Bayi yang dah pandai merangkak, menyulur dan yang berumur bawah satu tahun memang cenderung untuk masukkan segala benda dalam mulut mereka. Ya lah dalam proses nak membesar memang anak-anak seusia mereka tu memang suka explore. Sebab itu perlu dielakkan barang-barang permainan yang keras atau tidak sesuai untuk mereka main.

Tapi kadang dah ambil segala langkah berjaga-jaga dan tak sangka pun barang yang tak mungkin bagi kita akan buat anak tercekik. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor menerusi Facebook TheDiagnosa, beliau yang didatangi oleh seorang ibu membuka cerita tentang anaknya yang ketika itu berumur 8 bulan hampir maut kerana tercekik getah rambut.

Keadaan anak yang tiba-tiba jatuh menggelupur dengan badan semua menggigil disangka terkena sawan oleh ibu tersebut. Ternyata naluri seorang ibu itu selalunya tepat. Terdetik dihatinya untuk memeriksa dalam mulut anak kecilnya itu dan apa yang dijumpai memang amat memeranjatkan. Namun usaha itulah yang menyelamatkan anaknya daripada maut.

Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan, Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri, Mama Papa Kena Selalu Alert!

“[Ibubapa wajib baca ini]”

Pagi tadi datang seorang ibu dan anak perempuannya yang berumur 10 bulan. Anak itu dibawa ke klinik sebab sedang mengalami batuk.

Jadi bagilah ubat seperti biasa.

Kemudian ibu tersebut membuka satu cerita. Cerita ini sangat membuka mata saya sebagai seorang doktor. Saya merasakan ibubapa wajib membacanya sebab ia mungkin akan menyelamatkan nyawa anak anda.

Anak tiba-tiba jatuh menggelupur, ibu ingat kena sawan

Ibu itu menceritakan beberapa bulan sebelum itu anaknya hampir meninggal dunia. Pada ketika itu, anaknya yang baru berusia 8 bulan itu sedang bermain di ruang tamu. Ibu pula pergi ke dapur untuk memasak.

IKLAN

Ketika ibunya pergi semula ke ruang tamu. Dilihat anaknya tiba-tiba jatuh dan menggelupur. Mata naik atas, tangan dan kakinya bergetar sama seperti orang yang sedang mengalami sawan.

Ibunya panik tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya. Mungkin kena sawanlah kut. Kemudian anaknya berhenti sawan diikuti muka menjadi pucat, tangan sejuk, tidak bergerak dan badannya lembik.

Ibunya periksa nadi pesakit. Nadi dah tiada. Ibunya ada membaca tentang tanda-tanda orang mati iaitu salah satunya, anak matanya membesar. Dia pun periksa, anak mata anaknya itu memang sudah membesar.

Nak bawa ke hospital, terdetik nak periksa apa ada dalam mulut anak

Pada ketika itu, ibunya tak tahu apa yang berlaku kepada anaknya. Jadi dia pun telefon hospital untuk mengambil anaknya yang dia rasa telah meninggal dunia itu. Dia siap cakap, “Anak saya dah mati. Ambil dia kat rumah saya”.

Kemudian dia keluar rumah menjerit-jerit meminta tolong dihadapan rumah. Jiran dia pun datang dan mencadangkan untuk terus bawak pergi kanak-kanak itu ke hospital. Tak perlu tunggu ambulan.

Semasa turun menggunakan lif di apartment, emaknya terdetik untuk memeriksa sama ada anaknya tercekik ataupun tidak. Dia tonggeng anaknya itu dan dipukul beberapa kali bahagian belakang anaknya untuk lihat sama ada terkeluar barang ataupun benda yang di tercekik tu. Tapi tiada barang yang keluar.

IKLAN

Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan, Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri, Mama Papa Kena Selalu Alert!

Kemudian, ibunya itu cuba korek dalam mulut anaknya itu. Terjumpalah getah pengikat rambut anaknya itu sendiri. Setelah itu, ibunya perasan yang belakang kepala anaknya itu semakin merah. Dan dia mula bernafas tapi dengan lambat.

Anak kembali menangis dan bergerak

Dia tak sanggup nak tengok muka anaknya waktu tu sebab sedih sangat. Bila sampai di hospital, anaknya mula menangis dan bergerak-gerak seperti biasa. Dia dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pemantauan beberapa hari dan pada hari ini pesakit telah aktif seperti biasa.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah betapa bertuahnya anak perempuan ini. Kerana ketika ibunya mendapatkan anak perempuannya itu, tidak nampak langsung tanda-tanda tercekik. Dan pada ketika itu, pesakit tiba-tiba sawan.

Namun ibunya tergerak hati untuk memeriksa tekak anaknya yang akhirnya membuatkan kanak-kanak itu dapat diselamatkan.

Jika benda ini berlaku pada anak seorang doktor pun, mungkin kami tidak akan suspek perkara ini adalah disebabkan tercekik kerana tidak sempat melihat tanda-tanda tercekik itu sebelum pesakit sawan.

IKLAN

Pengajarannya disini jika anak anda sawan, tiba-tiba berhenti bernafas dan anda suspek kemungkinan dia tercekik, cubalah untuk periksa sama ada pesakit tercekik ataupun tidak. ***Jangan periksa waktu tengah sawan ya, nanti kena gigit pula tangan tu. 

Waktu pesakit tidak bernafas tu, cuba tepuk belakang badan pesakit dan check mulutnya mungkin ada benda tersekat.

Pesan doktor untuk mama papa

Dan ada beberapa benda lagi nak pesan:

Jangan biarkan anak anda bermain seorang dalam jangka waktu yang lama.
Jika ingin biarkan mereka bermain, pastikan tiada apa-apa bahan atau mainan yang boleh menyebabkan mereka tercekik.
💢Belajar cara untuk merawat mereka yang sedang tercekik. Cara mudah yang dapat menyelamatkan nyawa anak anda dan juga orang lain.

sumber: Facebook

Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan, Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri, Mama Papa Kena Selalu Alert!

Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI