasi Keju ni. Jom cuba!

Semalam bila cikgu cakap anak dah macam bosan makan sup telur je, maka hari ini ibu pun buatkan lah Bebola Nasi Keju (Rice Cheese Ball) pulak. Resepi dari mommy Farah Iqlima.

Bahan-bahan:
Bawang merah
Lobak Merah
Brokoli / kailan / pak choy
Nasi
Telur
Udang
Unsalted butter
Cheese

Tumis bawang merah dengan unsalted butter, dah naik bau wangi masukkan pula lobak merah, brokoli dan udang.

Kemudian, bahan-bahan tersebut diblend / chopper (saya buat halus sikit).

Pecahkan telur sebiji atas kuali / pan, dah hancur telur tu masukkan nasi.

Gaulkan. Kemudian masukkan pula bahan-bahan blend tadi tu. Biarkan sejuk.

Dah sejuk nasi tadi, ambil dalam anggaran 1 sudu besar, leperkan. Masukkan cheese tengah-tengah tu kemudian buat bentuk bebola.

Masukkan dalam peti ais untuk sejukkan bebola (supaya tak pecah bila goreng nanti).

Pukul sebiji telur, masukkan bebola dan gaul rata. Lepas tu masak bebola tersebut dengan api sederhana.

Dah siap, boleh makan!

IKLAN