Anak Demam Tinggi, Jangan Terus Bagi Ubat Jenis Ni. Perlu Tahu Bezanya Dulu!

Share

Terdapat beberapa jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori seperti diclofenac, paracetamol dan sebagainya.

Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.

Bagaimanapun, ibu bapa yang ingin memberikan ubat jenis ini, perlu betul-betul faham mengenai jenis Supp. PCM dan Diclofenac.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol ada jawapannya.

Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.

Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.

“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”

Saya kata gini.

Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni. Yang pertama namanya Paracetamol.

Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.

Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).

Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza. Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.

Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja. Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:

• Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
• Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
• Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg

Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg. Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.

“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”

Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.

Kredit: Dr Redza Zainol

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN