Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.
Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Ads
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Ads
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.
2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Ads
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.
Bergelar ibu bapa, kadang-kala tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak. Memang kita ingin cahayamata kita menjadi anak yang sempurna, mendengar kata, kelakuan baik, bijak dan soleh serta solehah. Namun kenapa begitu sukar sehingga hilang kesabaran dalam mendidik anak. Perkongsian oleh personaliti ini, Fedtri Yahya boleh dijadikan garis panduan dalam mendidik anak-anak.
PERKONGSIAN ILMU IBU BAPA
*oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (2015)*
Antara perkongsiannya:
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dan sebagainya tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
2.Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
3.Jangan label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia ‘pemalas’. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.
4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik.
Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
5.Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.
6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.
Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan… didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah. Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya… akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.
10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya…
11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Anak dpt result yg baik terus war2kan. Anak yang tak dpt elok diamkan dan dimarah krna memalukan kita.Jangan membezakan anak-anak yang pandai dgn yang kurang pandai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan keadaan sekarang ini, kebanyakan aktiviti anak hanya dapat dilakukan dalam rumah. Nak keluar berjalan atau beriadah seperti biasa terpaksa ditangguh buat seketika. Jika rumah teres, sekurangnya anak adalah aktiviti petang nak bermain di laman rumah. Namun bagi yang tinggal di rumah bertingkat agak terhad nak bermain di bawah.
Jadi nak atau tak ibu bapa harus kreatif melakukan aktiviti bersama anak bagi mengelakkan mereka melihat gajet atau menonton TV dari pagi sampai malam.
Ada yang tertanya-tanya apa aktiviti menyeronokkan untuk buat dengan anak. Adakah perlu beli permainan mahal? Jawapan tidak. Jika ibu ayah kreatif, apa saja yang ada dalam rumah kita boleh buat dengan anak.
Salah satunya adalah pengepit baju. Dengan menggunakan pengepit baju ni, macam-macam aktiviti boleh dibuat bersama anak. Menarik sangat! Nak tahu apa aktivitinya, Puan Hanis Athirah Rusli ada kongsikan untuk anda.
Ehh, baru perasan banyak rupanya aktiviti yang telah kami gunakan guna bahan bantu belajar yang sama. Salah satunya pengepit baju! Alang-alang pagi tu pun kami buat beberapa aktiviti bertemakan pengepit baju.
Aktiviti Mengenal Pasti Pola (Pattern)
Buat beberapa susunan yang sama, tapi kosongkan dua kotak yang paling hujung.
Aktiviti Mengecam Bentuk
Tampal tape berbentuk segi empat, segi tiga dan segi tepat pada lantai. Lepas tu minta anaj susun pengepit atas garisan tape tu. Aktiviti ini seronok kerana anak boleh fokus sambil belajar mengenali bentuk.
Jadi, memandangkan kita sekarang dalam fasa berjimat cermat, Anis terdetik nak kumpulkan dalam satu album aktiviti homeschool kami yang menggunakan pengepit baju. Mana tahu boleh kongsikan idea dekat ibu-ibu yang nak santai-santai beraktiviti dengan anak.
Aktviti Memadankan Warna Yang Sama
Boleh digunakan untuk mengecam dan mengelas warna. Masa kepit pun kita dapat ransang kemahiran motor halus anak.
Aktiviti Membilang Sambil Belajar Susunan Nombor Menaik
Bimbing anak mengira nombor dan kepitkan pengepit baju antara satu sama lain. Selepas itu, boleh dedahkan anak konsep susun nombor secara menaik.
Aktiviti Mengecam Huruf Besar dan Huruf Kecil
Minta anak gabungkan pengepit baju secara berdua-dua. Pada helaian kertas sticker, tulis huruf besar dan huruf kecil yang ingin anak pelajari. Minta anak camkan dan gabungkan huruf besar dan kecil yang sama.
Aktiviti Motor Halus
Boleh gunakan pengepit baju untuk gantikan tweezer dengan mengepit objek yang kecil seperti bebola kapas atau pom pom.
Anis suka aktiviti hands on sebab bila mereka belajar sambil bermain, berpuluh ganda lebih mudah dikuasai berbanding teori semata-mata. Yang penting anak seronok belajar, kita pun suka.
Aktiviti Menggabung Bunyi
Ibu sebut perkataan yang ingin anak belajar. Seterusnya minta anak mengepit ejaan berdasakan konsep gabung bunyi.
Aktiviti Menambah
Baling dadu dan minta anak kira bilangan dot yang terdapat pada permukaan dadu. Letak pengepit baju mengikut bilangan yang dinyatakan pada dadu. Ulangi langkah sekali lagi. Seterusya minta anak jumlahkan bilangan keseluruhan pengepit baju.
Aktiviti Membilang
Tampal stickerpada lego, minta anak kepitkan bilangan pengepit baju sepadan dengan jumlah yang dinyatakan pada lego.
Aktiviti Pengecaman Nombor ( Number Recognition )
Tampal sticker pada kotak dan pengepit baju. Minta anak mengecam nombor yang sama dan kepitkan sekali.
Aktiviti Pengecaman Nombor ( Number Recognition )
Tampal sticker dekat hanger dan pengepit baju secara rawak, minta anak kepit yang sama sambil sebut nombor
Unstructured Play ( Free Play )
Beri saja kepada anak pengepit baju ni, pasti banyak idea yang dapat mereka hasilkan.
Semoga perkongsian Anis dapat membantu ibu membuat sesuatu yang bermanfaat bersama anak daripada bagi mereka tengok TV saja. Taklah mereka bosan dekat rumah kan. Jom sahut challenge Anis, buat aktiviti homeschool dan jangan lupa tagged
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak paksa tapi bimbing. Ini pendekatan yang diberikan Tomok dan isterinya untuk ajar anak-anak cinta al-Quran dan belajar di usia kecil.
Jika diikutkan rangsangan demi rangsangan yang diberikan berupaya untuk membentuk satu keupayaan positif dalam diri anak terutama dari aspek mental, fizikal dan sahsiah diri. Pentingnya diusia antara 3 hingga 6 tahun ini, anak akan belajar daripada apa yang mereka lihat dan buat.
Jangan rasa kita gagal mendidik anak jika lihat anak itu tidak betul-betul memberi tumpuan sewaktu mereka sedang melakukan sesuatu sebaliknya teruslah membimbing tanpa putus asa. Anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika perkara baik yang kita terapkan, insya-Allah akan dapat hasil yang baik juga selepas itu.
Dalam hal mendidik anak, selebriti seperti Tomok dan isterinya, Ayu wajar dijadikan contoh. Walaupun kesibukan kerja dan menguruskan perniagaan, ternyata mereka sangat menitikberatkan pendidikan akademik dan keagamaan kepada anak-anak.
Menurut Tomok, bukan mudah untuk melayan karenah anak yang macam-macam ragam. Jika orang lain ada pembantu untuk menguruskan anak, saya dan isteri lebih selesa untuk menguruskan anak sendiri.
“Kita boleh lihat anak membesar depan mata dan tahu rutin mereka. Walaupun kadang-kadang perangai mereka sukar dibaca kerana sekejap mengamuk dan menangis, saya dah faham.
“Dari situ ia mengajar saya dan isteri kesabaran untuk melayan karenah anak. Mungkin orang tengok Arrian dan Andra comel je dalam instagram tetapi mereka juga melalui fasa yang sama seperti kanak-kanak lain.
“Paling penting di usia ini, saya sangat memberi penekanan kepada pelajaran anak-anak. Prinsip saya bukan memaksa tetapi mendedahkan mereka dengan sesuatu yang baru.
“Daripada tak tahu apa-apa sekurang-kurangnya dia dapat belajar. Itu yang penting. Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak terlibat dalam industri muzik secara serius tetapi biarlah mereka memilih bidang yang lain. Kalau sekadar hobi ia tak menjadi masalah,” katanya.
Antara yang menarik mengenai cara didikan Tomok dan Ayu membesarkan anak-anak boleh dijadikan panduan.
1) Memastikan keseimbangan pendidikan akademik, pengajian al-Quran dan keagamaan.
2) Menetapkan dua kali seminggu untuk anak-anak belajar al-Quran dengan ustazah.
3) Sama-sama belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran.
4) Sokong minat anak dan bagi peluang mencuba perkara baru
5) Dedahkan anak dalam kelompok positif
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.