Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah-laku mereka. Ia berbeza dari masa ke masa. Secara umumnya, perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan.

Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna? Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun

Ia dibahagikan kepada beberapa kategori, seperti:

Kognitif: Berfikir, membuat pertimbangan,menyelesaikan masalah dan memahami
Koordinasi motor: Kemahiran motor kasar / halus, melompat, melempar, menangkap, melukis, menyusun
Interaksi sosial: Memulakan hubungan rakan sebaya, permainan kumpulan
Adaptif: Berpakaian, makan, mencuci

Terdapat perbezaan bagi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka akan mengikut rentak sendiri. Ada kanak-kanak mungkin melangkau sesuatu tahap pencapaian (milestone), sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa.

Peringkat umur bagi kanak-kanak adalah mereka yang berusia dari setahun hingga 5 tahun. Biasanya anak akan meninggalkan kategori kanak-kanak ini apabila mula melangkah masuk ke alam prasekolah.

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Kemahiran seperti mengambil giliran dan menendang bola disebut sebagai pencapaian perkembangan – developmental milestone. Ia adalah kemahiran yang dikembangkan oleh kebanyakan kanak-kanak mengikut usia tertentu.

Anak akan mencapai pencapaian tertentu melibatkan aspek bagaimana mereka bermain, belajar, bercakap, bertingkah-laku dan bergerak.Ia merangkumi perkara seperti melompat, berlari atau mengimbangi diri. Adalah satu perkara biasa untuk anak mempunyai keinginan berdikari. Disebabkan itu, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada fasa ini sering dianggap sebagai ‘terrible twos’.

Ini kerana dalam tempoh perkembangan sosial anak ketika berusia sekitar 2 tahun sering dikaitkan dengan tingkah laku menentang atau tidak teratur.Pun begitu, fasa ini juga boleh menjadi tempoh menggembirakan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.

Umumnya, si kecil anda akan mengalami perubahan berkaitan cara pemikiran, pembelajaran, sosial dan emosi yang besar. Ia penting untuk membantu meneroka dunia baru di sekeliling mereka dan memahaminya.

Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna? Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun

Pada tahap ini, seorang kanak-kanak harus boleh:

  • Mengikuti 2-3 arahan
  • Menyusun objek berdasarkan warna dan bentuk
  • Meniru tingkah laku individu dewasa dan rakan sepermainan
  • Mengekspresikan pelbagai emosi

Petua

IKLAN

Berikut beberapa perkara mudah boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak-kanak pada usia ini:

#Beri anak peluang untuk bermain dengan kanak-kanak lain

Bermain bersama individu lain adalah cara terbaik dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tetapi jangan berharap anak akan bergilir atau berkongsi permainan – ini kerana kanak-kanak masih berfikir semuanya adalah milik mereka.

#Galakkan penggunaan kemahiran harian

Antara kemahiran tersebut seperti menggunakan sudu dan memakai kasut. Ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar serta kemampuan anak untuk memikirkan apa yang patut mereka lakukan.

#Berbual dengan anak

Bercakap mengenai perkara harian – bahagian tubuh, permainan dan peralatan rumah seperti sudu atau kerusi. Secara tidak langsung membantu mengembangkan kemahiran berbahasa anak.

Pada lingkungan usia ini, anda boleh mengajar anak bahawa ‘bola’ boleh menjadi ‘bola besar’, ‘bola biru’, bahkan ‘bola biru besar’.

#Berikan perhatian

IKLAN

Buat anak berasakan diri dihargai. Apabila mereka mengatakan sesuatu, dengar dan berikan respons. Sebagai contoh, jika si kecil mengatakan ‘Mama susu”, berikan ucapan balas seperti “Husna mahu Mama berikan susu, ya?” Mudah, tetapi ia membuatkan anak rasa diri disayangi dan dihargai.

#Membacakan buku cerita

Dorong anak untuk bercakap dan berimaginasi dengan membaca buku, bercerita serta menyanyi bersama-sama.

#Memasak bersama

Ajak anak memasak bersama anda, ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk menggemari makanan sihat dan seimbang. Di samping itu, anak juga akan belajar perkataan baharu serta konsep matematik seperti 1 sudu teh atau 20 minit.

Berikan anak tugasan mudah seperti membasuh sayuran atau menyusun sandwich.

Keselamatan

Apabila anak membesar, langkah mereka juga semakin luas dan ini bermaksud banyak bahaya yang menanti. Situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi penting untuk anda sentiasa memantau keadaan si kecil.

IKLAN

Berikut antara tip keselamatan yang boleh diamalkan semasa proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah:

  • Jangan tinggalkan si kecil di sekitar atau berhampiran kawasan air – tab mandian kolam atau lautan – tanpa pemantauan individu dewasa. Lemas adalah penyebab utama kecederaan dan kematian bagi kanak-kanak dalam peringkat usia ini
  • Galakkan anak untuk duduk ketika makan dan mengunyahnya dengan teliti untuk elak tersedak
  • Sentiasa periksa barang permainan si kecil untuk mengesan bahagian longgar, pecah atau rosak
  • Galakkan si kecil untuk tidak meletakkan pensel atau krayon di dalam mulut ketika mewarna atau melukis
  • Jangan memegang minuman panas semasa anak kecil berada dipangkuan anda. Pergerakan secara tiba-tiba dan mendadak boleh mengakibatkan anak melecur
  • Pastikan anak duduk di dalam kerusi kereta dengan selesa dan dipakaikan tali pinggang keselamatan

Kesihatan

Makanan kegemaran si kecil akan berubah setiap hari dan itu keadaan tingkah laku biasa. Sebaiknya galakkan anak untuk mencuba makanan baru setiap hari dengan menawarkan mereka untuk rasa

Jangan meletakkan televisyen di dalam bilik si kecil. Tetapkan had masa skrin untuk anak tidak lebih daripada sejam setiap hari. Galakkan anak untuk bermain dan meneroka dengan bebas. Ini membantu mereka untuk kekal aktif, kuat serta dapat mengembangkan kemahiran motor.

Pastikan anak mendapat jumlah tidur yang mencukupi setiap malam. Untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam, manakala yang berusia 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam – termasuk tidur siang

Proses pembelajaran

Bergelar ibu bapa, ia adalah satu proses pembelajaran. Tiada salahnya untuk berasa yakin dengan apa yang anda ketahui. Jangan malu mengakui apabila tidak mengetahui sesuatu perkara untuk meminta pertolongan dan bertanya.

Dalam melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, akan ada masanya anda berasa kecewa, marah dan letih.

Ambil masa untuk bertenang, okay?

Paling penting, tidak kira dalam apa keadaan emosi yang anda lalui, jangan pernah sesekali mengoncang si kecil. Tindakan itu boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan berkemungkinan berlakunya kerosakan otak kekal.

Kredit: Hello Doktor

Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna? Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI