Sudah tentu ibu bapa sangat risau kalau anak menghadapi masalah sembelit. Anda juga sudah memberikan makanan yang lembut agar si manja mudah membuang air besar tanpa menyebabkan sembelit.
Ads
Namun, masalah ini berulang lagi. Apakah ada faktor lain yang boleh menyebabkan si manja sembelit?
Apabila anak sakit, ibu ayah mesti risau. Tapi jangan sekali-kali terlepas pandang 3 tanda-tanda ini, tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa.
Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan. Sememtelah antibodi yang masih belum kuat. Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga berkongsi mengenai pengalaman dan tip beliau setelah berhadapan dengan kes-kes kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kelambatan menerima rawatan. Sekiranya rawatan diberikan dari awal, kemungkinan besar nyawa si kecil dapat diselamatkan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Sebagai Pakar Perubatan Keluarga, salah satu tugas saya ialah menghadiri Mesyuarat Kematian Kanak-kanak bawah 5 tahun.
Selalu kami akan meneliti apa kronologi yang membawa kepada kematian anak-anak ini dan memutuskan sama ada kematian itu sepatutnya boleh dicegah mahupun tidak.
Ada beberapa kes yang saya dapati, di mana anak-anak ini dibawa lambat ke klinik/hospital. Bukan untuk menyalahkan ibubapa tapi tak ramai ibubapa yang tahu apa tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan bila anak-anak sakit.
Majoriti anak-anak bawah umur 5 tahun akan mengalami jangkitan kuman, secara puratanya 6 kali setahun. Selalunya dalam bentuk batuk, selsema.
Ini kerana sistem imun anak-anak masih dalam perkembangan dan anak-anak juga banyak terdedah dengan individu yang menjadi pembawa kuman, contohnya di taska atau sekolah harian.
Kebanyakan jangkitan ini disebabkan oleh virus dan mampu sembuh sendiri tanpa perlukan antibiotik. Disebabkan itu saya akan nasihatkan untuk beri panadol mengikut jam dalam dos yang diperlukan bagi kes-kes ringan sebegini. Biasanya demam virus biasa mengambil masa selama 4-5 hari untuk kebah dan tidak sepatutnya berlarutan melebihi seminggu.
Tapi keadaan anak-anak ini mampu berubah. Hari ni mungkin masa dia dibawa jumpa Dr, keadaan dia masih stabil, tapi keadaan ini boleh bertukar. Dan jangan pula sangka Dr yang bagus akn beri banyak jenis ubat. Yang penting, Dr bertanggungjawab memeriksa dan menilai samada keadaan anak ini masih stabil atau perlu rujukan/kemasukan ke hospital. Itu lebih penting.
Apa tanda-tanda bahaya yang memerlukan anak ini dibawa berjumpa doktor secepat mungkin?
#1. GERAKAN SEPERTI SAWAN
Ada gerakan seperti sawan iaitu tangan/kaki tersentak, mata pandang atas, mulut berbuih.
#2. TIDAK AKTIF & KURANG RESPONS
Anak tidak aktif, tidak mahu bermain dan tidak respond pada penjaga.
#3. TIDAK MAKAN & MINUM. BILA PERIKSA TIADA KENCING & LAMPIN KERING
Anak tidak boleh minum atau makan apa-apa pun, hingga pampers pun kering tak basah dengan kencing. Anak-anak normal biasanya perlu tukar pampers 2-3 kali sehari, sekurang-kurangnya.
Jangan fikir sebab anak sudah dibawa berjumpa Dr minggu lepas, anda merasakan anak sudah OK dengan ubat yang diberi.
Bila ada tanda bahaya jangan ambil mudah dan berlengah. Dan jangan bawa kepada bomoh dengan anggapan kena sampuk, tu saya rasa macam mak bapak yang saya nak hempuk!
Sebuah kehilangan pastinya perit untuk dilalui. Tambah pula ia melibatkan bayi yang masih kecil seperti yang dialami oleh seorang ibu yang bernama Nur Athira Abd Hamid. Anak keduanya Maira Ellyssa telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin yang lalu ketika dalam tidur dikatakan mengalami Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Menerusi perkongsian ibu ini di laman Facebook miliknya, dia yang kini menetap di Sydney masih belum kebumikan jenazah puteri keduanya itu. Hal ini terjadi disebabkan jenazah sedang ditahan di Coroner Court kerana kematian yang berlaku di rumah dan bukan di hospital yang membuatkan perkara tersebut menjadi kes polis.
Kebumi Maira tanpa otak pilihan terakhir
Satu post mortem akan dilakukan kepada jasad Maira untuk mengetahui punca sebenar kematian. Namun dalam perkongsian itu juga ibu ini turut menyatakan jika pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian bayinya itu, otak Maira akan dibekukan untuk siasatan lanjut. Justeru kemungkinan jasad si kecil ini dikebumikan tanpa otak mungkin boleh berlaku.
Kos pengebumian yang tinggi
Menurutnya juga, kos untuk pengebumian jenazah juga boleh mencecah sehingga $4000. Dia mengalu-alukan sebarang bantuan yang daripada orang ramai.
Ibu ini amat berharap agar semua dapat mendoakan jenazah anaknya, Maira dapat diserahkan kepadanya tanpa menyentuh bahagian yang lain selepas post mortem dijalankan.
Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim..
Dukacita memaklumkan bahawasanya
Anak kedua saya telah selamat ke syurga petang kelmarin 24 February 2020. Saya mohon doa agar dipertemukan kami sekeluarga dengan anak saya di syurga nanti.
Sedikit mengenai apa yang berlaku, Maira meninggal ketika tidur dan dia telah tidur selama-lamanya. ( suspected-SIDS please google this )
Arwah sekarang ditahan di coroner court kerana kematian terjadi di rumah dan bukan di hospital. Perkara ini menjadi kes police.Post mortem akan di lakukan pada hari khamis. Jika pihak court dapat kenal pasti punca kematian Maira akan diserahkan kembali pada hari yg sama. Tetapi jika pihak court tidak menjumpai sebab kematian, mereka akan membekukan otak Maira untuk further investigation. Option untuk mengebumikan Maira tanpa otak adalah option yg terakhir. Harap semua dapat mendoakan yg Maira dpt diserahkan pada hari yg sama tanpa menyentuh bahagian yg lain.
Kenapa tidak membuat bantahan?
Bantahan boleh dilakukan tetapi memerlukan masa yang lama dan memerlukan lawyer dari legal aid dan 2 minggu untuk naik mahkamah. Keputusan tetap adalah dari coroner tetapi jikalau mereka menolak bantahan tersebut Maira akan ditahan lebih lama.
Lets just pray that I make a wright decision. I just want her back as soon as possible.
Selepas Maira di serahkan kembali, Maira akan dikebumikan secepat mungkin. Cost pengebumian Maira boleh mencecah sebanyak $4000.
Sesiapa yg ingin menderma boleh menderma menggunakan account number yang tertera di dlm gambar. Segala pertanyaan atau update selepas ini, boleh berhubungan direct dengan Marissa Putri Sofyan Cik Chuwingam ( isteri Hafiz Hussin Buyot Popo ) atau adik sy Anis Asmaa Abd Hamid.
Terima kasih untuk segala doa dan sokongan dari jauh. Doakan kami sekeluarga dapat disatukan bersama Maira di syurga, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.
Semoga urusan ibu ini dan keluarganya dipermudahkan. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya urusan jenazah si kecil Maira dapat diuruskan dengan sempurna dan dengan kadar segera. Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke nombor akaun yang disertakan dalam gambar.
Lain orang lain pengalamannya semasa melahirkan cahaya mata. Namun gejala badan menjadi menggigil selepas bersalin perlu diberikan perhatian segera. Apa sebabnya?