Ads

Anak Hyper Selepas Makan Gula, Punca Sebenar yang Ramai Ibu Ayah Tak Sedar!

Anak pada awalnya nampak baik-baik sahaja tapi apabila selepas makan pelbagai barangan yang diberi di kedai, dengan air berperisa, anak tiba-tiba bertukar mood. Anak jadi hyper, mudah marah, tak fokus, dan seolah-olah “tak dengar cakap”.

Ramai ibu ayah terus rasa itu masalah sikap. Cepat kita label anak sebagai nakal atau degil. Tapi sebenarnya, dalam perspektif neurosains, apa yang berlaku bukan semata-mata perangai.

Anak Hyper Selepas Makan Gula, Punca Sebenar yang Ramai Ibu Ayah Tak Sedar!

Anak Hyper Selepas Makan Gula, Apa yang Berlaku Dalam Otak?

Menurut Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, otak anak kecil belum matang sepenuhnya, terutama bahagian yang berfungsi sebagai “brek” untuk kawal emosi dan tingkah laku. Bila anak ambil gula dalam jumlah yang tinggi, tenaga mereka meningkat dengan cepat.

Dalam situasi anak hyper selepas makan gula, mereka jadi lebih aktif, lebih teruja, dan kadang-kadang hilang kawalan. Ini bukan sesuatu yang disengajakan, tetapi reaksi semula jadi tubuh terhadap lonjakan tenaga yang mendadak.

Ads

Kesan Lonjakan dan Kejatuhan Tenaga

Masalahnya, selepas lonjakan tenaga itu, akan berlaku penurunan secara mendadak. Bila tenaga jatuh, emosi juga ikut jatuh. Inilah waktu anak jadi cepat meragam, sensitif, dan sukar dikawal.

Bila anak menunjukkan reaksi sebegini sering disalah tafsir sebagai masalah disiplin, sedangkan hakikatnya tubuh dan otak mereka sedang bergelut untuk stabil semula.

Kenapa Ibu Ayah Perlu Faham Situasi Ini?

Sebab itu, sebagai ibu ayah, penting untuk kita bertindak sebelum keadaan jadi “out of control”, bukan selepas. Daripada terus marah atau memalukan anak di hadapan orang ramai, lebih baik kita bersedia dari awal.

Ads

Bila kita faham konsep anak hyper selepas makan gula, kita akan lebih tenang dan tidak cepat menghukum. Kita mula nampak bahawa ini adalah proses perkembangan, bukan kegagalan mendidik.

Anak Hyper Selepas Makan Gula, Punca Sebenar yang Ramai Ibu Ayah Tak Sedar!

Ads

Peranan Ibu Ayah Dalam Mengurus Emosi Anak

Yang paling penting, ingat bahawa anak bukan sengaja mahu menyusahkan kita. Mereka masih belajar mengawal diri dalam dunia yang penuh rangsangan, terutama ketika musim perayaan.

Kadang-kadang, masalah bukan pada anak. Tapi pada kita yang belum benar-benar faham bagaimana otak mereka berfungsi.

Bila kita mula melihat dari sudut ini, cara kita respon juga akan berubah. Lebih sabar, lebih memahami, dan lebih bijak mengawal situasi. Itu sebenarnya kunci untuk membesarkan anak dengan lebih tenang.

Memahami situasi anak hyper selepas makan gula bukan sahaja membantu kita mengurus tingkah laku mereka, tetapi juga membina hubungan yang lebih sihat antara ibu ayah dan anak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Nelydia Senrose Kongsi Alahan Hamil Trimester Pertama, “Teruk Tapi Saya Enjoy”

Nelydia Senrose hamil selepas 7 tahun penantian. Ketahui kisah penuh kehamilan pertama beliau, pengalaman alahan dan detik penuh emosi yang menyentuh hati.