Berpisah seketika seakan berpisah terlalu lama. Inilah perasaan mak-mak dikala berpisah dengan anak tersayang. Bagi pelakon Ika Nabila, emosinya terganggu gara-gara terpaksa berpisah dengan anaknya selepas disahkan positif Covid-19 empat hari lalu.

Menurut kata Ika, apa yang membuatkan dia sedih ialah terpaksa berjauhan dengan anaknya, Muhammad Noah Zayn yang baru berusia dua tahun.

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

“Saya tak mengalami simptom yang teruk. Sakit tekak, sakit-sakit badan itu semua masih boleh tahan lagi.

“Apa yang mengganggu emosi adalah tidak dapat dekat dengan anak. Itu yang membuatkan saya amat sedih.

“Maklumlah anak saya baru berusia dua tahun. Susah untuk buat dia faham tentang Covid-19,” katanya berkongsi.

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

Namun apa yang membuatkan hatinya dilanda kesedihan bila mana anak kecilnya itu terjaga pukul 6 pagi dan mengetuk pintu biliknya.

IKLAN

“Bayangkan betapa sedihnya bila anak saya ketuk pintu pukul 6 pagi sebab nak datang dekat saya.

“Selama ini tak pernah lagi berjauhan lama dengan anak. Jika ada tawaran kerja pun saya cuba ambil kerja yang tak terlalu lama.

“Kali ni walaupun berada dalam satu rumah, tapi kami terpaksa berjauhan,” kongsinya lagi.

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

Namun kata Ika lagi, dia reda malah menganggap tempoh kuarantin ini adalah ujian Allah untuknya menjadi ibu yang lebih baik.

“Tempoh kuarantin ini adalah ujian Allah buat saya untuk menjadi ibu yang lebih kuat.

IKLAN

“Saya bersyukur kerana suami banyak memberi kata semangat dan positif. Malah kata suami anggaplah ini sebagai me time dan suruh saya berehat.

“Dia juga cadangkan filem-filem menarik untuk saya tonton sepanjang kuarantin. Saya cuba gembirakan diri sendiri untuk alihkan perhatian dari teringatkan anak,” kongsinya lagi.

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

Semoga Ika cepat-cepat sembuh untuk kembali bersama anak dan suami tercinta.

Terdahulu, Ika mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zaid Azman pada Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini berusia dua tahun.

Menarik: Comelnya Baby Bump, Gambar Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Ucap Tahniah!

IKLAN

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

“Anak Datang Ketuk Pintu 6 Pagi” Sebumbung Tapi Terpisah, Ika Nabila Sebak!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Mstar & Instagram Ika Nabila

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI